Assalamualaikum semua. Memula sekali nak saya nak perkenalkan diri. Saya masih berstatus isteri, usia 30an tahun dan menghidap penyakit mental.
Pada hari pernikahan saya sangat teruk kerana saya histeria, saya tak pasti puncanya, adakah saka atau sihir penghalang pernikahan. Tetapi pernikahan tetap diteruskan.
Selepas berkahwin, saya duduk dengan suami. Jauh dari keluarga saya. Dan ternyata sakit saya sejak hari pernikahan tersebut berlarutan sehingga selepas berkahwin.
Suami membawa saya berubat di perubatan Islam dan kebanyakannya bertanya sama ada ada sesiapa yang suka pada saya atau tidak. Semua berkata saya terkena sihir.
Disebabkan saya tidak pernah disihir, saya jadi paranoid dan menganggap bahawa ramai yang ingin menghantar sihir kepada saya.
Lama-kelamaan rasa paranoid saya menjadikan saya menghidap penyakit mental. Saya mempunyai ‘false perception’. Saya dibisikkan bahawa suami sebenarnya tidak menyukai saya.
Yang dia sukakan kawan saya yang bagi saya agak cantik. Lagipun, mereka ada gambar berdua yang bagi saya tidak elok dalam sebuah kbox dan suami pada masa tu melentokkan kepala ke arah perempuan tu. Tapi tidak bersentuhan.
Dan seingat saya, suami ada bermesej dengan perempuan tu tapi suami menafikan malah bersumpah tidak pernah ada apa-apa perasaan pada perempuan tersebut.
Disebabkan saya tidak bekerja maka saya selalu over thinking sehingga membuatkan saya sedih dan saya dikuasai bisikan. Suami pula seorang yang baran, apabila saya menuduhnya disebabkan over thinking saya, dia akan mengamuk.
Disebabkan dia mengamuk maka saya jadi semakin dissolve dalam over thinking saya bahawa dia sebenarnya sukakan perempuan itu cuma tidak dilayan.
Di hadapan orang, dia menunjukkan sifat penyabar tetapi hakikatnya saya makan herdik dan tengkingnya apabila berdua. Lama-kelamaan saya depress dan disahkan sakit mental.
Saya sukar mengandung pada mulanya tetapi kerana kami mengatur waktu bersama maka saya akhirnya mengandung.
Semasa mengandung, saya relapse dan saya menaiki KTM ke Ipoh dan saya pergi ke Balai Polis untuk dihantarkan ke Tanjung Rambutan. Dan sebelum saya menaiki KTM tersebut, saya bersama suami di KL Central.
Dia hanya membiarkan saya pergi dengan kandungan saya dan saya tengah sakit mental tanpa berasa risau akan keadaan kami.
Saya meneruskan untuk pergi ke Ipoh dan dia balik ke Shah Alam. Saya hampir berhenti di stesen sebelum Ipoh dan saya sangat bersyukur sebab masih dipelihara Allah untuk teruskan perjalanan ke Ipoh.
Jika tidak, akan keluarlah saya di dada akhbar sebagai berita perempuan mengandung berjalan tanpa hala tujuan.
Apabila saya ungkit akan hal ini, suami akan cakap, “orang tak faham keadaan masa tu, lagipun abang kan pergi juga ke Tanjung Rambutan tengokkan ayang sampai ayang sembuh”.
Saya jawab dia, “nasib baik saya sampai dengan selamat ke tanjung rambutan, kalau berhenti kat mana tah, kena rogol, kena bunuh?”. Mungkin kalau itu yang terjadi dia bersyukur kot sebab tak perlu menanggung malu beristerikan pesakit mental.
Selepas dari peristiwa itu, saya tiada relapse sehingga bersalin. Selepas bersalin, saya berpantang di rumah mertua. Mertua menjaga saya dengan baik tetapi saya tidak tahan apabila dia asyik mengeluh penat.
Ye la nak jaga orang berpantang pada bulan puasa pulak. Tetapi mil tidak mengeluh penat depan sesiapa. Dia asyik mengeluh di depan saya sahaja.
Apabila depan orang lain, dia berlagak ok. Maka saya mengambil keputusan untuk berpantang hanya 21 hari di kampung mil. Pada awalnya, suami setuju. Tetapi, tiba-tiba suami bad mood dengan saya. Saya tak mampu nak bersangka baik. Saya tetap ikut balik ke rumah suami.
Di rumah, suami mula layan macam tahi. Saya cuba abaikan kemudian kami pergi ke kenduri akikah anak saudara suami, masa tu masih dalam pantang. Salah seorang adik suami nak berborak dengan saya tetapi ada adik lain panggil dan buat muka jangan berborak dengan saya.
Di depan mata saya. Mereka macam memboikot saya. Tahukah kenapa mereka memboikot saya? Kerana saya tidak menghabiskan pantang di rumah mil yang asyik mengeluh penat.
Apabila saya tidak menghabiskan pantang di situ, mil berasa malu dengan adik beradiknya, kononnya menantu tak sukakan dia.
Saya hairan dengan mil saya yang merancang boikot seperti itu sedangkan saya dari awal kahwin akan membawa suami balik ke kampung mil.
Selepas peristiwa itu, saya sudah tidak mengajak suami balik ke kampung. Dan suami saya pun tak nak balik jika saya tiada bersama kononnya. Padahal memang dia tak suka balik kampung.
Suami memang berubah layanannya kepada saya. Saya pulasemakin tertekan dengan keadaan baby saya yang saya boleh kategorikan high demand baby. Saya jadi sangat kurus-kering kerana tak sempat makan tetapi kena menyusukan baby. Suami mmg tidak peka keperluan saya.
Sedangkan dia lah yang tersenyum apabila saya menunjukkan dua garis pada pregnancy test kit. Perangai berubah sejak peristiwa saya enggan berpantang di rumah mil. Saya sangat depress.
Setiap hari saya depress sehingga baby berusia 7 bulan dan saya menelan 7 biji haldol sehingga terkunci rahang saya. Apabila dibawa ke kecemasan, saya disuntik antidote untuk mengembalikan rahang saya.
Selepas dari situ, saya berulang kali diganggu bisikan2 dan simptom sakit mental saya keluar. Suami pula tidak faham sakit tersebut dan menganggap saya hanya bersikap kurang ajar. Saya meminta cerai berkali-kali dan saya hanya meminta cerai apabila saya sedang diserang bisikan.
Suami yang tidak memahami sakit saya pun terus menceraikan saya. Tetapi kami rujuk semula dan tidak lama kami bercerai lagi. Saya meminta cerai hanya pada waktu saya sakit.
Dan disebabkan dia tak faham dan baran menghadap saya yang sedang sakit tetapi dianggapnya hanya mengada, maka semudah itu dia ceraikan saya.
Sewaktu sihat saya, saya sudah nasihatkan dia supaya faham bila saya sakit dan saya ajarkan tentang sakit saya tetapi dia tak nak dengar malah dibantahnya ‘orang tak faham, masa tu lain’.
Masalahnya saya da sakit berkali-kali dan dia masih tak faham. Maka tercerailah kami talak 2. Saya yang sedang sakit, diceraikan, dan hanya ditinggalkan di stesen untuk balik sendiri ke kampung bersama baby saya.
Di kampung, saya mendapat rawatan dari pakar dan pulih seperti biasa. Selepas pulih, saya berasa sangat bersalah pada suami kerana pada anggapan saya, sayalah yang menyusahkan hidupnya.
Saya menelefonnya dan kami rujuk. Saya ada menyatakan saya tak tau nak rujuk ka tak sebab memikirkan mil saya, tetapi dia tengking saya.
Suami sejenis yang kononnya tidak boleh dengar maknya dihina. Dan dia ugut nak fight ambil anak kami yang saya dalam sakit mental saya, anak kami selamat dalam pelukan saya tapi dia sekadar menyerah pada Allah katanya akan keselamatan kami.
Selepas rujuk, kami bahagia kerana LDR, saya bekerja sebagai pensyarah sambilan di kampung saya. Dan dia tinggal di Shah Alam. Selama setahun kami LDR. Kemudian saya balik ke sana.
Pada kali ini saya nekad mencari duit sendiri. Saya tidak berani keluar bekerja kerana saya tidak mengenali mana2 pengasuh dan saya tidak percayakan taska.
Maka, saya membuat tuisyen di rumah. Kemudian saya mengandung anak kedua. Pada masa ini, suami selalu outstation dan saya menguruskan anak sulong sendiri. Dia semput, saya yang dukung dia dari tingkat 3 ke kereta kemudian pergi ke kecemasan.
Dia terkena campak, saya yang uruskan dia sendirian dalam keadaan saya mengandung anak kedua. Dia sakit perut dan perlu warded saya yang uruskan. Rupanya dia ada cyst.
Setahun kemudian baru diketahui punca sakit perutnya itu cyst. Saya tidak makan ubat pada ketika itu tetapi saya masih kekal waras sehingga saya melahirkan anak kedua dan saya diserang bisikan.
Saya sakit tetapi kali ini suami bertindak menghantar saya ke kampung saya bersama anak2. Sepanjang di kampung, saya sakit tetapi tidak dihntar ke hospital sehingga usia baby 7 bulan. Pada masa itu, saya memang di kategori kronik. Selepas mendapatkan rawatan, saya pulih semula.
Dan kali ini saya cepat2 balik ke sisi suami. Apabila saya kembali ke sisi suami saya mendapat kerja cikgu sekolah swasta tetapi hnya bertahan selama 4 bulan kerana saya relapse lagi.
Pada masa relapse yang ini, saya balik ke kampung sendiri dan saya meninggalkan anak2. Saya kemudiannya kembali waras selepas makan ubat dan kerana saya rindukan anak2. Saya balik semula ke sisi suami.
Selepas dari ini, saya sihat sepanjang tahun dan pada hujung tahunnya saya mendapat pekerjaan sebagai sales di sebuah kilang. Tetapi tidak lama kemudian, kilang tersebut melingkup.
Nasib baiklah saya membuat tuisyen pada waktu malam maka saya masih mempunyai pendapatan. Ya, saya bekerja sebagai sakes pada waktu siang dan pada waktu malam saya mengajar tuisyen.
Saya terpaksa membuat 2 kerja kerana saya ingin melangsaikan hutang kereta saya dan hutang AIM. Saya membuat tuisyen di rumah dengan membuat hutang AIM. Suami saya tidak memberikan suntikan modal langsung.
Sudahlah tidak memberikan modal, dia juga membiarkan anak2 mengganggu saya membuat tuisyen kerana dia sibuk dengan fon.
Apabila saya membawa anak-anak keluar dari bilik tuisyen dan memasam muka kepadanya kerana tidak membantu saya maka dia akan membuat muka yang lebih bengis. Dia sangat takut tergolong dalam golongan takut bini.
Saya hanya bercerita mengenai sakit saya. Saya tidak menceritakan sifat suami saya. Suami saya seorang yang tidak pandai menguruskan kewangan.
Saya sudah berkali-kali mengajarnya mengurus kewangan kerana saya ternyata pandai mengurus wang sejak zaman uni. Saya tempat meminjam kawan2 yang boros pada hujung semester. Tetapi dia memandang lekeh ajaran saya.
Saya juga tidak diberitahu apabila sudah gajinya masuk. Dia rasa sangat menyampah apabila saya asyik bertanya akan gajinya.
Percayakah kalian, dia tidak mempunyai sebarang simpanan selain kwsp. Dan dia berhutang kad kredit dan kereta mewah. Dia tidak pernah memberi nafkah bulanan kepada saya, not even RM10.
Setiap kali saya meminta dia menunaikan 2 persalinan setahun saya, dia akan jawab ‘tidak cukup makan minum tempat tinggal ko?’.
Sekarang dia mengeluarkan ilestarinya pula. Dan dia tidak beritahu kepada saya. Saya hairan kenapa dia enggan memberitahu kepada saya status kewangannya sedangkan saya cuma tahu dan saya tidak pernah mengambilnya.
Apabila saya persoalkan ke mana pegi duit gajinya maka akan dia jawab habis ke kami. Dia mengambil insurans untuk dirinya dan anak sulung berjumlah RM320 sebulan.
Saya menganggap dia membayarnya setiap kali mendapat gaji. Tetapi apabila kami balik ke kampung, ternyata surat dari insurannya mengatakan dia sudah tidak bayar selama 4 bulan. Dan RM320 itu lesap dan dia asyik katakan dia belanjakan untuk kami.
Saya tidak mengambil kisah sangat akan gajinya kerana saya tau dia sangat sukakan duit kerana dia asyik ceritakan bapanya yang kedekut kepada keluarga mereka sejak dia kecik. Maknya pula memang tidak ditunaikan nafkahnya oleh bapanya.
Maka dia menanggap dia boleh lakukan yang sama kepada saya. Dia sangat mencontohi bapanya yang tidak pandai membantu satu kerja rumah pun dan bapanya tidak pandai membuat kerja2 lelaki yang asas. Semuanya upah orang buatkan.
Dan dia pun seperti itu, sedangkan saya seorang yang level buat pendawaian haram di uni. Saya yang tunjukkan suami cara drilling. Kalau peti ais tersumbat, saya korek2 sendiri. Saya boleh assemble barang tanpa tengok manual.
Bukan nak meriak. Cuma tak sangka di luar sana ada manusia yang sangat tak berguna dan tak tau apa2 tapi sombong berlagak macam bagus.
Walaupun saya buat 2 kerja, saya tetap menyisihkan waktu sebelum tidur untuk bermain sekejap dengan anak2. Kemudian kami tidur bersama.
Dan suami sebanyak manapun saya mengingatkan dia bermain dengan anak2 adalah sunnah, bermain kuda2 adalah sunnah, dia tidak pernah bother untuk buat. Suami berperwatakan alim di pandangan mata orang.
Dia penyanyi nasyid di sekolah dan diidamkan ramai wanita. Saya yang hidup dengannya tahu dia bagaimana. Saya dah tahap tak kisah apa orang nak kata.
Semua perenggan di atas hanyalah intro. Tahun 2020 adalah tahun yang dahsyat untuk saya. Saya disahkan mengandung dan kandungan ini tidak dirancang.
Maka saya berhenti memakan ubat dan relapse. Ya saya relapse dari awal mengandung. Tahukah kalian apa yang menyedihkan?
Suami seperti biasa tidak faham pun yang saya sakit. Perangai saya totally berubah apabila saya sakit tetapi dia tidak tahu membezakannya.
Saya tak tau samaada dia tak tahu atau dia da sangat malu dengan keadaan saya. Dia menikahi saya kerana menganggap saya perfect. Alih-alih saya sakit pulak selepas berkahwin.
Sudahlah sakit yang memalukan, sakit mental. Bukan sakit kanser ke apa. Semasa saya sakit pada tahun lepas, 3x suami naik tangan dan kaki kepada saya selain melayan saya dengan buruk dengan alasan saya melayannya dengan buruk.
Kali pertama dia menendang saya kerana katanya saya menghempas anak saya ke perutnya maka dia bertindak balas menendang saya.
Anak saya tak menangis pun dan saya selalu ditindih dan dikuda2 anak saya maka saya yakin memang tidak sakit. Tetapi dia claim masa tu dia sakit yang amat. Kemudian, dia mencubit paha saya sehingga lebam sebab saya remukkan keretanya. Remuk yang tak obvious pun.
Tapi nampak muka dia bengang sangat. Kemudian yang terakhir apabila dia tidak balik semalaman kerana OT katanya dan pagi itu saya tidak membuka pintu utknya. Saya selak dari dalam.
Dia memaksa saya membuka dan akhirnya saya buka. Apabila pintu terbuka, dia masuk dan mencekik saya sehingga tinggal kesan lebam di leher saya dan saya sesak nafas kerana tempat dia cekik tepat pada tempatnya. Ya, saya ditendang, dicekik sewaktu saya relapse dan saya mengandung.
Di antara peristiwa2 dia naik tangan kepada saya ini, ada peristiwa mil dan sil datang setiap hujung minggu kononnya berniat baik nak tengok saya, nak bersihkan rumah kami,
Dan kemudian membawa lari anak saya dan itu hanya menambah teruk sakit saya kerana saya freak out dan mendera mental saya.
Yang saya sedihkan, saya adalah orang yang berbeza sewaktu saya sakit dan saya sihat tetapi tiada seorang pun dari mereka yang memandang dan melayan saya dengan belas.
Sewaktu saya mengambil video mereka memarahi saya, mereka membalas dengan merakam video sewaktu saya sakit dan marah-marahkan mereka.
Dan lucunya mereka masih menyimpan video itu dan suami katakan dia pun ada menyimpan video untuk menunjukkan saya seorang yang biadap. Sedangkan saya sakit pada ketika video itu diambil.
Selepas suami mencekik saya, saya pergi berjumpa FMS. Saya tinggalkan anak2 di rumah kerana saya menumpang jiran yang saya takut akan nembahayakan kami sedangkan itu hanya bisikan jahat.
FMS melihat kesan cekik itu dan menghantar saya ke hospital besar. Di hospital besar saya tidak dibenarkan diambil oleh suami selepas apa yang dia buat.
Maka, saya diambil oleh sepupu saya. Oleh kerana suami hendak bekerja maka anak2 dia hantar ke rumah mil.
Maka dari situ sehingga sekarang saya terpisah dengan anak2 yang sangat manja dengan saya. Saya sentiasa terbayang muka mereka menangis di grill sewaktu saya tinggalkan mereka ke klinik.Semoga saya kuat.
Saya tinggal di rumah sepupu saya sehingga bapa saya mengambil saya. Saya balik kampung tanpa mengambil anak saya. Di kampung saya dimasukkan ke hospital kemudian seleoas bersalin barulah saya menjalani rawatan pemulihan.
Tahukah kalian, selepas saya pulih, ketika masih di hospital, siapa yang saya minta hubungi? Ya, suami saya. Saya meminta maaf dengannya kerana saya menyusahkan hidupnya dengan sakit saya. Saya benar2 meminta maaf dengannya seperti selalu.
Apabila saya pulang ke rumah, saya diingatkan tentang segala perlakuan mereka ke atas saya. Saya triggered dan saya mengakui benar apa yang dikatakan family saya.
Sampai bila saya nak hidup dengan manusia seperti suami saya. Manusia yang apabila dia sakit, saya hidangkan makanan dibilik. Tetapi apabila saya sakit, saya ditengking, diherdik.
Memang dia hilang sabar setiap kali saya sakit. Sedangkan pada waktu sihat saya, saya memintanya memahami sakit saya.
Apabila saya katakan ‘tak pernah pun abang layan saya dengan baik sewaktu saya sakit?’. Dijawabnya saya ‘pernahkan.. awal dulu’.. masa kali pertama saya ke hospital. Selepas dari itu, dia memang benci saya ketika saya sakit.
Maka, saya pada kali ini katakan padanya, saya hanya akan balik ke sana bila dia datang ambil saya di rumah abah dan janji dengan abah, dia akan jaga saya.
Tetapi dia beralasan tidak punya duit untuk ambil saya. Tetapi saya heran kerana dia mampu menyekolahkan dan membayar pengasuh anak kami.
Barulah dia mengaku dia keluarkan ilestari dan dapat ilestari. Sebelum dia mengambil anak kami itu, dia sepatutnya boleh pergi mengambil saya dengan duit ilestari tetapi dia enggan.
Maka saya selalu bergaduhnya dengannya lagi kerana saya sangat rindukan dua anak saya itu. Apabila bergaduh, macam biasa, tiada istilah memujuk, dia akan membiarkan saya yang menghubunginya semula.
Di sini, plot twist dan saya kira pembaca akan menganggap cerita saya berat sebelah. Tak apa la. Saya yang alami.
Disebabkan saya penat dengan layanannya yang serupa tahi maka saya install satu dating apps. Saya berkenalan dengan seorang duda yang popular, ada rupa dan ada pekerjaan elok di apps tersebut. Saya sangkakan dia adalah scammer.
Rupanya bukan kerana saya meminta FB akaunnya. Kami bermesej dan bermesej setiap hari.
Pada ketika ini, suami saya sudah tidak menghubungi saya melainkan saya menghubunginya dan meminta maaf untuk benda yang bukan salah saya. Lelaki ini melayani saya dengan baik. Saya berterus terang dengannya bahawa saya bukan janda, saya masih isteri orang.
Saya bermesej dengannya hampir setiap hari tapi bukan untuk bermanja, hanya untuk meluahkan marah saya pada kaum lelaki.
Saya tak terbuka hati untuknya kerana usia perkahwinannya kurang daripada 5 tahun. Bagi saya lelaki macam tu takda beza pun dengan suami saya.
Nak2 bila dia cakap bekas isteri dia ada lelaki lain itu sebabnya mereka berpisah. Seriously? Annoying.
Antara sebab saya hubungi dia adalah kerana saya menyampah dengan polis yang melepaskan suami saya daripada sebarang hukuman sedangkan saya sudah membuat report beserta bukti hospital.
Malah polis tersebut sempat nampak kesan cekik tersebut. Lelaki yang saya berkenalan ini seorang polis. Hati saya full of hatred da. Saya penat kot.
Saya tak minta sakit ni. Setiap kali saya sihat, saya pulun cari kerja supaya saya tak dianggap beban. Saya bukan jenis yang sakit mental, bila da sihat duk meratap nasib.
Saya ada memberikan screenshot perbualan saya dengan duda ini kepada suami saya. Memang niat saya nak buat dia cemburu. Saya tak perasan svreenshot tersebut saya tidak padam sebaiknya sehingga dia boleh mengesan profail duda tersebut.
Sewaktu dia menghubungi duda tersebut, saya meminta duda tersebut untuk mengatakan bahawa kami serius dan kononnya saya memberitahu duda tersebut bahawa saya janda. Dia membantu saya mengatakan apa yang saya nak pada suami saya.
Suami saya terkejut dan memberitahu pada duda tersebut bahawa saya masih isterinya dan suami saya katakan tuan tau tak dia pesakit mental.
Duda tersebut selamba badak gi reply suami saya ‘ye, saya tau. Kalau saya kahwin dengannya, saya akan bawa dia berubat kat hospital swasta’.. Pastu kitaorang gelak2 dapat mainkan suami saya.
Suami saya berubah. Kononnya. Dia tak sangka saya akan buat macam tu, dia sangka saya akan setia bodoh kat dia. Almaklumlah saya dah makan tengkingan sejak dari zaman uni.
Dia tengking saya hanya kerana saya inginkan kereta saya yang dia pegang. Lepas kena tengking saya senyap dan akur bagi dia pakai kereta tersebut.
Lepas dia tengking, dia cakap “sekarang ko dah tau perangai aku, ko mesti da rak nak aku kan?” Dan saya sepanjang hidup dengannya hanya kerana kasihan.
Dia berubah menjadi seorang yang lemah lembut tetapi masih tidak boleh dibawa berbincang. Saya katakan kepadanya,
“Bagilah anak pada saya. Saya besarkan di kampung sampai dia sudah stabil dan mampu beli rumah, barulah kami balik ke sana. Lagipun tiada yang dapat jaga saya seperti keluarga saya jaga saya. Biar saya stabilkan diri di sini dulu”. Malangnya dia enggan menerimanya.
Dia tak nak berikan anak2 kepada saya untuk saya jaga di kampung dan dia takda plan ambil saya dan bongsu di kampung sedangkan dia ada duit ilestari.
Saya jadi serabut setiap hari sebab terlalu rindukan anak-anak saya. Disebabkan saya bengang, saya mesej mil saya supaya jaga anak saya dengan baik dan jangan besarkan anak saya jadi pencekik bini.
Suami yang berjanji nak berubah nak jadi berubah kononnya kerana saya memburukkan maknya.
Saya tekad meminta perpisahan cara baik kerana suami kembali menengking saya. Tetapi suami tidak layan dan menggantung saya.
Sehingga kini dia tidak menghubungi saya. Saya berdiri di hadapan Allah dan memohon jalan keluar dan Allah ilhamkan jalan keluar sewaktu sujud saya.
Sekarang masih dalam proses. Sesiapa nak hukum saya, hukumlah. Sesiapa nak doakan saya, doakanlah tuntutan taklik saya dipermudahkan.
– Aku Curang ke? (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit