Aku selalu berpeluang membaca kisah pelbagai orang. Dari sebelum zaman lockdown pun aku rasa isu ini semakin lama semakin melarat.
Pendapat aku ini adalah hasil dari apa yang aku alami sendiri dan juga hasil daripada pengalaman orang lain dalam kehidupan.
Siapa cakap duit bukan segala-galanya tetapi dalam zaman yang serba serbi mencabar aku rasa cash is king.
Seperti contoh, mana mungkin seseorang yang ingin melancong ke luar negara akan merasa bahagia dengan hanya mendengar pengalaman orang lain atau sekadar melihat gambar-gambar?
Atau pun kau hanya mempunyai kepuasan memakai sekadar gelang emas tiruan? Boleh aku kata terlalu banyak kisah yang boleh dikaitkan.
Apa yang membuatkan aku merasa marah apabila orang kita terutamanya melayu Islam tak pandai membezakan sedekah yang diterima atau bantuan tersebut adalah sesuatu yang diminta-minta?
Ok lah baik aku beri difinisi sedekah secara umum, sedekah adalah pemberian seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan mendapat keredhaan Allah SWT.
Tidak kira jantina, faktor usia, sesama saudara Islam atau lain-lain. Tetapi kali ini, aku rasa definisi tu dah berubah sesama sekali. Mana mungkin bantuan yang kerap diminta-minta disebut sedekah?
Baru-baru ini aku telah melihat satu artis memuat naik posting di instagram. Apabila aku membaca komen tertangkap satu caption,
“Assalammualaikum kak, kami nak meminta bantuan beras dan susu anak yang tin ja pun boleh? Kami dah kehabisan sangat2, beras sahaja pun boleh kami dah kehabisan bekalan makanan.
Kalau ada beras buat bubur pun dah cukup. Tolonglah kami kak, kami betul2 memerlukan beras, semoga akak baca chat saya.. hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya”
Aku tahu orang kita memang banyak pemurah akan tetapi jangan kita membuta tuli membantu. Aku pun ada lihat di instagram si peminta bantuan, tak dinafikan rumah terlalu usang & ada anak2 kecil.
Aku berasa sangat marah. Tahu kenapa? Fizikal yang Allah kurniakan dekat dia sempurna. Cukup sempurna. Tetapi kenapa memilih untuk mengemis bantuan?
Bagi pendapat aku, kalau seorang isteri mengalami kehidupan yang susah tak pernah pulak Allah mengatakan bekerja itu suatu dosa besar bukan?
Memang dalam keadaan sekarang ni banyak orang hilang pekerjaan, hilang pendapatan tetapi dilubuk hati aku. Rezeki orang tak akan salah alamat kalau kita berusaha. Tahu kah akan pepatah “tangan yang memberi adalah lagi mulia dari tangan yang meminta?”
Rata2 aku boleh kata kebanyakkan sang isteri yang menjadi suri rumah tak pandai mengambil peluang baik yang ada.
Kalau rasa bekerja itu susah sedangkan masih menjaga anak, berniagalah kecil kecilan pun tak apa, membuat dropship pun tak apa, jaga anak orang ke, walau bekerja jadi tukang cuci, operator kilang atau casher pun tak apa.
Allah tahu niat kamu nak menolong sang suami yang turun terpalit terkesan akibat pandemik.
Akhir kata dari aku, jangan kita menjadi seorang perempuan atau lelaki yang tak cerdik dalam kehidupan. Jangan samakan sikap meminta itu adalah sedekah.
Jadilah manusia yang berakal bukannya dengan mudah mengambil jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu.
Aku rasa sedikit terkesan melihat sikap meminta minta orang terutamanya orang Islam melayu sebab itu bukanlah sesuatu yang diajar dalam agama kita dan boleh jadi agama kita akan semakin dipandang rendah.
Sebab itu aku tak terkejut akan ada sahaja peminta sedekah bukan Islam yang bertudung, bersongkok atau berkopiah meminta minta atas nama tipu dia adalah seorang Islam muslim.
Kita yang Islam adalah role model untuk bangsa bukan Islam. Baik peribadi kita, maka baiklah persepsi mereka dekat kita kalau buruk peribadi kita maka buruklah pandangan mereka dekat agama kita Islam.
Sekian.
– Pentas Dunia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit