Teruk Sangat Ke?

Hai semua. Aku dah tak tahu nak luahkan dengan siapa. Orang kata baik simpan saja masalah rumah tangga dan selesaikan sendiri tapi aku kadang-kadang serabut dengan punca kami gaduh sehingga kan aku rasa seperti semuanya salah aku. Punca nya kebanyakannya tentang duit.

Aku telah lama pendam perasaan ku ini. Aku sebelum ni bekerja dengan gaji yang agak selesa untuk diri ku.

Lepas grad aku dah terus bekerja dan dengan pengalaman aku boleh cecah 4k bagi aku dah selesa. Jadi aku tidak lokek berbelanja untuk diri sendiri mahupun keluarga ku. Aku sudah biasa bayar sendiri komitmen aku.

Tidak perlu meminta dengan sesiapa sehingga la sejak PKP 1.0 aku berhenti kerja atas persetujuan bersama suami ku untuk jaga kandungan ku. Kandungan ku sihat cuma aku dinasihatkan oleh doktor untuk bersalin awal kerana sebab tertentu.

Jadi selepas bersalin sehingga kini aku menganggur. Suami ku setuju untuk bayar semua komitmen aku sehingga anak ku 2 tahun. Aku bersyukur kerana suami ku sangat bertanggung jawab orangnya. Jadi kenapa aku perlu selalu bergaduh dengan dia?

Suami aku yang bayar rumah, bil api air dan makan kami anak beranak di rumah. Aku bersyukur sangat. Cuma yang buat aku selalu bertekak dengan dia ialah suamiku akan sangat berkira kira untuk elak pembaziran.

Pantang aku sebut pasal barang nak beli dia akan mula rasa resah macam takut sangat aku nak minta duit extra dari dia.

Aku tak salahkan suami aku bab ni sebab aku tahu dia perlu tanggung beban yang banyak termasuk perbelanjaan diri ku.

Cuma yang aku kecil hati bila pendapat aku jarang didengarinya dan aku rasa seperti aku terlalu berharap pada dia sampai aku rasa diri aku useless. Kadang-kadang aku nak beli pun guna duit saving aku.

Aku dah biasa beli apa-apa jika aku rasa ada keperluan tapi bila aku dah tak kerja aku akan bagitahu dia contoh untuk keperluan anak tapi dia akan tepis dan marah macam aku ni salah pilih topik perbincangan.

Banyak kali terjadi sehingga aku rasa teruk sangat ke aku ni menyusahkan dia sampai dia buat aku macam ni? Aku rasa hina sangat diri aku sejak tak bekerja.

Orang mungkin akan cakap aku seperti tidak bersyukur kerana aku duduk free saja semua laki tanggung tapi aku rasa suara ku perlu didengari dan perlu dilayan juga. Aku bukan seorang isteri semata tapi aku juga seorang manusia yang ada perasaan.

Kadang-kadang aku fikir adakah postpartum depression aku selepas bersalin dulu yang menyebabkan aku terlalu sensitive?

Adakah memang mental aku terganggu sehingga menyebabkan aku rasa seperti tidak dihargai oleh suami sendiri? Tidak berguna dalam hidup?

Kalau ada yang tertanya kenapa aku tak kerja balik kan senang. Aku ada cari kerja cuma aku kesian dengan anak aku.

Anak aku alhamdulillah sihat. Tapi sangat clingy dengan aku. Masih breastfeeding. Botol pun tak nak. Mungkin sebab banyak masa dengan aku.

Lagi-lagi kerja aku nanti banyak melibatkan kerja di luar berjumpa orang jadi pada zaman covid ni aku risau kan kesihatan anakku. Rezeki aku nak dapatkan anak agak lambat selepas berkahwin jadi aku rasa ini adalah amanah Allah yang aku kena jaga.

Mungkin masalah aku ni tak besar mana cuma aku terlalu banyak kali kecil hati bila suaraku tak didengari oleh suamiku.

Bila diluahkan seolah olah aku salah dan dia akan tarik muka pula. Bukan salahku tapi aku yang perlu pujuk rajuk dia. Aku pula yang perlu minta maaf atas kesalahan yang bukan aku mulakan.

Aku mungkin tak knowledgeable macam dia. Kadang-kadang aku rasa diri aku terlalu kerdil untuk dia. Topik tak selari bila berborak. Itu yang lagi buat diriku sejak tak kerja aku rasa macam orang bodoh hina di sisi dia.

Aku rasa sesetengah perempuan dah biasa bekerja pegang duit sendiri akan ada perasaan semua benda boleh buat.

Tapi bila dah tak bekerja dan kena dependable pada lelaki sesetengah perempuan tu mungkin akan rasa helpless sangat. Aku cakap SESETENGAH PEREMPUAN harap readers tak salah faham.

Assalamualaikum.

– DM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *