Kebergantungan Hidup Hanya Pada Allah

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita dalam kalam yang seterusnya.

Alhamdulillah confession aku yang bertajuk The Power of Ibadah & Sedekah (https://iiumc.com/the-power-of-ibadah-sedekah/), telah disiarkan dan Alhamdulillah banyak yang berkongsi pengalaman.

MasyaAllah, Terima kasih semua. Tapi tak kurang juga ada yang mengeji dan tidak berpuas hati.

Baik aku mulakan sedikit ulasan. Sebaik sahaja artikel aku disiarkan, Tempat pertama yang aku tuju ialah ruangan komen.

Melihat ramai yang menyokong, ramai juga yang kongsi pengalaman, Alhamdulillah terasa sungguh bahagia bila kita dapat memberi ilmu baru kepada para pembaca.

Mungkin ada yang dikalangan kita tengah down, tengah bersedih, sedikit sebanyak artikel tu mampu membantu dia.

Namun dalam ramai yang beri komen positif masih ada juga yang berkomen negatif. Mungkin ada yang berpendapat,

‘Alah dia ni bersedekah tak ikhlas’ ‘Sedekah tapi nak mengharap balasan daripada Allah’ ‘Sedekah tapi nak berharap Allah bagi pulangan lagi banyak’ ,

Wahai sedara seagamaku. Pada siapa lagi kita nak minta selain daripada Allah?

Nak minta pada manusia? That’s not the way.

Allah telah berfirman, ‘Berdoalah kepada aku nescaya akan aku makbulkan’ (Betulkan aku kalau ada salah).

Korang hidup ni mesti letak 100% kebergantungan pada Allah. Kalau kita susah Allah adalah yang pertama yang perlu kita meminta pertolongan,

Masa kita senang Allah jugalah tempat yang kita zahirkan rasa syukur, Bila mana kita menginginkan sesuatu hajat pastinya pada Allah juga kita harus merayu dan meratap bukan pada manusia!

Aku cukup anti dengan golongan orang yang suka menilai ibadah seseorang, Anda tak pernah tahu apa yang mereka lalui, Apa yang mereka hadap, Jangan kita senang-senang menilai orang.

Sekurangnya mereka memohon pada Allah yang Maha Esa bukan melutut merayu pada manusia.

Bila kita nak sesuatu kita kena usaha. Usaha dengan cara tingkatkan ibadah kita.

Bilamana Allah sayang, Allah akan mudahkan urusan kita, Allah akan bantu kita. Kita minta dahulu, Allah akan makbulkan tapi bukan dengan cara kita, Tapi dengan cara Dia.

Bukan saya nak berbangga riak, Saya nak dapatkan ilmu bukan senang, Masuk kelas berbayar untuk join kelas, Untuk tahu apa amalan-amalan ahli jutawan yang berjaya di Malaysia ini.

Bila saya dapat saya berkongsi dengan sahabat semua kerana tak semua mampu untuk join kelas semua tu. Tapi bilamana niat kita disalah erti, memang agak kecewa.

Sahabat, Bertakwalah pada Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membantu kita.

Bangunlah Tahajjud, Keluarkanlah zakat disetiap susah dan senang kita, Solat lima waktu jangan pernah tinggal, Istighfar, Selawat, dan amalan tambahan lain seperti dua ayat terakhir suray At-Taubah.

Buatlah, Kalian sendiri yang akan rasai perubahan, Kehebatan, Kenikmatan beribadah. Pedulikan mulut orang.

Allah Maha Mendengar, Allah Maha Memakbulkan dan Allah juga Maha Penyayang, Mohonlah, Mintalah, Merayulah pada Allah Azawajalla.

InsyaAllah kita tidak akan pernah akan pulang dengan tangan kosong. Tak dapat didunia, Allah akan bagi ganjaran di akhirat.

Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Hati akan tenang, Hidup akan jadi senang. Akhirat kita kejar, Dunia dan Akhirat kita dapat.

Dan satu lagi aku ingin sentuh. Ada juga yang komen ‘ Tak perlu minta untuk didoakan jodoh’ ‘ Tak kahwin pun tak mati’ ‘Hidup sendiri lagi baik’.

Sahabat, Seandainya kita tiada niat untuk berkahwin mungkin akan jatuh hukum berdosa kecuali kalau kita sememangnya tiada jodoh di dunia tak mengapa.

Tapi selagi nyawa dikandung badan kita mesti berpisah dan berdoa semoga dipertemukan jodoh yang baik. Bukankah dengan berkahwin kita akan melengkapkan separuh dari Agama kita?

Berkahwin adalah sunnah yang dituntut. Bilamana kita menolak bermakna kita berputus asa dari rahmat Allah. Nauzubillahiminzalik.

Akhir kalam aku. Jangan pernah goyah dengan kata-kata manusia. Manusia sentiasa akan mencari kesalahan dan kelemahan sesama sendiri.

Banyakkan membaca, Banyakan mendengar ceramah, InsyaAllah semoga bertambahnya Ilmu maka bertambah la iman kita. Ibadah adalah sebaik-baik ikhtiar.

Kita buat, Kita dapat. Apa yang kita harapkan adalah ganjaran Allah di dunia dan di akhirat. Istiqomah dalam beribadat. Sehingga kita berjumpa lagi di lain artikel.

InsyaAllah saya akan terus berkongsi segala amalan beserta testimoni diri saya sendiri. Dengan harapan semoga amalan yang saya kongsi dapat membantu para pembaca akan lebih dekan pada maha pencipta.

Saya juga masih belajar, Masih menuntut dan masih juga dalam proses untuk hijrah. Doakan saya yer sahabat-sahabat.

Moga-moga IIUM Confession ni akan menjadi tempat berkongsi ilmu yang paling bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

Salam Sayang,

– Hamba Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *