Hi, nama saya Larasati (nama samaran). Cerita yang saya nak cerita kan adalah tentang diri saya dan agak panjang juga. Kisah hidup saya dan keluarga bahagia saya. Mungkin juga boleh di buat renungan untuk orang di luar sana.
Saya single dan berumur 32 tahun. Saya ada 3 adik beradik, mempunyai abang (berumur 34 tahun) dan adik lelaki (berumur 27 tahun). Saya adalah anak tengah.
Saya ada Ibu & Babah yang sangat sayangkan anak-anaknya sama rata dan juga sangat mempercayai anak-anaknya juga. Di sini cerita nya adalah, kenapa saya yang tidak berkahwin lagi.
Saya belajar di kolej swasta yang banyak pelajar asing dari seluruh dunia belajar di kolej tu. Saya seorang yang peramah masa di kolej. Berkawan dengan semua orang tak kira bangsa dan agama.
Dan juga, saya juga tak pernah ambil serius jikalau ada orang menaruh perasaan dekat saya. Boleh dikata kan “playgirl”.
Hubungan cinta tak pernah serius. Hahahaha. Bagi saya, dekat kolej, saya hanya belajar dan berseronok saja. Kepentingan saya, kena lulus diploma dan degree saya sebab itu harapan ibu & babah dan yes, berjaya untuk ibu & babah bangga.
Saya berkenalan dengan Amir, pemuda dari negara Arab pada tahun kedua degree saya. Namun dia berkulit hitam. Amir luahkan perasaan kepada saya dan mengatakan hasrat untuk kahwini saya.
Saya mengatakan, itu bukan fokus saya pada masa sekarang dengan belajar yang tidak habis lagi dan saya masih bergantung pada ibu & babah utk duit belanja di kolej.
Amir kecewa dengan jawapan saya dan juga cerita nya tidak habis di sini. Umur Amir tua dari saya dalam 5 tahun dan dia juga seorang yang jujur dan menghormati wanita kerana, dia ada ibu dan adik perempuan.
Itu adalah ajaran dalam keluarganya. Kena menghormati wanita dan letakkan darjat nya di tempat yang tinggi. Amir adalah anak orang kaya, di mana ibunya ada business di luar negara.
Dijadikan cerita, Amir kecewa dengan perangai saya yang kadang kala boleh buat kami bergaduh setiap hari. Setiap masalah nya adalah, saya tidak membataskan pergaulan saya dengan lelaki. Bagi saya, itu semua kawan dan mereka sendiri mempunyai teman wanita.
Lupa saya nak tekan kan juga, Amir adalah lelaki yang menjaga hati, mata, kelakuan dan fikiran. Solat 5 waktu, tak pernah tinggal. Sepanjang hubungan kami (selama 6 bulan), dia banyak nasihat kan tentang penting menunaikan solat dan membataskan pergaulan saya dengan lelaki.
Satu malam, kawan lelaki saya, Desmond datang depan rumah sewa dan yes, dia adalah Cina. Dia juga mengatakan yang dia suka kan saya dan perasaan tidak boleh dibendung.
Tetapi saya menolak dengan cara baik, mengatakan saya tak bersedia dengan hubungan yang serius dan alasannya juga yang diberi, adalah disebabkan oleh saya masih belajar dan bergantung dengan duit ibu & babah.
Dia mengatakan itu tidak menjadi masalah. Saya masih lagi menolak dengan baik. Di sini lah jadi nya (drama cerita melayu), pergelutan saya dengan dia di mana dia cuba utk memeluk saya dan ingin bertindak lebih dari itu.
Secara tiba-tiba, Amir sampai di depan rumah. Saya berjaya untuk melepaskan diri, pada masa nya Amir dah turun kereta untuk tarik saya.
Amir mahu bertindak kasar dengan Desmond, tapi saya menghalang dan masih lagi meminta secara baik kepada Desmond untuk beredar.
Malam itu, Amir mengatakan sebab ini lah, dia meminta saya untuk menjaga pergaulan supaya kawan lelaki saya akan lebih menghormati saya dan saya dengan sikap ego yang tinggi mengatakan,
“If you still cannot accept who I am and my attitude, you shouldn’t be at my side. You can leave and find a women which can act the way you wanted,”.
Sikap tidak matang ini telah membuat saya hilang seorang lelaki yang sebenarnya dalam saya tak sedar bahawa dia memainkan peranan dalam hidup saya. Saya terus menjalani hidup saya seperti biasa dan tak pernah saya ambil tahu tentang Amir.
Kiranya, masa ni, saya anggap kami dah tak boleh teruskan hubungan kami. Amir juga pernah cuba untuk berjumpa saya di rumah dan kolej, tapi saya menolak mengatakan Amir masih tidak faham apa yang saya mahukan dalam hidup saya.
Pada tahun terakhir degree, saya dah mula menjaga aurat dan membuat keputusan untuk memakai tudung.
Saya berjumpa dengan Amir semula pada majlis graduation dan dia sudah mempunyai seorang teman wanita, Anis (bukan nama sebenar). Saya terkejut. Hati saya sedih dan berkata “Eh, Amir sudah dapat pengganti”.
Tapi saya masih berlagak normal dan saya terus sembang dengan Anis dan Amir seperti biasa. Dalam pada itu, secara spontan, saya meminta maaf kepada Amir atas apa yang berlaku, saya berkata “You have made me realize that I’m living in a wrong path.”
Amir mengatakan yang dia dah lupa tentang perkara lama dan mahu teruskan hidup bersama dan mungkin merancang untuk berkahwin.
Anis juga mengatakan yang Amir banyak bercerita tentang diri saya kepadanya dan mengatakan, saya adalah cinta pertama nya yang tidak akan dia lupa.
Saya teruskan hidup seperti biasa, bekerja, mengejar karier saya. Cuba juga untuk dating dengan mana-mana lelaki tapi semua kecundang.
Dalam pada itu, saya menjaga ibu & babah yang semakin lanjut usia dan di sini, episod kisah bersama keluarga saya bermula. Biarkan saya kenal kan keluarga saya.
Ibu & Babah yang amat menyayangi satu sama lain dan pentingkan keakraban keluarga. Dan juga, amat pentingkan maruah keluarga. Ibu & Babah saya adalah orang yang paling tidak akan buruk kan anak-anak walaupun ada kesalahan yang kami buat,
Tapi tidak pernah sekali pun bercerita buruk kami pada adik beradiknya. Ibu & Babah saya sangat baik tetapi dalam pada itu, mereka tidak menerima menantu lain kaum dan agama.
Alasan mereka, mereka tidak yakin bahawa anak-anak mereka boleh membimbing pasangan mereka dengan baik.
Tetapi bagi saya, bukan itu alasannya. Ibu & babah memang mempunyai ramai kawan yang pelbagai kaum dan bangsa tapi disebabkan pandangan atok, nenek dan adik beradik mereka yang amat tipikal melayu, mereka tidak terima menantu asing.
Ibu & Babah saya tekankan kepentingan agama dalam hidup kami 3 beradik tetapi terpulang pada kami juga.
Tapi kami pula tidak berapa praktik kan solat 5 waktu dalam seharian tapi Alhamdulillah, apabila kami bermula bekerja dan mencari duit, mengenal erti susah, kami 3 beradik mula solat 5 waktu dan juga mula, dengan amalan ibadah kami.
Ibu and Babah berbangga juga dengan pencapaian kami dalam amalan ibadah kami.
Abang saya seorang yang amat bijak dalam pelajaran dan juga berjaya dalam kariernya. Mempunyai karier yang berjaya.
Mempunyai isteri suri rumah sepenuh masa di rumah, tetapi berpelajaran tinggi dalam bidang psikologi kanak-kanak dan keluarga. Masih memilih untuk berada di rumah dan menjaga 3 org anaknya.
Kakak ipar saya adalah orang cina sabah, Lily (nama samaran). Semasa mereka berkahwin, ibu & babah saya menentang dengan mengatakan, mereka tidak merestui perkahwinan itu,
Dalam pada itu 3 tahun juga, abang saya pujuk mereka. Menangis, merajuk, dan juga adegan-adegan halau, juga pulang kerumah ada dalam 3 tahun itu.
Pada akhirnya, saya duduk berbincang dengan ibu & babah mengatakan, “ibu babah, solat hajat & istikharah lah, doa lah jika itu jodoh abang, satukan mereka dan doakan lah mereka bahagia, dan juga abang berjaya mendidik isteri nya untuk menjadi wanita solehah.” Ibu & Babah saya buat.
Alhamdulillah kahwin lah mereka dengan meriah nya. Tetapi di sebabkan pemikiran keluarga ibu & babah, jenis yang tidak menerima menantu orang yang berlainan agama dan bangsa, perkahwinan abang menjadi buah mulut sampai lah, apabila abang & lily mula ada anak.
Keluarga ibu & babah diam dan mulut tertutup rapat lagi, apabila anak-anak abang & lily sangat lah well behave banding anak-anak sepupu saya, kalau datang rumah, rumah boleh tunggang terbalik.
Adik lelaki saya, tidak meneruskan pelajaran tinggi tetapi rajin membuat business. Anak yang ini Ibu & Babah risaukan sangat sebab tidak habis belajar degree di kolej. Hanya lepas buat diploma di kolej swasta saya. Tapi adik paling suka buat business.
Sekarang, adik dah ada business sendiri walaupun kecil tapi untung. Adik jumpa dengan isterinya, Vee masa dia umur 23 tahun. Lepas 2 tahun, adik mengatakan hasrat nak kahwin dengan Vee. Ini adalah perkahwinan paling dramatik sebab biasalah, adik bongsu, agak manja, lelaki pulak tu.
Vee juga berlainan bangsa dan agama. Ibu hampir pengsan, bila adik bawa pulang perempun india beragama kristian waktu itu dan juga bertatu, di tangan nya, (tatu nya seperti Rihanna). Lagi lah ibu nak pengsan, malam tu, ibu nangis semahu-mahu nya mengatakan kenapa anak-anak dia begini.
Adik masih berkeras nak berkahwin dengan Vee. Tetapi yang paling saya sukakan tentang Vee ni, walaupun bertatu, tahu juga nak berjumpa dengan ibu & babah, dia memakai baju kurung cotton dan selendang masa itu tapi rambut pulak yang kerinting, ala2 amylea AF.
Saya agak terkejut masa tu, tapi disebabkan saya dari awal, memang berfikiran terbuka, saya senyum dan jemput masuk seperti biasa.
Babah tak pernah menitis air mata tapi kali ni, memang babah menitis air mata juga sebab bagi babah, anak-anak lelakinya amat mengecewakan. Adik berpegang teguh pada pendirian dengan ingin kahwin dengan Vee.
Saya menyuruh dia memujuk ibu & babah dahulu tapi adik mengatakan, ibu and babah memang tak kan terima Vee. So adik kahwin dengan Vee juga pada masa yang sama, Vee masih lagi belajar di university awam.
Adik bantu Vee untuk masuk Islam dan perkahwinan mereka berlangsung di pejabat agama dihadiri abang dan saya.
Adik masih lagi pulang ke rumah bersama Vee dan Vee sangat takut pada mula nya untuk berdepan dengan ibu & babah.
Dan pada masa ini lah, saya sekali lagi masuk campur, dan membantu adik dlm perkahwinannya. Saya mengatakan pada ibu & babah “Terima saja la ibu, babah. Adik dah kahwin pun. Nanti bila cucu dah lahir, tak kan ibu & babah nak sisihkan cucu tu”.
Saya jenis pandai bermain dengan kata-kata sebab ibu & babah amat percaya pada keputusan saya. Ibu & babah meraikan perkahwinan adik dengan membuat 1 majlis saja dengan menjemput keluarga Vee iaitu Ayah and kakak nya. Tapi mulut org, tak boleh tutup. Adik beradik ibu & babah mengata sekali lagi.
Ibu & babah terseksa juga balik kampung apabila adik beradik perli “Hah, mana menantu hindu hang? Tak balik ke?” Dalam pada itu gelak kan ibu. Babah juga terkena sama.
Dalam pada itu, ibu & babah selalu berkata “walaupun berlainan agama, tapi mereka layan aku sebagai mertua baik. Tak pernah biadap”. Hahaha.
Menantu mereka jenis goyang kaki duduk dalam bilik main phone, kalau mertua perli, jeling balik. Lily and Vee tak pernah buat begitu sebab abang & adik didik mereka supaya hormat ibu & babah. Vee lahirkan 2 baby kembar. Comel lah cerita dia.
Masa ni lah, ibu & babah mula sayang Vee, Alhamdulillah dan mereka menjadi lagi protective bila ada makcik or pakcik kami yang perli Vee. Tertutup la mulut mereka juga, bila anak-anak Vee pun behave well.
Tapi ini contribute dari Lily, sebab Vee bekerja dan menghantar anak-anak nya untuk Lily mengasuh. Saya dan ipar sangat baik sesame sendiri.
Tetapi 1 kekurangan yang ada pada abang & adik, mereka kurang bagi perhatian kepada ibu & babah. Selalu sibuk dengan kerja, sampai kan mereka lupa ibu & babah makin lanjut usia.
Ibu & babah sekarang ni memerlukan check up yang kerap di hospital. Di sebabkan saya bekerja di company yang beri cuti tahunan saya 30 hari.
Cuti tahunan saya di ambil sepenuhnya untuk keluar masuk hospital dan check-up ibu & babah. Saya masih lagi duduk bersama ibu & babah walaupun dah beli rumah sendiri.
Abang & adik duduk di lain rumah tapi sama daerah dan apabila lagi, anak makin membesar , abang & adik lagi kurang masa bersama dengan ibu & babah. Jarang juga balik rumah. Ibu & babah kadang kala terasa dengan mereka.
Pernah juga saya meminta mereka untuk menjaga ibu & babah untuk saya bekerja di luar negera tetapi pelbagai alasan diberi, bukan lah perlu penjagaan rapi seperti suap makan, mandi. Tapi duduk di rumah, ingatkan ubat mereka, masak kan makanan seharian mereka.
Ibu & Babah pernah cakap susah kalau saya tiada. Fokus saya untuk berkahwin lagi kelaut, apabila mereka berkata begitu. Ibu & Babah berumur 60 tahun sekarang.
Jadi nya, saya akan mengupah “helper” apabila kerja saya memerlukan berurusan di luar negara. Itu pun, salah satu makcik saya cadangkan, upah nya agak la tinggi tapi saya tak kisah, asalkan ibu bapa saya terjaga masa saya tiada.
Saya seorang perempuan. Keinginan berkahwin sudah ada apabila melihat kawan-kawan saya beranak pinak dan mempunyai suami.
Dalam 2 tahun lepas, saya berjumpa semula dengan Amir di KLIA. Amir berulang alik dari New York ke Malaysia di sebabkan pekerjaannya disini, dan keluarganya di sana.
Saya terkejut tapi saya bertanya tentang teman wanita nya, Anis. Amir mengatakan tiada jodoh, putus di tengah jalan. Saya tidak bertanya lebih. Amir meminta nombor. Saya tidak keberatan bagi. Dan kami selalu berhubung.
Saya pula menghadapi sakit asthma yang teruk sejak 2017 dan mempunyai hypertension kerana kehidupan saya yang sentiasa sibuk bekerja dan menguruskan ibu & babah.
Amir banyak membantu saya dalam menguruskan stress saya dlm seharian. Office Amir dan saya tidak kurang jauh nya.
Pagi-pagi Amir akan pastikan saya ambil semua vitamin dan ubat-ubatan. Pastikan saya makan, dan selalu bertanya bagaimana hari saya apabila waktu petang. Ibu & babah tidak tahu saya sakit kerana tidak mahu merisaukan mereka.
Kehadiran Amir membuatkan saya ada tempat bergantung, mengadu masalah. Amir selalu nasihatkan saya apa perlu di buat jikalau saya stress dengan abang & adik. Dan bagaimana bercakap dengan ibu & babah supaya mereka tidak kecil hati. Saya semakin selesa dengan Amir.
Dan 4 bulan lepas, Amir mengatakan hasrat untuk berkahwin, dalam saya tak sedari, perasaan sayang tu dah kuat dekat Amir.
Sebelum pandemic berlaku, saya sempat berjumpa dengan ibu Amir. Baik hati dan menerima saya dengan baik. Adik nya, Salima (bukan namsa sebenar) juga sangat baik. Saya pun tak sedar Amir dan saya dah lama berhubung..
Sebenarnya Amir adalah tempat saya bergantung, boleh dikatakan Amir lah soul mate dan bestfriend saya. Dan tentang hasrat Amir untuk berkahwin, saya meminta masa untuk bercakap dengan ibu & babah. Dan ingat tak cerita awal tadi, ibu & babah menekan perkahwinan sama bangsa & agama.
Amir tiada masalah agama, malahan agama nya cukup kuat, cuma bangsa dia. Boleh saya katakana bahawa Amir adalah berkulit hitam, orang arab berkulit hitam. Di dalam umur ibu & babah begini, mereka bukan lagi mampu menerima berita terkejut begini.
Saya jadi risau dan gelisah, bagaimana untuk bagi tahu ibu & babah tentang Amir. Macam mana juga penerimaan keluarga besar kepochi saya tentang Amir. Amir juga akan terluka apabila duduk bersembang bersama mereka. Amir pun dah pandai berbahasa melayu.
Sebelum puasa, saya mendiam kan diri dengan Amir. Seminggu. Amir terluka sekali lagi dan Amir mengatakan dia tak mampu untuk teruskan apabila dia rasa kadangkala dia juga perlu menipu ibu & babah.
Amir berkata ibu & babah berhak untuk tahu siapa dia dalam hidup saya. Saya menceritakan kisah abang & adik kepada Amir.
Amir terdiam dan 2-3 hari selepas itu, dia minta untuk “facetime” dengan saya. Dia kata saya tetap akan berada di dalam hati dia tapi kalau hubungan kami akan menjadi kesusahan buat saya, dia akan undur diri.
Saya dalam pada itu, mengatakan saya amat menyayangi dia dan saya minta maaf apabila tidak berterus terang tentang isu perkauman dalam keluarga saya.
Amir tidak rasa dipermainkan tapi Amir tidak mahu menjadi sebab untuk saya terseksa dan tersepit. Dan di sini, saya terlalu kecewa dan masih terus cuba untuk kuat menghadapi hidup saya tanpa Amir di sisi.
Baru saya tahu Amir memainkan peranan penting dlm hidup saya. Saya ingat dalam seminggu saya akan okay dan lupakan Amir, tapi tak. Amir masih dlm fikiran saya. Saya jadi hilang tempat bergantung.
Saya masih lagi cuba untuk kuat demi ibu & babah. Saya cuba untuk tidak menjejaskan pekerjaan saya. Malam-malam saya sebelum tidur, kami akan telefon. Tapi kini, tidak lagi, saya amat terseksa.
Pada masa yang sama, asthma saya menjadi teruk semula. Saya masih cuba untuk ingat ambil ubat dan vitamin.
Tapi disebabkan stress, sukar untuk asthma saya pulih. Saya jenis peramah kan, so saya ada boss yang sangat baik. Baru-baru ini saya ter-breakdown depan dia apabila kami berbincang tentang keluarga.
Tapi dalam pada masa yang sama, boss saya amat mengambil berat tentang keluarga saya. Boss saya terkejut saya menangis dan saya bagi tahu masalah saya. Dia mengatakan yang benda ini susah untuk di bincang bila ibu & babah saya seorang yang amat mementingkan air muka dan isu perkauman.
Ini lah kenapa saya tak kahwin lagi, cinta saya pada pemuda afrika yang ibu bapa saya tidak mungkin akan terima. Ada kawan-kawan pernah bertanya, kenapa Amir? Mana pergi pemuda Melayu?
Saya mengatakan, Amir adalah orang yang hormat saya sebagai wanita dan tidak mementingkan diri nya. Sangat bertanggungjawab pada ibu and adik nya.
Bagi saya, bukan melayu atau tidak. Pemikiran yang matang dan bertanggungjawab yang saya cari.
Saya juga pernah cuba untuk dating dengan mana-mana lelaki, saya masih lagi tidak jumpa apa yang saya nak dalam diri mereka, seperti diri Amir. Kemungkinan juga, hati saya memang sudah terpaut dengan Amir dari kolej. Tapi apa salahnya kan.
Dimana abang & adik saya sekarang, tiada. Mereka hanya fokus pada karier dan keluarga mereka.
Saya juga susah untuk berjumpa dengan mereka untuk minta pertolongan mereka tentang Amir. Apatah lagi untuk bercerita tentang masalah peribadi saya. Ada juga kawan yang sokong dan ada juga mengatakan, jangan jadi seperti abang & adik saya.
Lagi pula, ibu & babah di dalam usia dan kesihatan yang tidak boleh stress. Jadi akhirnya saya memilih untuk berdiam diri dan biarkan Amir pergi.
Ibu & babah selalu mengatakan jikalau boleh, mereka mahu saya duduk dengan mereka selepas kahwin. Dari situ, nampak kan, ibu & babah dh putus harapan dengan abg & adik.
Saya masih lagi menangis ketika saya menulis cerita saya ini dan saya masih lagi kecewa. To the parents out there, jangan terlalu berpegang sangat dengan pandangan & pemikiran orang di luar.
Mungkin pakcik & makcik tak tahu, anak-anak makcik & pakcik ada seseorang yang bertakhta di hati tapi takut untuk meluahkan perasaan, kerana takut atas penerimaan makcik & pakcik.
Jikalau anak makcik & pakcik adalah anak yang taat, selalu berada di sisi, buka kan lah mata anda, mungkin dia terseksa sendiri dan menahan perasaan kerana tidak mahu melukai makcik & pakcik. Mereka ni lah anak-anak yang sangat menyayangi mak ayah mereka.
Ibu & Babah, tak pernah sekali pun Kakak rasa ibu & babah beban kakak. Kakak tak blame ibu & babah atas apa yang terjadi dekat kakak.
Tapi kakak rasa sedih apabila abang & adik lupa yang mereka masih mempunyai adik beradik perempuan yang tidak berkahwin dan masih lagi risau kan ibu & babah dlm kehidupan seharian kakak.
Amir, I do love you and I do miss you, if we were meant to be together, I hope that we can get married without my parents getting hurt and you getting hurt when come into my family. Hope you are doing well and staf safe, sayang.
Abang & adik, kakak selalu ada dalam hidup korang. Susah or senang. Saat Lily & Vee tak diterima keluarga, kakak yang selalu encourage mereka untuk ambik hati ibu & babah, and bagi tips mcm mana nk bagi ibu & babah selesa dengan mereka. Where were you guys when I need you the most?
Saya bercerita dari sudut pandangan seorang anak, kakak dan adik. yang paling akhir, always lah look up for your sister if she still tak kahwin lagi. Kemungkinan dia ada kesukaran dalam hidup dia untuk berkahwin.
Perempuan yang umur nya 28 tahun ke atas, permikiran lain dan banyak hal yang risaukan, lebih-lebih lagi yang masih menjaga ibu & ayah nya.
Terima kasih sebab baca luahan hati saya yang terbuku lamanya.
– Larasati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit