Assalamualaikum pembaca. Saya Sss, berusia lingkungan akhir 20an dan bekerja sebagai orang teknikal di KL. Cerita ini mengisahkan tentang pengalaman saya yang pernah menjadi mangsa scam rumah sewa.
Rumah sewa yang saya sewa ni adalah di Putrajaya, dikira terletak di sebuah residen yang mewah (kononnya) oleh orang-orang sekitar.
Rumah kondominium baru itu menjadi rumah pilihan saya untuk menetap dalam setahun dua memandangkan sejak bekerja dari rumah, dan atas faktor damainya Putrajaya.
Bermulalah sesi “viewing” rumah dan rumah tersebut mempunyai tiga jenis bilik untuk disewa.
Saya mencari bilik yang mempunyai kemudahan untuk saya selesa melakukan kerja-kerja saya (ada workspace) at least dan bila bertanya kepada tuan rumah tentang bilik yang sesuai, dia mengatakan bahawa, bilik type 2 adalah sesuai.
“Kalau awak sewa bilik jenis ni, bolehlah awak bawak masuk study table dan setup workstation awak sendiri”. Dan, akhirnya saya bersetuju.
Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba, iaitu hari berpindah ke rumah baru. Mula-mula semuanya ok2 sahaja, sehinggalah masuk ke minggu ke-2 dimana saya dah mula nak setup workstation saya sendiri.
Tuan rumah menyuruh saya membeli meja laptop saya sebesar saiz side table ikea 40 x 40 sahaja kerana katanya bilik itu terlalu sempit.
Pening memikirkan tuan rumah yang flip flop last minutes macam ni. Bilik kecil itu di share dengan seorang lagi teman sebilik. Bila kami (saya dan roommate) dah berdua dalam bilik tu, tempat solat pun tak ada ruang.
Bincang punya bincang, akhirnya, kata sepakat, dapatlah bawa meja kecil saiz kanak2 (60 x 40) untuk buat kerja.
Tuan rumah tak beri kebenaran buat kerja di dining area ataupun hall, katanya takut mengganggu orang lain. Arahan itu untuk semua penghuni. Masa ni mulalah rasa tertipu sangat-sangat. Bab negotiation untuk ada 1 workstation tu rasanya berlaku hampir pada setiap hari.
Kemudian, entah apa yang terjadi, tuan rumah mulalah tak benarkan kami memasak di rumah yang kami sewa, katanya nanti rumah berbau, orang tak selesa. Pulak dah? Janji semasa viewing rumah lain, dah masuk jadi lain.
Kemudian, tuan rumah berkeras tak mahu buat agreement dengan penyewa-penyewanya. Sudahlah flip flop dengan kontrak, agreement pun tidak mahu buat.
Yang kami tahu, kondominium tersebut amat mahal (mahal la bagi yang x berkemampuan) loan bulanannya, iaitu dalam RM 2.5k.
Makanya, disebabkan covid melanda, tuan rumah bercadang untuk convert rumahnya dari homestay kepada bilik sewa dan berharap dapatlah pendapatan bulanan pada harga RM2.5k atau lebih. Rumahnya pun seluas 800 sqft sahaja.
Malangnya, yang menjadi mangsa adalah penyewa-penyewa ini sendiri. Persetujuan sebelum setuju masuk kontrak dan selepas masuk ke dalam kontrak adalah flip flop. Kejap A dan kemudian B.
Bilik yang sepatutnya muat 2 orang, diletakkan seramai 3 orang, sampai ruang solat pun tiada. Bilik yang muat untuk 1 orang, disumbat seramai 2 orang dengan susunan ala-ala transit homestay. Boleh bau kentut kawan sebelah.
Sumbat selagi boleh penyewa dalam bilik yang sempit dan tidak selesa, asalkan pendapatan bulanannya mencapai target yang dimahukan walaupun menganiaya orang lain.
Nak dijadikan cerita, kesan dari huru haranya tuan rumah ni, semua penghuni tidak harmoni antara satu sama lain. Kami kerap bergaduh tentang privasi, space yang tak cukup, kesalahfahaman yang amat teruk dan pelbagai lagi.
Dan, kami pernah bergaduh tentang solat! Salah seorang ahli rumah sangat tak selesa bila ada yang solat sampai mengganggu dia nak lalu, katanya. Pergaduhan itu cukup sengit. Astagfirullahalazim.
Cukup sebulan kami menyewa, akhirnya kami semua diberi notis last minutes, iaitu dalam seminggu, untuk keluar dari rumah tersebut dan sila cari rumah lain. Bayangkan huru-haranya kami pada waktu itu untuk mencari rumah baru.
Alhamdulillah, saya mendapat penempatan baru yang sangat selesa dari tuan rumah yang memang betul-betul mampu menyelenggara kondominium miliknya. Siap ada upahkan cleaner lagi datang bersihkan rumah tiap bulan.
Semoga pihak pengurusan kondominium tersebut ambil maklum tentang perkara ini.
Pengajarannya disini :
1. Jika anda tidak berkemampuan untuk menyelenggara rumah mewah, jangan cari masalah sehingga manganiaya kehidupan orang lain.
2. Kalau tak pandai atau jahil, sila humble-kan diri, terima pendapat orang lain yang lebih mahir dalam property management.
3. Andainya anda nak hidup mewah dan senang, jangan aniaya orang lain, jangan tamak. Sebab orang tamak selalu rugi.
Dan, aniaya hidup orang lain ni biasanya hidup tak berkat. Tu yang duit selalu tak cukup, rumah selalu rosak, etc, sebab anda mencari income di atas kesengsaraan orang lain.
4. Kondo tersebut mampu dimiliki oleh kakitangan kerajaan pada harga rendah berbanding orang biasa. Ada loan kerajaan yang available untuk rumah tersebut katanya. Baiklah, rezeki tu.
Namun begitu, jika gaji bersih anda pun tak mampu menanggung kos selenggara dan pembayaran semula loan rumah tersebut, sila sedarlah diri. Bak kata Dr Azizul, beli rumah yang kos “membelanya” sesuai dengan poket kita.
5. Sesiapa yang nak buat rumah sewa, silalah berhati perut terhadap penyewa anda. Kalau sebelum masuk kontrak, janji lain, dah masuk into kontrak, jangan flip flop, lebih-lebih lagi last minute.
6. Sila bertolak ansur dengan penyewa anda.
7. Kalau nak rumah kekal cantik, rasanya tak perlulah buat rumah sewa. Sesiapa yang buat rumah sewa, memang dah sedia maklum akan risiko ini. Wear and tear ini biasalah.
8. Tak kaya buat cara tak kaya. Sorry I’m harsh here, tapi, orang yang kurang sedar diri macam ini, suka menyusahkan hidup orang lain, memang didoakan semoga mendapat balasan setimpal.
Berikutan kes ini, saya menghubungi peguam hartanah saya dan menuntut gantirugi dari tuan rumah atas flip flop dan pelanggaran-pelanggaran kontrak yang beliau buat (walaupun tiada agreement, masih terdapat chat yang membenarkan agreement antara kami).
*Jangan tanya kenapa confessor tak beli rumah sendiri je. Saya dah ada rumah sendiri di sebuah negeri lain dan tidak disangka saya diarahkan berpindah ke KL buat beberapa tahun.
**Banyak lagi kisah flip flop tuan rumah ni, cuma, biarlah kita highlight isu penting sahaja.
***Peguam mengesahkan saya layak untuk menuntut kos-kos gantirugi atas konflik ini. Urusan berjalan lancar, alhamdulillah.
Sekian, terima kasih.
Yang amanah,
– Ms Sss (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit