Tentang Adab

Terbaca satu perkongsian di FB ni, https://www.facebook.com/100003999362517/posts/2175199345956690/

Dan aku rasa dalam banyak2 hal orang kita ni, part adab memang kureng. Terlebih-lebih di bila di jalan raya. Tapi aku tak pukul rata la sebab tak semua macam ni. Peace.

Baik. Berbalik pada perkongsian tu, aku teringat waktu aku masih kecil. Ayah aku sangat berhati-hati dalam pengucapan dan juga perilaku beliau.

Pernah sekali ada sorang saudara jauh ayah datang ziarah dan bawa lauk kegemaran ayah iaitu lauk ikan sungai.

Dah sampai pun nak dekat tengahari dan lauk pun dah terperam dalam kereta sepanjang perjalanan nak ke rumah kami kan.. Jadinya bila sampai tu dah berbuih-buih dan rasa pun dah lain.

Tapi ayah aku tetap berterima kasih dulu dekat sedaranya tu sebab dah susah2 bawakan lauk tersebut. Dan ayah aku akan simpan lauk tu dalam peti dan suruh kami hidangkan lauk lain yang kami masak.

Jujur, kitorang (selain ayah aku) tak berapa suka makan ikan sungai ni tapi bila ada tetamu kitorang bawa lauk ni..

Kami akan cuba makan walaupun sikit demi menjaga hati mereka yang dah bersusah payah masakkan lauk tu. Tak perlu tunjuk atau bagitau mereka pun yang kita tak suka jenis makanan atau jenis ikan tu.

Dan lauk ikan sungai tu sedap saja, cuma kadang leceh bila ikan tu jenis banyak tulang yang kecik2 tu dan sebab pernah tercekik juga sampai pucat muka. Sakit, tapi sedap, haha.

Kalau masak berkuah memang masak la nak makan tu. Kalau goreng garing2 tu memang laju saja makan, lelagi dengan nasi panas uishh ya Allah sedapnya! dah la aku puasa harini.

Ada satu lagi waktu aku kecik2 dulu, jiran belakang rumah aku suka beri makanan yang dia masak. Jiran aku ni suka masak tapi dia tinggal berdua saja dengan suami dia, cucu2nya kadang balik waktu cuti sekolah saja..

Jadinya seperti biasa mesti banyak makanan yang tak habis. Dah tu takkan nak buang kan? Membazir. Tapi masak banyak2 pun membazir, huhu.

Jadinya dia akan beri pada jiran-jirannya termasuklah juga dia akan hantar ke masjid.

Tapi mak cik ni pun jenis muka tebal (baca: kuat sangat!) tau, walaupun orang duk kutuk2 masakan dia.. dia tetap akan hantar juga ke orang lain (dari waktu aku kecik sampailah dah umur 20-an ni).

Ada satu makanan yang dia hantar tu macam ikan masak asam campur kari ayam campur fishball & fishcake serta sayur campur. Pelik kan? Tapi benar.

Makcik ni memang dah terbiasa masak macam2 jenis lauk kat rumah dia sebab anak cucu dia ramai.

Jadi bila anak cucu tak balik, dan dia masak banyak lepastu tak habis, dia akan campurkan semua sekali.. panaskan dan hantar ke masjid atau ke rumah jiran. Aku pernah nampak makanan yang dia hantar ke masjid ni.

Dulu waktu puasa kan ada moreh atau berbuka di masjid. Siap ada jadual la siapa yang bawa moreh tu dan bila turn makcik ni bawa, menang akan jumpa la hidangan special tu.

Dan biasanya memang tak terusik sebab makcik2 jemah tempat aku ni jenis tak sensitif sikit. Kalau tak suka memang dorang direct saja.

Bagus, memang. Tapi caranya tu macam kasar sikit la. Too bad. Aku pun waktu tu cuma budak kecik saja. Biasanya aku akan senyum saja bila berhadapan situasi tu.

Atau paling berani aku pernah buat, aku akan cakap “tak apa, dah kenyang” dan mak aku akan backup “tu lah, kat rumah pun makan banyak dah tadi”, dan aku akan ikut mak aku ambil air panas saja.

Pernah aku cuba rasa makanan makcik tu, aku ambil satu senduk kecil saja. Ambil yang bola2 tu.. biasa la budak2 kan, huhu. Okay la, rasa macam steamboat sikit campur2 oden gitu.

Haa dia juga pernah hantar ke rumah kitorang dan ayah cakap “Kalau nak makan, makan. Kalau tak nak makan, tak apa biar saja situ nanti kita kasi ayam saja”. Nasib baik dulu ayah ada bela beberapa ekor ayam kat belakang rumah.

Oh ya, kitorang duduk rumah kampung jadinya boleh la tanam2 sayur, bela ayam itik semua tu. Dan kalau kitorang beraya rumah dia, dia akan masak banyak juga. Contohnya, mee goreng campur2 juga. Tambah ikan, ayam, udang lauk lebihan yang dia masak.

Tapi dah masak kan, takkan nak cakap “dah kenyang pulak”. Makan saja la sikit lepastu balun kuih raya dia. Haa kuih dia semua sedap! Semua dia buat sendiri. Kadang tu anak dia buat dan hantar. Semua sedap!

Tu la. Kita kadang tak tau apa yang menyebabkan seseorang melakukan sesuatu. Sebab tu adanya pepatah jangan menilai satu2 buku tu melalui kulit luarannya sahaja kan.

Macam contoh makcik ni, dia dah biasa masak banyak. Dia suka berbagi dengan orang lain, cuma tu lah caranya tu mungkin tak kena dengan jiran2.

Sampai sekarang aku masih cuba untuk berhati-hati bila dihidangkan makanan, aku akan sedaya upaya kawal mulut dan riak muka dari melukakan orang lain.

Nak makan atau tak, itu pilihan kita. Tanpa melukakan sesiapapun. Sebab dia nak sediakan makanan tu pun bukannya mudah kan.

Dengan tenaga, masa lagi, dan aku rasa memasak ni satu terapi bagi makcik tu juga bila mengenangkan anak2 dia tak balik ke kan bila dia perlukan anak2 dia tu. Sekarang pun makcik ni dah tak berapa sihat dah. Korang jom sama-sama doakan dia eh :)

– Beri biru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *