Kisah Aku

Hi Assalamualaikum. Kenali aku sebagai Rudy. Berumur 30an dan sudah berkahwin serta mempunyai 4 orang anak. Disini aku nak kongsi kisah hidup aku yang mungkin boleh jadi pengajaran pada semua.

Kisahnya bermula 5 tahun lepas aku mengenali seorang gadis bernama Ira (bukan nama sebenar). Gadis yang ceria, peramah dan sentiasa membantu orang.

Untuk pengetahuan korang, Ira dan aku bekerja ditempat yang sama di salah satu tapak pembinaan. Aku yang baru bertukar bidang kerja sering dahagakan ilmu tentang pembinaan.

Disitulah jugak aku mula rapat dengan Ira yang selalu bantu aku dalam soal kerja. Hari demi hari minggu demi minggu kami semakin rapat. Dalam tak sedar ada sesuatu yang timbul antara kami. Iaitu sayang dan cinta.

Kami mula bertukar nombor telefon dan semakin lama bibit kisah cinta kami pun bermula. Ya, kisah cinta terlarang antara kami. Pada mulanya kami cuba mengelak cinta itu terus mekar tapi apakan daya kami gagal dalam urusan nafsu.

Dalam masa yang sama aku cuba memberi hint pada isteri aku yang aku sedang berkawan dengan seseorang sebab aku tak suka berahsia.

Walaubagaimanapun cara aku bagi hint tu agak slow demi menjaga hati semua orang. Takkan nak direct macam tu saje. Mesti sikit demi sikit.

Hubungan kami dari rakan kerja ke sepasang kekasih berjalan dengan baik. Sambil kami berbincang soal kerja kami berpacaran. Kami cuba merahsiakan dari semua orang kecuali keluarga Ira.

Aku memperkenalkan diri aku kepada keluarga Ira tanpa beritahu status aku. Kami merancang akan berterus terang bila semua sudah sedia lebih2 lagi dari pihak aku.

Diam tak diam sudah 2 tahun berlalu. Kami semakin serius dengan hubungan kami. Kami merancang urusan perkahwinan kami dengan rapi. Mana nak nikah, bila nak nikah, sampai mana nak tinggal lepas nikah pun kami plan.

Kami berjanji akan menerima semua kekurangan kami. Aku pun dah fasa terakhir nak berterus terang pada isteri aku. Sebab dia dah tahu tentang kami cuma belum dengar dari mulut aku sendiri.

Cerita pasal isteri aku ni, dia mulanya macam kecewa. Yela mana ada perempuan yang rela dimadukan. Tapi bila dia fikir balik dan ingat cara melayan keluarga makin lama dia terima.

Sungguhpun aku ada hubungan terlarang, aku tak pernah abaikan tanggungjawab aku sebagai suami dan ayah.

Even isteri aku bekerja aku tak pernah tanya mana gaji dia. Cuma aku selalu pesan jangan membazir bila gaji.

Lagi 1 bila dua2 dah kerja hampir setiap hari aku masak. Update kerja sekolah anak. Hantar ambik dia pergi balik kerja. Sebab aku tahu tanggungjawab aku. Mungkin itu jadi faktor urusan aku dipermudahkan.

Berbalik pada Ira, selepas projek kerja kami siap kami bertukar kerja. Kami masih contact by call hari2 even jarang jumpa.

Dalam masa yang sama aku buat kerja sambilan tanpa pengetahuan sesiapa untuk buat simpanan kahwin. Ira pun sering melaporkan pasal kerja dia dan selalu meminta pendapat aku soal kerja.

Dia pun cakap manager dia berbangsa cina bernama Franky sangat baik dan ramah. Aku berjaya kumpul 15k dalam masa tak sampai 2 tahun tapi aku masih merahsiakannya lagi. Niat nak surprise tapi disini masalah aku bermula….

Franky, umur hampir 50an, dah bekerja company sama dengan Ira hampir 10 tahun. Semakin hari kami semakin renggang. Aku sibuk kerja begitu juga Ira. Kami dah jarang contact. Contact pun kadang2 bertekak.

Dan pada bulan 11 2019 kami bergaduh besar. Ira seakan akan tak kenal aku langsung. Hal kecik pun gaduh teruk.

Yang aku perasan bila aku persoalkan jam yang bos dia bagi dia melenting macam aku dah bunuh mak bapak dia.

Kami ambil keputusan untuk berpisah, tak bole ngam orang cakap. Hancur hati aku jangan ceritalah. Yela dah plan dan usaha dah nak sampai hujung boleh pulak terkandas.

Cuma tak sempat bagi tahu Ira aku dah ready untuk majlis. Sungguhpun berpisah kami masih contact tanya khabar sampailah awal tahun 2020 aku mula perasan sesuatu yang tak kena.

Aku mula demam teruk sampai suhu badan naik 39°C selama hampir 2 minggu. Pergi klinik ambil darah ambil sampel air kencing takda penyakit dikesan.

Endup aku mintak surat untuk warded hospital. 3 hari aku warded masuk air je. Aku warded pun tak ada sorang pun tahu termasuk isteri aku. Bila dia tanya baru aku jawab.

Dah sihat sikit aku teringat nak jumpa orang yang pandai soal ghaib ni. Terkejut aku bila dia cakap aku dah kena sihir pemisah. Orang yang buat sihir nak buat aku sampai mati.

Aku kalau benda2 ghaib ni kurang sikit nak percaya. Untuk kepastian aku tanya beberapa orang lagi termasuk 2 imam 2 ustaz dan jawapannya sama semua. Dan paling aku marah orang yang aku tak sangka2 buat aku iaitu FRANKY!!

Ya Franky, dia gunakan khidmat bomoh siam untuk pisahkan aku dengan Ira dan buat aku lenyap terus. Patutlah bila aku cakap pasal franky Ira macam kena sampuk.

Aku cuba nak inform Ira soal ni tapi gagal. Dia dah ‘dipegang’ oleh musibat Franky ni. Aku cuba macam2 cara termasuk contact family dia tapi gagal. Isteri aku pun cuba yakinkan Ira tapi Ira langsung tak percaya.

Paling menyedihkan aku dapat emel booking hotel Ira dengan Franky 3 kali. Allah, hancur luluh hati aku. Aku menangis sekuat hati. Aku tak mampu buat apa2. Aku cuma bole buat solat hajat sebanyak aku mampu. Doa aku tak pernah putus tiap solat. Allahuakbar.

Aku tak boleh buang sihir sebab aku risau akan effect mental Ira. Dari apa aku dengar sihir siam ni susah nak dibuang. Salah buang orang perantara (Ira) kemungkinan tinggi boleh gila.

So sekarang ni aku masih bergantung air penawar dari imam dan selalu berdoa tak pernah putus walau sehari agar Ira dilepaskan dari sihir walau diganti dengan nyawa aku.

Terima kasih atas kesudian membaca kisah ini. Semoga kita dilindungi Allah dari anasir yang tidak baik terutama sihir. Sekian.

– Rudy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *