Assalamualaikum semua. Haa, tengok tajuk tu korang fikir apa? Hehe.
Ok la, aku kenalkan diri. Nama Zulaikha Qistina Adelia Umairah. Umur aku awal 30an. Tapi ni nama samaran saja tau. Kalau korang tengok nama betul aku, macam nama kampung saja. Haha.
Korang tengok tajuk pun mesti dah boleh agak aku nak cerita pasal apa. So, aku teruskan jela. Tak payah mukadimah bagai lagi.
Ok, macam aku bagitau tadi umur aku awal 30an kan? Ni memang fasa biasa orang akan banyak tanya pasal kahwin tau. Tapi aku jenis orang tanya bila nak kahwin?
Kadang aku jawab, ‘InsyaAllah nikah hari Jumaat, sanding hari Sabtu. Tapi bila tu tak tau.’ Kadang tu aku jawab,
‘InsyaAllah hujung tahun. Kalau tak tahun ni, tahun depan. Kalau tak tahun depan, tahun satu lagi.’ Tapi aku jawab sama gelak² la. Sebab aku taknak orang rasa jawapan aku tu biadap sangat. Haha.
Sejujurnya, aku memang tak kisah pun orang tanya bab kahwin ni. Sebab kan, aku tau aku nak apa dalam hidup aku. Banyak dah aku menyaksikan ragam² rumahtangga orang sekeliling aku.
Maksud aku bukan gaduh baik gaduh baik tu tau. Tu normal. Tapi ni bab suami tak bagi nafkah, kahwin mak ayah tak restu, duit hantaran buat loan isteri, lepas kahwin taknak kerja. Apooo??
Bab² ni la yang buat aku memilih sikit lelaki. Tak salah kan memilih?
Kita nak yang terbaik kot untuk jadi suami dan ayah pada anak kita. So, kena la pilih betul-betul walaupun kadang aku rasa macam nak saja kahwin esok. Tapi tak tau nak kahwin dengan sape! Haha
Aku kan, teringin nak baby. Nak anak sendiri. Tapi tu la, bapaknya busy kerja kot. Sampai lupa nak ngorat maknya. Hahahaha.
Weii, nak cerita ni. Aku kan bagitau tadi, aku tak kesah pun orang tanya bila nak kahwin. Tapi kau tau apa yang aku kesah bila orang sentuh bab kahwin? Haaaa.
Aku paling kesah bila orang dok kaitkan lambat kahwin ni sebab memilih sangat. Pastu bila kita hangin satu badan, dia kaitkan pulak hormon kita tak stabil sebab tak kahwin. Apooo?? Boleh brain tak?
Aku ni kan, nyaris² nak kahwin dulu. 3 tahun lepas kot. Tau kenapa tak jadi kahwin?
Pertamanya sebab bapak aku tak suka, tapi dia nasihat cara lembut saja dengan aku sebab takut aku terasa. Tapi aku ok saja. Sebab memang impian aku, nak suami yang mak bapak aku restu. Lapang hati nak lepaskan anaknya kat orang.
Kalau orang tua tak restu, toksah berangan la nak bahagia. Sebab diorang lagi kenal dulu perangai dan tindak tanduk manusia sebelum aku lahir. So, memang aku terima pandangan diorang dengan hati yang terbuka disusuli istikharah.
Keduanya, lepas aku buat istikharah hari² tu kan. Allah bagi aku rasa. Bukan mimpi la. Rasa ni aku percaya Allah bagi sebab Allah nak lindungi kita dari tersilap buat keputusan.
3 bulan sebelum kahwin, aku dah beli barang hantaran bagai. Satu hari tu aku tergerak nak tanya lelaki tu duit hantaran yang dia simpan dah ada berapa?
(Kitorang deal simpan duit sama²). Dia jawab apa tau, dia jawab tak ada lagi. Pastu dia suruh aku buat personal loan. Dia waktu tu niaga tepi jalan saja. Tak ada kereta, tak ada harta.
Aku on saja. Aku terima saja tak memilih. Siap aku pujuk mak bapak aku untuk buat majlis yang sederhana saja. Ni la silap aku, terlalu bagi peluang kat orang sampai orang nak ambil kesempatan atas aku.
Aku buat ke loan tu? Opkos la tak. Aku bukan jenis suka buat loan sebab aku nak hidup bebas hutang. Lepas tu, aku cakap kat lelaki tu yang aku tak nak dia. Aku nak cancel kahwin dengan dia.
Aku bukan tak percaya pada rezeki. Tapi at the first place pun kau tak ada effort nak halalkan aku, macam mana rupa la aku lepas kahwin dengan dia. Anak-anak aku lagi nanti.
Sebab ayah pernah tanya dia, lepas kahwin nanti boleh bagi makan anak pakcik tak? Dia jawab boleh. Kalau tak ada makanan pun dia boleh bawak aku makan kat masjid.
Hahahahaduhaiii. Tu yang bapak aku reject!! Cerita ni aku tau lepas aku buat keputusan tak jadi kahwin. Mak bapak aku cerita balik. Tepuk dahi aku. Hahaha.
Start dari tu, aku memang kurang percaya dah dengan orang yang pakai serban ke kopiah 24 jam. Aku macam fobia.
Aku tak salahkan pakaian tu. Tapi kalau sikap si pemakai tu seiring dengan tindakan serta akhlak dia, aku hormat saja. Cuma untuk percaya sepenuhnya tu tidak lagi buat masa ni.
Lepas tu, aku cuba jugak kenal² dengan orang lain. Kenal², laki orang rupanya. Masa nak mula kawan cakap dah cerai, masa dah kawan tu cakap tengah proses cerai.
Aku tinggal saja. Dengan bini dia boleh buat macam tu, apatah lagi dengan aku. Lepas dari tu kawan dengan sorang mamat ni, aku macam suka la kat dia.
Nampak bertanggungjawab. Aku confess kat dia yang aku suka dia, dia cakap dia tak ready lagi nak kahwin. Tuptup, bulan 1 hari tu dia kahwin weii. Aku wasap dia ucap tahniah, dia kata kahwin tu tak rancang. Orang yang aturkan.
Kau ingat aku caye? Last wasap November, kahwin Januari. Memang kahwin tergesa-gesa ke apa? Hahaha. Lepas tu aku block dia. Toksah kacau dah la laki orang. Hahaha.
Ok la, tu jela setakat ni aku nak luah. Korang nampak kan effort aku nak kahwin, nak ada anak? Tapi bapaknya yang betul² tu tak muncul lagi.
Sekarang ni aku tak tau nak tunggu ke nak cari. Suggest sikit apa aku patut buat. Nanti aku baca komen-komen korang.
Thanks tau sudi baca. Muahciked!
Yang gojes walau tak kahwin lagi,
– Zulaikha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit