Berkenalan Di Apps II

Untuk part I, (https://iiumc.com/berkenalan-di-apps/).

Assalamualaikum semua. Ramai yang mental bila baca confession pesakit mental macam saya. Hahahaha.. Korang lawak.. Susah tau nak tulis 4+7 years punya cerita dalam satu confession.

Kondisi saya sekarang sehat dan waras. Alhamdulillah. Penyakit saya ni kalau masa relapse memang tak waras sungguh, merapu level saya emak imam mahdi la.

Ada yang hairan bila saya dah kena macam-macam sejak zaman bercinta tapi still meneruskan ke jinjang pelamin.

Ada sebabnya. Saya selalu bertukar-tukar bf. Sampai dekat suami, dia yang keempat, saya rasa kalau tukar lagi memang saya jalang sungguh la. Dan suami 5 waktu, bagi saya itu rare.

Semasa bertunang, saya pernah tinggal di rumah mertua, kami solat terawih berjemaah. Saya rasa sangat seronok dan anggap I made the right decision. Tapi lepas dah nikah, dah takde da solat jemaah tu. Lawak.

Ada yang cakap lepas da cerai patutnya dah tak payah rujuk. Yes, ini betul. Cuma masa cerai dan rujuk tu usia perkahwinan kami baru 2 tahun.

Siapa nak menjanda, perceraian tu aib. Lagipun masa tu saya dalam denial. Saya asyik anggap saya sakit kerana buatan orang. Orang yang nak kami bercerai berai.

Maka, saya anggap bila kami tercerai, berjayalah orang yang menyihir kami. Masa tu bukan macam sekarang, sudah banyak artikel dan perkongsian kesedaran masalah macam ni. Masa tu saya tak tau pun kewujudan narsis.

Ada yang cakap saya suka cabar suami. Tak, saya tak cabar dia kalau saya sehat. Saya takkan cabar dia sebab dia suka bertempik kalau dia marah sampai saya takut jiran-jiran dengar. Saya malu.

Contoh situasi, saya minta tolong suami keluarkan ayam dari peti sementara saya ambil anak dari pengasuh (selang beberapa rumah saja),

Bila masuk rumah dia elok main fon dan lupa keluarkan ayam, saya masamkan muka sikit dan bebel2, dia da balas tengking dah. Lepas dari situ, kalau dia ingat alhamdulillah, kalau dia lupa, saya senyap saja.

Please stop mengandung, ye betul. Lepas second baby, saya memang nak stop da. Saya dah cakap dekat klinik saya nak tubektomi, klinik cakap saya muda lagi.

Saya buat rancang secara semulajadi. Cuma termengandung sebab masa tu kami bersama pada waktu subur dan ada yang terlepas dekat dalam kot.

Bila tau mengandung saya stop makan ubat sebab kononnya ubat yang sama saya makan masa mengandung anak sulung dan dia dah tiada hempedu lagi. Ada komplikasi sebab organ dia abnormal.

Saya salahkan ubat saya masa mengandung yang buat dia sakit camtu. In fact bukan salah ubat pun. Tolong sesiapa yang dinasihatkan makan ubat, please makan.

Intro saya panjang kan dalam confession tu. Betul la tu, nak justify kenapa saya berskandal.

Saya install dating apps tu masa suami tinggalkan dan senyapkan saya macam tu saja. Makan bulan jugakla. Diceraikan pun tidak. Saya cuba-cuba install sebab keluar dekat sponsored FB selalu.

Nak cakap saya suka dia, tak kot. Saya siap carikan dia awek lagi among kawan-kawan saya yang single dan lawa, saya suruh dia berkenalan dengan dorang.

Ada dua orang kawan saya serius lawa, saya cuba nak kenalkan dengan duda tu. Gila kan saya? No wonder masuk wad.

Oh ya, ada yang cakap kenapa tak tuntut fasakh. Saya dalam proses tuntut taklik sekarang. Cuma masa nak hantar dokumen ada yang tak lengkap. Saya takda sijil rujuk. Lepas rujuk, suami tak ambil sijil rujuk tu.

Saya menangis sorang-sorang dekat pejabat agama, dekat kerusi kosong. Buntu betul masa tu. Nak ambil sijil rujuk tu nak kena ke mahkamah syariah tempat negeri bercerai pastu bawak ke pejabat agamanya pulak. Urusannya bukan sehari.

Saya berterima kasih pada Ramadhan kerana hadir membawa rahmat, saya berdiri solat dan sebelum saya sujud, saya minta dengan Allah keluarkan saya dari masalah saya.

Saya dah buat macam-macam. Dan Allah yang Maha Baik, Allah ilhamkan saya guna khidmat runner. MasyaaAllah, sekarang runner uruskan dokumen saya. Saya harap PKP tidak menjejaskan urusan ini. Doakan saya.

Terima kasih pada yang bagi input tentang kemungkinan-kemungkinan saya kalah dalam hak penjagaan dan sebagainya. Serius saya terlepas pandang.

InsyaaAllah saya akan susun juga hujah dan bukti saya. Saya harap saya dapat menimbulkan keraguan yang munasabah. Doakan saya dapat rumah PPR ya. Senang saya nak cakap saya capable economically.

Kalau saya berpisah dengan dia dan saya dapat hak penjagaan semua anak, saya cuma akan tuntut nafkah anak-anak RM600 sahaja. Untuk saya bayar pengasuh yang nak tinggal dengan saya.

Kenapa RM600? Sebab saya tahu dia akan nikah semula dan akan bina keluarga. Semua tu memerlukan kos. Saya tau dia tak mampu kalau saya meroyan tuntut macam-macam. Doakan semoga dipermudahkan.

Doakan saya dapat semua anak-anak saya. Saya nak besarkan dorang sebab saya takut dorang mewarisi sakit saya.

Semua faktor yang menyumbang kepada sakit ni, saya cuba halang dibuat ke atas anak saya. Saya hafal sifir semasa tadika. Saya tak paksa anak-anak pandai sebelum masanya.

Saya akan pastikan dorang bermain dan explore dunia biarpun berkotor dengan lumpur. Tapi, hanya beberapa bulan di rumah mertua, anak saya da pandai membaca. Saya tak tau camana dia diajar. Saya tak nak dorang macam saya.

Saya tak perlukan dorang genius, saya cuma perlukan dorang gembira, saya nak dorang build EQ dan SQ, saya nak dorang build character. Allah.

Saya banyak burukkan suami. Dia ok kalau saya sihat. Saya boleh tolerate marah2 dia, bagi saya itu asam garam rumah tangga.

Dia baran dan saya penyabar (bolehlah). Saya boleh tolerate dia tak tunai nafkah, bagi saya dia sangat berhak ke atas gaji dia sebab dia penat kerja.

Saya boleh tolerate dia tak tolong kerja rumah, dia urus sampah dan mandikan anak-anak da cukup mudahkan kerja saya. Anak sulung saya pandai kemas mainan. Dia suka menyusun.

Walaupun saya buat dua kerja, keadaan rumah masih terkawal. Saya tulis keburukan dia sebab saya terkilan, dia tak berbelas kasihan pada saya sewaktu saya sakit.

Dan sakit saya tiada jaminan yang saya sihat sentiasa. Masa sihat, I could say I am perfect. Masa relapse, Allah. Tapi relapse saya, saya masih jaga anak-anak cuma saya tak uruskan rumah dan suami.

Dah 7 tahun saya sakit dan relapse berkali-kali, setiap kali sakit saya dimarah, dipandang menyusahkan.

Sampai bila. Saya cuma harap dia cakap “dia tak macam ni kalau dia sihat”. Kalau dia cakap macam tu, dia akan berbelas kasihan pada saya.

Dah la. Jangan tulis lagi. Nanti saya kufur nikmat.

Anak saya yang sulung masih umur 6 tahun. Kalau saya berjaya bercerai secara taklik, anak akan dapat dekat saya kan? Kemudian, kalau nak fight hak hadhanah di Mahkamah Tinggi kan?

– Rindu Anak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *