Assalamualaikum semua. Aku harap admin siarkan artikel aku ni.
Aku ada kemusykilan tentang lelaki yang pemalu ni. Tak banyak bahan bacaan tentang golongan ni. Mana tahu korang pernah ada pengalaman yang sama macam aku ke. Boleh kongsi sket dengan aku ok.
Aku dah mendirikan rumah tangga awal tahun lepas. Ditakdirkan aku berjodoh dengan suami aku seorang yang pemalu. Bagi aku bukan takat malu-malu kucing tapi pemalu suami aku ni mengalahkan seorang wanita.
Btw, kami kahwin dijodohkan orang tengah. Tempoh berkenalan lebih kurang 3 bulan sebelum tarikh nikah.
Awal berkenalan dengan suami aku dulu tak nampak sangat dia ni seorang yang pemalu. Kalau bercerita konfiden saja nampak.
Cumanya waktu perkenalan dulu dia suka ‘take it slow’, ‘take it easy’ berbanding aku ni yang suka buat kerja cepat. Kahwin pun aku nak cepat, haha. Faktor usia gais.
Ok back story. Selepas kahwin setiap malam dia pasti masuk tidur lewat. Sebab dia tahu aku ni jenis tidur awal. Waktu tu pkp so aku stay dekat rumah mertua aku. Setiap malam gais setiap malam.
Aku ni ingatkan dia tak berminat dengan aku, ataupun dia memang jenis tidur lewat malam, ataupun dia ni gay.
Aku pernah cakap dekat suami aku yang aku pernah salah sangka yang dia ni gay. Kesian suami aku. Yelah tak reti nak bermesra pegang tangan ke, bermanja ke, haha.
Perempuan bila dah start overthinking mula lah kan. So korang boleh imagine tak betapa susahnya nak ‘berhubungan mesra’ dengan suami aku ni masa awal kahwin dulu.
So bersumber family mertua aku rupanya sikap suami aku memang macam tu. Aku tengok adik beradik dia yang lelaki pun lebih kurang sama saja sikapnya. Dia lambat nak selesa dengan orang yang baru kenal.
Pernah sedara aku cerita yang diorang ada jumpa suami aku keluar beli barang dengan mak mertua, dia sembunyikan diri sebab malu.
Itu bukan masa baru kahwin gais tapi baru-baru ni. Dan kalau ada perjumpaan keluarga sebelah famili aku memang jarang dia mesra bersembang.
Dia akan lebih banyak masuk gua dan main hp. Berbeza dengan aku ni yang orang baru kenal pun aku selesa ja bercakap.
Biasalah kan kadang-kadang aku ni suka menyakat suami aku. Yelah setahun lebih kahwin pun masih lagi tahap ‘ice breaking’. Lambat betul nak pecah ais suami aku ni.
Aku pernah cakap dekat dia nak aku nak panggil dia abang. Biasa la kan panggilan tu kalau dah kahwin. Kalau tak nak panggil abang saya panggil awak sayang, haha.
Rupanya dia tak selesa gais. Dia punya cuak tu bila aku cakap macam tu (text ja ok) tak boleh bawak bincang. Kalau aku text macam tu dan lepas tu kami ada jumpa dia akan tunduk saja weh.
Ke mana hilangnya konfidenmu seperti di awal perkenalan kita? hahaha. Mungkin dia terkejut dengan kelakuan aku yang tak terjangka ni. Kesian suami aku rasa macam dibuli pulak. Btw kami pjj buat masa ni dalam daerah yang sama.
Kemungkinan lain mungkin sebab suami aku ni jenis merendah diri kot. Dia pernah cakap yang aku ni kerja lebih baik daripada dia.
Tapi tu bukan point untuk aku banggakan diri. Dia dah melepasi syarat minimum yang aku tetapkan masa kami berkenalan dulu. Then that’s it.
Nak kikis sikap pemalu suami aku ni aku umpama aku tengah kupas kulit bawang selapis demi selapis sebelum guna untuk masakan. Korang faham tak?
Suami aku ni jenis yang tak reti bergurau senda, muka dia kalau time serius macam nak makan orang tapi kalau time malu tersipu mengalahkan aku.
Ye aku tahu malu itu mulia. Saidina Uthman bin Affan pun seorang yang pemalu. Sampaikan Rasulullah saw sendiri malu dengan beliau.
Tapi itulah, lelaki tu kan pemimpin bagi kaum wanita. Buntu jugak kadang-kadang kalau isteri yang selalu mulakan dulu, isteri yang meminta.
Kalau aku tak cakap, kalau aku tak ajak memang tak la dia nak mulakan dulu. Kalau aku tak cadangkan memang tak la dia nak ambik serius.
Aku pun pemalu jugak sebenarnya. Tapi takde la tak bertempat. Bagi aku kalau lelaki lebih pemalu dari perempuan ini sesuatu yang pelik. Pelik tetapi benar macam rancangan Misterii Nusan~~ (korang sambung sendiri, haha.)
Aku pelik jugak kadang-kadang suami aku saja yang macam ni? Ke aku yang tak reti nak faham dunia golongan-golongan pemalu/ terlalu pemalu ni?
– Isteri Sederhana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit