Untuk part I, (https://iiumc.com/cemburu-dengan-ex/).
Allah.. Rupanya ramai kecam aku ya. Tak mengapa, kerana penulisan aku yang panjang dan ayat-ayat yang mengundang fitnah.
Aku berterima kasih pada mereka yang sudi baca sehingga titik akhir dan memberi nasihat dan mendoakan kebahagiaan aku..
Aku menangis membaca satu per satu nasihat yang diberikan, semoga Allah angkat doa kalian dan segera pulihkan makanan rohani rumahtangga aku.. Doakan aku berjaya menjadi sehebat Asiah..
Bayangkan di sini, kau ada seorang teman yang berkongsi satu cita-cita nak bertaubat dan membina rumahtangga, start fresh, nak melahirkan dan mendidik ummah nabi Muhammad saw,
Tetapi kerana tiada jodoh akhirnya kau dan dia duduk di dalam dua rumahtangga yang berbeza.
Kau masih di tingkat satu, struggle seorang untuk membawa rumahtangga ke tingkat seterusnya.
Sedangkan teman tadi sudah berada di tingkat yang lebih tinggi, lebih mudah kerana ada 2 pasang tangan yang bergerak.. Itu yang aku cemburukan. Itu yang aku kenangkan.. Itu yang aku sedihkan.
Kerana ternyata cita-citanya disambut dan tangga-tangga sedang dibina ke pintu firdausi.
Ujian apa yang mereka hadap aku tak tahu, aku menilai berdasarkan apa yang aku lihat, mungkin penilaian ini salah, tapi perlukah aku bersangka-sangka apa yang tidak aku lihat, sedangkan yang terpapar ini dah cukup buktikan aku jauh tertinggal di belakang.
Aku masih terumbang-ambing hampir 10 tahun.. (Aku kahwin muda, jika ada yang tertanya). Bangkit sendiri dari alpa dibuai duniawi.. Sekejap solehah, sekejap derhaka.
Aku bukan baik sangat, wahai pembaca sekalian.. Sebab tu aku perlu sepasang tangan lagi untuk pimpin tangan ni dan anak-anak..
Tentang ayatku “aku menang”. Ayat ni paling banyak dikecam. Salah aku guna terma menang di sini.
Aku tertanya, dan pastilah aku membuak rasa ingin tahu siapakah isteri kepada temanku tadi. Siapa yang dia pilih untuk menggapai cita-cita dia bercinta hingga ke syurga tu, bukan cita-cita remeh tau?
Bamm! Aku salah dan aku menyesal kerana membandingkan pada awalnya, kerana ternyata pilihan dia tepat yang Allah hadirkan!
Kalau aku yang bertudung dari baligh (ramai kecam ayat ni) ni pun masih lebar takat ni tudungnya, sedangkan dia a “trying Muslimah” (ni pun dikecam) dah berpenampilan lebih baik daripada aku setelah dia kahwin.
Ini yang aku cemburukan, tarbiyah apa yang suami dia hidupkan dalam hatinya, biah solehah macam mana yang wujud dalam rumahtangga mereka. Aku malu sendiri.
Betul lah orang kata, perempuan ni senang dibentuk, tapi lelaki belum tentu ikut acuan isteri.
Macam aku lah, sebab suami selalu tinggal subuh, aku yang lemah iman ni pun boleh terikut, dan tambah berhuhuhu suami tak marah pun. Nastaghfirullah..
Maaf aku guna “ex”, sedangkan kami tak sempat bercinta bagai nak rak pun. Kami cuma sempat confess, hati berkobar merancang perkahwinan bersama, kerana dah penat ada hubungan samar-samar dengan pasangan masing-masing.
Ya, kami masing-masing memendam perasaan suka bertahun-tahun, tapi walau hampir mana pun ke saat akad pernikahan, kalau tak diizinkan Allah, tak akan terjadi. Itu lah hubungan kami.
Kerana sebab ini lah, aku dan dia masih kawan. Walaupun tidak berhubung secara langsung kerana itu batasnya. Mutuals kami ramai, kerana kami kenal berbelas tahun.
Aku salah kerana meluah emosi di sini setelah aku lihat gambar raya dan fb posting mereka berdua.. Gatai pi stalk padan muka kan?
Sebelum ni tak terfikir nak buka pun. PKP punya pasal kot banyak masa nak scroll fb. Ya aku salah kerana aku cerita di sini sisi gelap suamiku yang tiada siapa tahu.
Suami kebanggaanku tidak imamkan aku, tidak cukup 5 waktu, dan lain-lain.. Habis lah korang semua dah kenal suami aku siapa, terbuka aib dia dah.
Aku cerita untuk justify kenapa aku cemburu dengan rumahtangga ex aka teman aku tersebut, bukanlah cemburu yang sampai aku nak rampas dia or doakan keruntuhan rumahtangga orang, ataupun tinggalkan suami aku.. Aku masih waras lagi.
Kalau ada korang baca, aku ada sebut orang di luar melihat aku dan suami bertuah kerana memiliki diri masing-masing. Tapi sisi gelap ini, hanya aku dan dia yang tahu.
Setelah 10 tahun baru aku cerita di sini, kerana aku emosi dan terbawa perasaan. Curiosity kills the cat! Bukan tak pernah bincang hati ke hati, bukan tak pernah tegur nasihat, 10 tahun korang.. Bukan setahun 2 kami bersama ni.
Aku terbaca juga luahan seorang pembaca yang kata tahun ke 11 baru suaminya mula berubah. InshaAllah doakan aku sabar dan tak putus asa. Mungkin aku juga harus usaha lagi untuk tahun-tahun akan datang.
Penting di sini aku tekankan, solat bukan sekadar hal dia dengan Allah ya. Dalam rumahtangga, pasangan tak solat akan bagi kesan kepada banyak benda, rezeki, tumbesaran anak-anak, dan keberkatan perkongsian hidup.
Kesan ada tak dilihat sekarang, tapi dia macam barah, bila dah dikesan mungkin sudah stage kritikal yang susah diselamatkan.
Walaupun ada yang bahagia walaupun TANPA SOLAT SEMPURNA, percaya lah bahagia itu tidak berkat.
Sudah banyak aku baca confession di sini tentang suami tidak solat, dan acapkali itu juga aku nampak enabler yang memandang enteng hal ibadah no 1 yang akan dihisab ni.. Baik lelaki baik perempuan. Aib aib aib, sambil tutup mata redha dengan kemungkaran.
Itu sahaja coretan aku di sini. Yang berkata buruk tentang aku, tak mengapa. Ini ujian untukku. Terima kasih atas teguran dan nasihat yang membina. Semoga rumahtangga kita semua menuju syurga abadi.
– Tiada Nama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit