Ber’kakak’kan Adik

Hi assalammualaikum everyone. Haritu aku ada baca satu confession tentang adik baru, (https://iiumc.com/adik-baru/). Aku tak tahu kenapa confession tu menyentuh hati aku.

Bukan menyentuh hati perasaan aku untuk bersedih dan bersimpati, tak. Tapi menyentuh hati untuk aku terus membenci dan meluat dengan kakak aku. Aku warning awal eh confessions ni panjang tau kalau korang rasa penat and tak best skip saja okey.

Aku ada seorang kakak. Dia anak ayah aku. Sebelum ayah aku kahwin dengan mak, ayah aku duda anak dua. Ayah aku cerai hidup and mak kakak ni jenis ala-ala diva gitu. Geng pisau cukur to be exact.

Diorang cerai sebab si isteri nak hidup mewah macam ala-ala alif syukri tu. Aku tak sure yang penting dia nak buat business dengan modal yang ciput tapi untung yang besar, lebih kurang gitulah.

Ayah aku tak nak, ayah aku nak teruskan khidmat dia sebagai seorang penjawat awam (cikgu). Dia berkeras nak cerai sebab tak sebulu kononnya. Aku dengar cerita ni daripada ayah aku. Daripada dia mungkin ada lain sikit. Entah

Mak aku ni anak dara dalam umur 32 macam tu mak aku lahir kan aku. Berapa bulan lepas mak ayah aku kahwin, mak aku mengandungkan aku. Aku lahir ke dunia 9 bulan kemudian aku terima macam macam layanan daripada kakak dan abang aku.

Oh ya, btw adik beradik half-blood aku tu yang sulung abang yang bongsu adik. Diorang kalau jumpa aku ada saja benda yang nak disakat. Yang si abang beria nak peluk cium aku sebab aku gebu putih.

Then, bagitahu aku nak cari bini yang putih, ala-ala cina sikit, bertudung labuh. Aku pun masa tu budak, iyekan jelah. Lemah lagi waktu tu. Yang kakak ni pulak dia jenis attack aku dekat rambut. Selalu panggil aku botak dan kuat nangis.

Normal untuk budak kuat nangis wahai orang yang berminda sempit. Lagi satu, rambut aku jenis halus and nampak macam botak. Mak aku sensitif sikit bab-bab hidung ni sebab dia jenis yang suka main tunjal hidung aku masa baby. Hidung melayu aku ni dahlah tak berbatang, ditonjolnya lagi.

Mak aku depan diorang lagi-lagi kakak tu diam sikit sebab malas nak layan. Mak aku malas nak layan ketidakmatangan perempuan tu.

Biasanya yang tukang dengar segala umpatan tu aku dan adik-adiklah. Aku rasa ralat sebab depan mak aku, aku rasa kenapa perlu mak aku mengumpat padahal depan kakak tu aku kena buat baik.

Ok, btw, aku ada tiga orang adik lagi. Bawah aku dua orang lelaki then yang bongsu perempuan. Kakak aku ni jenis psycho and tak boleh tengok orang lebih sikit daripada dia (kot). Jarak umur aku dengan dia 13 tahun. And masa aku kecik aku selalu tengok drama ayah-kakak tu.

Daripada marah-marah hentam pintu lah sampai lah ke liat nak solat, bangun sahur susah entah puasa entah tidak.

Masa aku kecik tu aku captured the moment dia hentam pintu sebab iyelah budak mana tahu apa-apa, aku be like oh, kalau marah and sedih tak salah pun untuk hentam pintu, baling barang untuk tunjuk emosi yang kita ni marah.

Lepas mak dia ni cerai dengan ayah aku, selang berapa bulan iddah, dia kahwin dengan businessman. Dan dalam tempoh iddah tu ayah aku cerita memang nak rujuk tapi mak si kakak ni tak nak.

Memang waktu tu masyuk gak lah duit mak si kakak tu. Si kakak tu nak apa? Sebut saja dapat, orang lain even abang sendiri belum pernah dapat lagi.

Aku punya bodoh waktu tu ingat ada kakak yang boleh dibuat main and disayang-sayang rupa-rupa sebaliknya, dalam pada aku mengejar kasih sayang dia, dia sempat kata aku macam-macam.

Contohnya macam yang aku cakap dekat atas tadi lah. Botak and kuat nangis. Padahal aku ada saja point lain yang boleh buat dia sentap seumur hidup tapi takpe. Satu hari nanti naklah jugak ‘kirim salam’ dengan mak dia.

Aku tahu walaupun dia kuat mengejek macam tu ada soft spot dia yang menyebabkan dia kalah hujah dengan aku. Kalau boleh taknaklah mulut aku ni buat dia koyak.

Aku masih ingat lagi dia downkan aku masa hantar aku belajar kat perlis dulu “Ha, tulah padan muka siapa suruh tak pilih betul-betul masa isi borang upu. Kan dah dapat universiti yang tah apa2”.

Dude kau belajar pun separuh jalan, ponteng kelas menyalak macamlah kau tu grad havard ke oxford. Then dia punya paksa ayah aku untuk cepat daftarkan aku semata-mata untuk berjalan-jalan lepas tu.

Aku rasa waktu tu kalau lah takde naratif and suara dia mesti aku dah grad, lulus and jadi engineer dah.

Aku punya bodoh harapkan dia dapat jadi seorang kakak yang berguna bagi semangat and jadi kawan aku tapi hampeh. Aku cakap macam ni confirm ada yang kata, “eleh kitorang lagi teruk kena dengan kakak kitorang”

Fast forward aku tak boleh catch up study, banyak subjek failed dan develop a weird behavior aku mula menangis tanpa sebab semula. Benda ni jadi masa aku sekolah menengah saja, then jadi balik bila masuk u.

Dalam masa dua tahun belajar dekat uni tu aku buat macam-macam untuk nak rapatkan ukhwah fillah abadan abada dengan dia ni. Tapi kutukan jugak yang aku dapat. Contohnya masa aku kata aku nak tukar u then aku tukar balik pendirian aku untuk nak stay dulu. Tengok macam mana.

Dia sedap-sedap kata “Kau ni macam K (Kap lam ya nga), kejap tu kejap ni. Kau cek sikit keturunan kau ada tak asal usul tu K. Aku takde” Dude, kau yang ada mix tu hm…

Dipendekkan cerita aku tak sihat and direferkan ke psikiatri. Salah satu puncanya nilah. Doctor diagnosed aku ada adjustment d/o saja. Tapi lama-lama doktor kata aku dah develop disthymia.

Nak dijadikan cerita mak and ayah aku dapat panggilan haji lepas tu. Mak ayah aku bagi amanah dekat dia ni untuk jaga kami berempat sebab aku belum lulus lesen kereta lagi waktu tu dan aku tak berapa stabil masa tu.

Siapa nak hantar adik sekolah lagi. Adik aku yang lelaki bawah aku study dekat area Putrajaya, KL nun.

So, aku dengan dialah kiranya. Sebelum mak ayah aku fly lagi aku dengan dia dah gaduh and mak aku ada pesan gaduh macam mana pun jangan putuskan tali silaturrahim, tak baik. Aku keluar dengan kawan-kawan and terlupa ada baju yang kena basuh.

Adik (perempuan) aku dok bising dekat dia pagi-pagi takde baju. Aku tak basuh baju sikit tu pun dia punya tengking allahu nak nangis tau. Mak abah aku tak pernah tengking aku macam tu :(

Balik tu aku confront dia. Aku hentam pintu kuat tanda protes. Dia jerit “Woi”. Masa tu nak raya haji dah aku nak tenangkan diri dalam bilik dulu btw and aku bukak pintu bila pintu diketuk banyak kali anak dia kata jangan marah then tiba2 dia kata kau ni dah kenapa haa?

Aku tak ingat aku kata apa yang first yang pasti yang kedua aku kata dia panggil diri dia adik bila dengan ayah aku then punca ni semua mak kau yang mintak cerai. Kalau tak takde lah kau rentan susah susah nak torture physical emotions aku semua. Kau nak panggil diri kau adik kau punya pasal.

Then dia punya angkat tangan, lempang aku bertalu-talu. Tarik rambut aku. Baru kau tahu betapa sakitnya hati orang cakap pasal mak kita. Pastu kata “Suka hati aku lah abah nak panggil aku adik ke apa” Then, suka hatilah aku nak sebut pasal mak kau. Sedas dua lah jugak kena lempang.

Worth it lah jugak lempangan dan lebam-lebam tu daripada sakit hati dengan kata-kata dia yang sentiasa sinis dengan apa apa yang berkaitan mak aku dan kami adik beradik.

Tapi pelik adik beradik lelaki tak nak pulak dia kata macam-macam. So I start to guess something fishy about someone who wrote about the confession a few days past.

Pasal harta (hibah) semua, mak (cikgu) aku cari duit banyak-banyak sebab taknak terlalu bergantung dekat ayah aku. Mak si kakak tu dah claim rumah ayah atas tanah keluarga “Ini rumah anak-anak I okies” gitulah ayat dia.

Then, kami ni apa? anak dari siapa? Gamak dialah cakap anak luar nikah aku cabai dengan cili giling sedas pedas seumur hidup baru ada akai.

So, mak aku ambil keputusan untuk cari harta sendiri supaya takdelah aku adik beradik merempat dan nampak kesian.

In fact, mak si kakak ni yang akhirnya homeless so rumah yang ayah aku share dengan mak aku ni dia duduk. Abang aku sewa secara bulanan. Dia kahwin dengan datuk kelabu asap untuk kali yang ketiga.

Harta pun kelabu asaplah kot. Pasal harta ayah aku tu walaupun aku berhak, aku and adik adik move on saja. Bukan boleh bawa masuk kubur pun kalau gaduh.

So, kalau betul lah confessions tu kakak aku yang tulis and dia ubah sikit-sikit ke apa, I just want to let you know that Syaitan dulu pun rasa dia paling special sebab banyak ibadah dia buat tapi akhirnya dia dicampakkan kedalam neraka jahanam hanya kerana taknak sujud dekat nabi Adam (AS).

So, kalau rasa terancam and dengki sangat dengan budak yang tak berdosa ni mungkin kau yang kena cek jiwa kau. Aku yang ada adik lepas aku merayu dengan mak abah nak adik perempuan.

Adik aku lahir 10 tahun lepas aku lahir.. aku sayang sangat, kawan baik, aku tolong dia dengan ajar sains, BI, Math and alhamdulillah dia dapat A semua subjek core tu.

Selalu aku peluk adik perempuan tu sebab masa kecik aku tak pernah dapat belaian semua tu. Masa aku kecik kawan2 aku dulu selalu sembang pasal kakak diorang rajin ajar diorang lah hebat2 dapat masuk sbp, straight As lah, suci solehah bagaikan ustazahlah.

Aku mampu haha saja kadang-kadang tak tahu nak balas macam mana dengan cerita diorang ada kakak sedemikian rupa dan cemburu..

– Snow white yang termakan epal beracun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *