Misi Mencari Jodoh

Mesti orang-orang dah muak dengan cerita seperti ini ye la dengan pandemik nya lagi sepatutnya kita fokus pada perkara yang serius bukan asyik nak cari laki saja.

Tapi penatlah otak asyik fokus perkara berat saja, jadi meh aku nak kongsi misi mencari jodoh aku yang cliché ni.

Daripada kecil aku la rasa aku ni kurang kasih sayang, tak pasti sama ada aku ni jenis tak sedar dek untung ke macam mana.

Aku tak pernah dapat penghargaan daripada keluarga walaupun aku ni best student bertahun-tahun. Waktu jatuh tak pernah yang hulur tangan untuk aku bangkit semuanya aku harungi sendiri.

Jadi aku selalu impikan mungkin satu hari nanti akan datang seorang putera yang betul akan sayang aku sebab itu perjalanan hidup aku seperti ini.

Sepanjang hidup nak kata bercinta tu tak pernah, mungkin Allah nak lindung aku. Ya satu pernyataan selamat dan menjaga hati.

Cuma masa zaman aku belajar di Universiti Allah hadirkan satu sosok seorang abang kepada aku.

Sepanjang 4 tahun dia terlalu mengambil berat tentang aku daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar masalah. Habis saja pengajian, putuslah hubungan kami.

Mungkin sepanjang 4 tahun itu, aku saja yang perah santan padahal si dia mungkin hanya berbuat bakti.

Ye lah selepas 4 tahun itu ada waktu aku sakit bertarung nyawa pun dia tak pernah tanya khabar, padahal aku ni manusia yang transparent semua perkara akan aku kemaskini di media social.

Aku cuba pujuk hati mengatakan dia bukanlah orangnya. Tapi hati masih aja terkenangkan dia sampai ke hari ini.

Walaupun begitu awak jangan risau walaupun saya masih terkenangkan awak, pintu hati saya dah tertutup untuk awak.

Antara moments yang menyakitkan, aku aku seorang kawan waktu belajar yang katanya dia ni crush kat aku.

So disebabkan dia tak pernah confess aku cuma layan dia seperti kawan biasa dan pada suatu pagi raya dia boleh kata kat aku “Sila jangan menaruh harapan kat aku” haaa?

Waktu ni aku rasa sangat sakit hati eh kau ingat aku ni tergila kat kau ke? Lepas tu aku dah tak kuasa nak kawan dengan orang macam ni. Ke aku yang over sensitif? Entah la.

Ada juga kawan-kawan rekomenkan kawan dorang. Disebabkan aku menghargai usaha kawan-kawan aku ni, aku cuba untuk kenal tapi pihak sana acuh tak acuh saja. Malu sangat.

Memang perangai lelaki macam tu ke? Sampai aku rasa macam aku ni terdesak pula saja jadi aku pun berhenti.

Yang paling lucu beberapa orang yang dikenalkan kepada aku semua terus kahwin beberapa bulan kemudian.

Mungkin ada orang akan argue kenapa nak kahwin, bahagiakan keluarga dulu, pertingkatkan diri dulu. Kadangkala ada perkara kita tak perlu pun alasan kerana ini fitrah manusia.

Walaupun hidup bujang dan sunyi lebih-lebih lagi waktu pkp yang tak berkesudahan ni, Alhamdulillah aku masih boleh hidup dengan baik, tak pernah lupa tanggungjawab aku kat mak abah.

Apa aku nak aku usaha sendiri. Aku sunyi, aku tidur. Aku stress, aku menaggis sampai tertidur. Aku gembira, aku kongsi dengan stereng kereta.

Akhir sekali aku nak sampaikan, aku tak pernah menyesal aku berusaha untuk ini walaupun takda hasil lagi. Daripada aku tak berusaha tapi merungut kenapa takda.

Terima kasih sudi baca luahan hati aku.

– Nininananunu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *