Assalamualaikum sahabat semua. Salam Lock Down 2.0. Di kesempatan ini aku ingin berkongsi peristiwa magik yang berlaku dalam hidup aku.
Dan confession aku pada kali ini agak panjang tapi insyaAllah sangat bermanfaat untuk semua reader, Tambah-tambah di waktu lockdown ini kan. Okay, Bismillah aku mulakan yer..
Aku seorang gadis anak sulung dan datang dari ‘broken family’. So, faham-faham jerlah apa yang jadi kan, tambah aku anak sulung sememangnya semua benda aku kena fikir.
So, masalah ini berlarutan sampailah aku di semester 5 tahun pengajian bagi degree aku.
Masa tu aku sangat down, sedih memikirkan nasib keluarga, dengan stress FYP lagi saat itu aku tak tahu dari mana datangnya satu artikel masuk dalam feeds di FB aku.
Dalam artikel tu kata, kalau ada masalah jangan mengeluh, Allah bagi ujian sebab sayang. Dan didalam artikel itu juga ada amalan yang boleh digunakan untuk hilangkan segala kegusaran. Dan aku pun mencuba segala amalan yang di ajar.
1. Baca Quran : Subuh baca yasiin, Zohor baca Ar-Rahman, Asar baca An-Naba, Maghrib baca Al-Waqiah dan Isyak baca Al-Mulk.
2. Tulis segala impian yang kau nak sangat-sangat capai then simpan terus dalam al-quran dan tak perlu buka dah. Tawakkal 100% pada Allah.
Dan korang nak tahu.. Amazingly, semua yang aku senaraikan pada tahu 2019 tu pada tahun 2020 aku dah capai semuanya. Allahu akhbar.
Antaranya ialah, aku nak parents aku berbaik, Aku nak kerja on-time, Aku nak kereta dan aku nak graduate on time. Semua aku dapat, Alhamdulillah sangat-sangat.
Yang kedua. Masa tu kontrak keje aku dah habis. Dan aku dapatlah tawaran kerja juga di satu company besar ni.
Aku punyalah takut sebab yerlah dah lama kan tak pergi interview sebelum ni interview thru zoom sahaja. Then, disebabkan rasa yang berdebar ni, Aku nekad nak amalkan amalan yang diajar oleh guru aku.
Aku ambil wudhuk aku duduk dari solat subuh sampailah aku selesai membaca yasiin 7 kali tanpa henti dengan niat aku cuma supaya interview tu sekejap sahaja, Bercakap pun dalam bahasa melayu dan Boleh terus masuk kerja.
Aku baca dan baca sampai cukup 7 kali, Then atas kereta aku tak berhenti baca ayat 44 surah Al-Ghaffir yang diajar oleh Ustazah Asma Harun tu tanpa henti.
Sungguh-sungguh aku baca. Sampai time aku di interview masyaAllah, Sangat menakjubkan. Interview aku hanya berlangsung kurang dari 5 minit, Bertutur dalam bahasa melayu dan aku terus boleh mula kerja di syarikat itu.
Maha suci Allah. Sungguh bila kita berusaha, Mintak sepenuhnya pada Allah kita tawakkal sungguh-sungguh Allah memang akan bantu kita. Kunci dia hanya yakin dan yakin.
Dan yang paling latest. The power of sedekah. Masa tu aku tengah kekurangan duit sebab gaji kerja belum masuk dalam 3 minggu lagi baru masuk.
Then dalam kesuntukan tu, Ada orang minta derma untuk Palestine, Duit aku masa tu ada dalam lebih kurang RM200 untuk 3 minggu penggunaan.
Aku redha seredhanya, Masa bersedekah aku berdoa ya Allah semoga asbab sedekah ini kau akan mudahkan dan cukupkan rezeki aku sampai aku dapat gaji.
Then aku hidup macam biase sampailah pada suatu hari. Tiba-tiba ayah aku hulurkan duit 150 untuk beli baju raya, tiba-tiba tengok akaun cimb ada duit sebanyak 350 bpn masuk dan dapat duit raya yang tak disangka-sangka oleh keluarga aku.
Aku kira semua total yang dapat lebih kurang RM700, sedangkan aku hanya bersedekah RM50 sahaja. Itulah hebatnya bila kita serahkan sebulatnya urusan kita kepada Allah.
Sahabat.. Niat aku disini bukanlah nak tunjuk aku ni bagus. Tidak sama sekali, aku ini masih dalam keadaan untuk perbaiki diri. Cuma aku share ini sekadar untuk berbagi ilmu sebagai bekalan akhirat untuk aku nanti.
Dan, sesiapa yang ada pengalaman dapat rezeki magik, dan amalan-amalan lain bolehla share diruangan komen yer.
Kita berkongsi ilmu berbagi pengetahuan sama-sama. Aku pasti dan yakin pasti ada orang yang hebat lagi tentang amalan selawat, Dhuha, Tahajjud dan lain-lain lagi. Aku mohon kalian sudi berkongsi diruangan komen ya.
Dan doakan aku juga semoga segera dipertemukan jodoh yang aku idamkan dengan segera. Mohon kalian aamiin kan doa dan hajat aku ini. Jasa dan budi baik kalian hanya Allah yang mampu balas.
Jangan lupa yer share pengalaman korang semua. Tak sabar nak baca pengalaman korang pula.
Sehingga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum.
Salam Sayang,
– Hamba Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit