Keluar Daripada Kesusahan Hidup

Assalamualaikum, Saya Kak K. Sudah lama saya tergerak untuk kongsikan pendapat dan kisah saya ini..

Saya seorang ibu kepada empat orang cahayamata. Suami saya bekerja sebagai pemandu lori. Hidup kami sedarhana dan Alhamdulillah kini rezeki sentiasa ada saja buat kami sekeluarga kini.

Saya pernah pernah hidup susah hingga hendak makam pun tidak cukup pendapatan.

Biasa saya mengasuh kanak-kanak ketika tinggal di sebuah bandar di Negeri Selangor.

Bila saya mula berpindah ke kampung saya, pemdaptan saya tiada. Bukan saya tidak berusaha mencari kanak-kanak untuk diasuh, terapi tempat baharu ni kurang sambutan.

Jadi bermulah kisah hidup susah kami. Suami seorang sahaja bekerja. Jadi pendapatan suami memang tidak mencukupi. Hinggakan untuk makan pun keluarga saya yang bantu.

Sebenarnya saya tidak mahu hidup dalam keadaan bergini. Saya dan suami masih kuat untuk mencari rezeki.

Saya kasihan dengan suami yang mencari nafkah seorang diri. Hari cuti pun sentiasa kerja lebih masa untuk daptakan pendapatan lebih.

Saya ni jenis tidak suka minta tolong dan hebahkan kesusahan kepada keluarga. Biasanya keluar yang paham sendiri keadaan saya. Hinggakan saya pernah terdetik untuk mohon bantuan zakat.

Saya tidak teruskan kerana rasa saya perlu buat sesuatu untuk mengubah ekonomi keluarga saya.

Saya pikir sampai bila saya harapkan bantuan zakat padahal saya sihat dan boleh bekerja..

Pernah sekali anak saya dapat bantuan awal persekolahan dari sebuah badan amal. Siap ada majlis penyerahan bantuan dan sesi bergambar.

Biasalah mesti ada sesi bergambar ketika terima bantuan dan sudah tentu gambar akan masuk kedalam media sosial.

Kami belum pernah sertai majlis bergini. Anak saya rasa malu untuk ke pentas untuk terima sumbangan dan bergambar. Saya dapat rasa perasaan anak saya.

Anak saya balik kerumah, sebelum terima sumbangan. Jadi saya yang terima sumbangan anak saya.

Bukan saya tidak hargai sumbangan tersebut, terapi saya dapat rasakan bagaimana perasaan orang susah, bila terima sumbangan hingga terpaksa bergambar dan gambar akan dimasukan ke dalam fb dan lain-lain medsos.

Ada ketika gambar mereka tidak lengkap menutup aurad pun pihak yang beri sumbangan akan kongsikan.

Saya rasa sedih sangat bila teringatkan anak saya. Saya nekad untuk keluar dari kesusahan ini.

Saya tidak mahu menerima apa-apa sumbangan lagi, saya nekad untuk berubah dan saya sendiri nak bantu golongan susah nanti bila berkemampuan nanti .

Jadi saya berbincang dengan suami untuk berpindah ke kawasan perumahan yang ramai golongan muda tinggal. Saya tahu disitu akan ada rezeki saya untuk mengasuh kanak-kanak lebih ramai.

Ya betul Alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah. Saya dapat bantu suami saya. Kami pun dapat biayai pengajian anak sulung kami tanpa ambil pinjaman pendidikan. Alhamdulillah syukur sangat.

Pagi ini saya terbaca post oleh seorang aktivis masyarakat mengenai golongan susah yang tidak mahu mengubah hidup mereka.

Golongan yang sentiasa mengharapkan bantuan berpajangan tanpa berbuat apa-apa untuk berubah. Sentiasa gunakan kesempitan ekonomi untuk meminta bantuan.

Ada juga kisah golongan bergini yang suka mengeluh dan meluahkan kesusahan disalam FB. Hinggakan nampak seolah-olah post untuk dapatkan sumbagan dari rakan-rakan fb.

Jika sekali kita masih bolah faham, tetapi jika kerap lama-lama orang ramai mula pertikaikan, seolah-olah mereka sahaja hidup susah.

Ramai lagi orang susah yang tidak mengeluh dan luahkan dalam media sosial kesusahan mereka.

Ada yang tidak mahu bertukar kerjaya. Ada yang suka bekerja sendiri dengan pendapatan tidak seberapa.

Jika ditawarkan kerja tetap dengan gaji bulanan pun tidak mahu, kerana alasan sudah terbiasa kerja sendiri. Tidak mahu mengubah hidup kerana sudah terbiasa dapat bantuan dari berbagai pihak.

Kepada golongan bergini, berusahalah untuk ubah kehidupan anda. Selagi masih sihat, berusahalah.

Jangan sentiasa mengharapkan bantuan, Nekadlah untuk berubah. Hidup. di Malaysia ni banyak peluang pekerjaan.

Semua terletak pada diri kita. Orang beri bantuan tapi gunakan bantuan itu untuk berubah, bukan mengambil kesempatan untuk meneruskan hidup atas kebajikan yang orang ramai berikan.

Sekian.

– Kak K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> http://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *