Dalam Sayang Ada Benci

Kisahku bermula tahun lepas. Di mana suami ku menjual hp miliknya kepada adikku. Mungkin terlampau excited punya iphone hampir terlupa untuk format apa yang ada ditalipon lama miliknya.

Sebulan adikku memberi hint kepada ku agar sentiasa memerhatikan tindak tanduk suami. Aku menganggapnya hanya berseloroh.

Sampai la suatu hari, adik ku menghantar gambar, & mesej yang terdapat ditelefon lama suami. Sungguh ku tak sangka tergamaknya dia menduakan aku.

Bermulalah adengan aku menjadi detektif mencari bahan bukti. Aku kumpul segala bukti yang ku peroleh.

Suatu malam aku memberitahu suami. Segala perbuatannya sudah ku ketahui. Dia masih tidak mengaku. Seboleh2 dia menafikan segalanya.

Kami bertengkar. Suamiku mengatakan dia tiada perempuan di luar. Hanya aku. Segala nama hotel yang dia pergi aku hamburkan 1 persatu didepannya. Masih dia menafikan dan mengatakan dia tak pernah pergi pun ke semua hotel tersebut.

Untuk pengetahuan semua, suamiku seorang suami yang sentiasa melakukan dhuha, mengaji, & solat 5 waktu tak pernah tinggal.

Hati ku masih tidak tenteram selepas mendengar penjelasan suami. Aku cuba menerima kata2nya sambil berhusnuzoon walaupun sangat tak masok akal untuk aku percaya kata2nya.

Aku tenangkan fikiran, cuba berfikir bagaimana untuk aku buktikan yang semua aku katakan bukan hanya fitnah semata.

Bukti dan mesej yang adik ku beri tidak aku tunjukkan kepadanya. Aku ingin lihat sejauh mana suami ku telus kepada ku.

Sesungguhnya kuasa Allah maha hebat. Aku meminta petunjuk kepada ALLAH untuk mperlihatkan aku kebenarannya.

Kali ini bukti yang aku perolehi betul2 meruntun jiwa ku. Aku ketahui bagaimana cara untuk melihat aktiviti suami ku. Tak perlu aku mengakses telefon nya hanya dari telefon ku, aku ketahui semuanya.

5 hari aku menyusun ayat untuk berhadapan dengan suamiku. 5 hari selera ku kelaut dalam. 5 hari beratku turun mendadak turun 4kg, dari 55kg kepada 51kg. Jika aku berdiet bagai nak mati pun tak akan turun sebanyak itu dalam masa 5 hari.

Jika sebelumnya kami bergaduh bagai nak gila. Masing2 memantolkan vokal suara paling tinggi. Mujur aku tidak punya jiran. Bergaduh bertikam pun tak siapa yang akan tau.

Kali ini, aku penat. Penat dengan kebenaran yang aku tau dari hasil siasatan aku selama ini.

Aku berfikir apalah yang nak aku harapkan lagi daripada perkahwinan ini. Aku bukan punya anak untuk difikirkan. Aku ada kerja ku sendiri.

Aku tak perlukan pun suami yang sebegini untuk aku. Jika penceraian yang terbaik, aku terima dengan hati yang terbuka.

Bila difikirkan, aku bukanlah selekeh, comot, hinga tak laku jika bercerai. Ya ALLAH betapa teroknya syaitan membisikkan kata2 nya ditelinga ku.

Dalam pada aku berkira2 apa tindakan yang aku harus ambil, memang tanpa sedar, aku ingin sahaja menghamburkan kata2 makian kepada suamiku.

Keesokkannya, sebelum ke tempat kerja, aku tak tahu dimana kekuatan yang aku peroleh. Hatiku semakin tenang.

Aku sediakan breakfast untuk suami seperti biasa. Selalunya aku tidak pernah menemani suamiku untuk breakfast kerana aku bekerja disekolah, harus sampai sebelum 7.30am tapi hari ini, aku tunggu dimeja makan. Aku lihat suamiku selesai makan & minum.

Selesai sahaja semuanya aku bangun, aku peluk suamiku. Aku bisikkan ditelinganya

“abang, be tau abang ada perempuan lain, be maafkan apa yang abang buat selama ni, tingalkanlah dia, be tak nak dijangkiti penyakit hasil ape yang awk buat, bertaubatlah abang,

Abang pun taukan, kalau kite bercerai, bulan tak ada orang nak be, tapi be pilih abang sebab be sayang abang, be bagi abang peluang, be tak akan bagi peluang untuk lain kali” Aku lepaskan pelukan ku. Aku kembali duduk dikerusi.

Dalam bisikan tu aku juga sebutkan nama perempuan2 yang aku tau. Aku recall juga hotel yang suami aku nafikan kemarin. Semuanya aku sebut semasa aku peluk erat dan berbisik ditelinganya

Puas rasanya telah ku luahkan apa yang aku ingin katakan.

Suamiku terdiam, hanya tertunduk, aku tau dia malu. Aku juga tau, dia tak percaya yang aku tak bertukar menjadi singa mungkin.

Hanya maaf berulang kali dia ungkapkan kepada ku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kami duduk dikerusi dalam 30 min meluahkan apa masalah dan bagaimana untuk diperbaiki hubungan yang kian retak ini.

Selepas hari tu, perasaan aku kepada suami, memang tidak seperti dahulu. Jika dahulu aku sayang suami ku, tapi sekarang aku semakin menyayanginya lebih dari dulu.

Tapi adakalanya, bile aku marah, aku akan terkenangkan perbuatannya, ilng terus perasaan sayang bertukar menjadi benci.

Bila dia tidur, aku lihat wajahnya, ini lah dia orang yang dapat terima baik buruk ku, mengapa tidak aku memberikan nya juga peluang untuk dia perbaiki dirinya.

Aku selalu doakan moga dia dijauhkan dari kemaksiatan dan penzinaan, aku doakan juga kesejahteraan dia, tapi sungguhpun begitu, terselit juga doa yang kejam kadang-kadang untuk dia jika tetiba aku teringat perbuatan lampaunya.

Aku doakan jika dia masih menghampiri kemaksiatsan dan melakukan penzinaan matikan la dia dalam keadaan yang sgt mengaibkan, satukanla kelamin mereka sehingga tidak dapat dipisahkan.

Ya ALLAH sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Moga suatu hari nanti aku benar2 memaafkan suamiku seikhlas hati ku. Dalam sayang ada benci tu real gais..

Telah setahun berlalu, hati yang disakiti tidak akan dapat melupakan. Tapi aku cuba.. cuba untuk mengikhlaskan hatiku, terima dia seadanya selagi dia tidak mengulanginya lagi. INSYAALLAH.

– Nadiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *