Menjaga SOP COVID-19

Assalamulaikum semua. Terima kasih admin kalau tulisan aku ni disiarkan. Tulisan yang lepas pun terima kasih sebab siarkan. Cuma kali ini aku harap jangan ubah apa-apa pada tulisan aku.

Biarlah salah dari segi tata bahasa ke, bahasa caca merba ke, lagipun aku bukanlah penulis profesional. Alhamdulillah tulisan yang sebelum ni masih dapat komen positif. Harapnya tulisan ini pun disiarkan juga untuk tatapan pembaca.

Kita terpaksa menempuh pelbagai cabaran ketika Negara kita sedang berhadapan dengan Covid-19. Penulis sendiri pun sewaktu PKP 1.0 menjadi penganggur terhormat.

Alhamdulillah, duit KWSP i-lestari penulis dapat mengurangkan sedikit rasa malu dengan isteri yang berkerjaya.

Cabaran penulis tidaklah terlalu teruk berbanding dengan orang lain sebabnya banyak dibantu oleh isteri. Terima Kasih Wahai isteriku, membantu tanpa sedikit pun mengeluh.

Kita masyarakat Malaysia memang terkenal mempunyai sikap saling tolong-menolong yang tinggi. Kita dapat tengok sewaktu Kuala Krai menghadapi bencana banjir yang teruk dulu, sama-sama satu Malaysia turun Kelantan membantu rakyat Kuala Krai.

Tak kira apa ideology politik, agama, bangsa semuanya turut membantu. Inilah sifat yang kita warisi, yang memang sejak azali lagi kita saling tolong- menolong diantara satu sama lain.

Dalam tempoh pandemik ini pun, Ketika kes hanya mula-mula mencanak naik di Sabah. Frontliner kita dari Kelantan dan negeri-negeri lain di bawa ke Sabah untuk sama-sama berusaha membantu rakyat sabah dan menyelamatkan pesakit-pesakit Covid-19.

Sifat ini memang ada dalam diri kita. Kita akan membantu saudara-mara, rakan-rakan di negeri-negeri lain bila negeri lain menerima musibah.

Bagaimana kita boleh membantu orang lain ketika ini? Perkara paling penting dan paling mudah yang boleh kita lakukan untuk membantu diri kita dan orang lain ialah dengan menjaga SOP dan self lock down.

Kalau kita tidak ada wang untuk bantu orang lain pun kita tetap boleh bantu mereka dengan kita menjaga SOP dan hadir untuk suntikan vaksin.

Kita perlukan ramai yang mempunyai kesedaran betapa pentingnya untuk kita menjaga SOP, self lock down dan dapatkan suntikan vaksin.

Yang telah ada kesedaran kita sama-sama bantu memperingatkan orang lain supaya mempunyai kesedaran sama seperti kita. Bila kita semua dah memiliki kesedaran insyAllah, termasuk dengan doa kita akan landaikan keluk dan dapat mengawal jangkitan.

Penulis memberi analogi sekolah elit a.k.a sekolah pandai dengan sekolah biasa. Kenapa sekolah elit memiliki ramai pelajar cemerlang dan jarang yang gagal.

Kerana sekolah elit berkumpulnya pelajar-pelajar yang memiliki kesedaran yang tinggi. Mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain untuk sama-sama mencapai kecermerlangan.

Berbanding sekolah biasa, yang cemerlang hanya beberapa orang dan yang ramainya hanya biasa-biasa dan segelintir yang gagal.

Di sekolah biasa selalunya yang membuat bising adalah pelajar-pelajar yang gagal. Selalunya. Mereka ini walaupun tidak ramai tapi riuhnya seperti dekat zoo.

Kenapa disekolah biasa sedikit sahaja cemerlang? Kerana hanya segelintir yang mempunya kesedaran. Yang lainnya kesedaran hanya hadir setelah mereka meninggalkan zaman sekolah.

Tugas kita yang mempunyai kesedaran adalah menyedarkan orang lain supaya mereka tidak terlambat dan menyesal kemudian hari.

Kita perlu sedarkan mereka sebelum ada kematian di Kalangan keluarga. Kita jangan rasa lelah untuk kempen kesedaran mematuhi SOP dan suntikan vaksin.

Walaupun PKP 3.0 sudah sekalipun tamat kita tetap masih perlu menjaga SOP. Sehinggalah kita dapat imuniti kelompok (herd Imunity) dan mengurangkan kes sehingga pihak berkuasa dapat mengawal secara bersasar.

Akhir sekali, dalam pandemic ini pun kita juga dapat memahami sikap pemimpin-pemimpin politik kita. Dalam keadaan kita rakyat yang terpaksa tempuh kesukaran menghadapi Covid-19 kita juga terpaksa hadap dengan kerenah ahli politik. Masih politicking tak kira masa.

Selagi ada mileage politik,mereka akan tunggang selagi boleh. Dari laras-laras bahasa mereka gunakan seolah-olah mereka soronok dengan kes yang mencanak naik dan kematian yang tinggi?

Kita minta mereka sama-sama bersolidariti untuk rakyat dan hentikan menyalahkan antara satu sama lain. Sama-sama berkerjasama untuk mengurangkan kes dan membantu membangunkan semula ekonomi rakyat.

Ikhlas kerana rakyat. Tetapi sangat sukar. Politik adalah satu seni untuk mengatakan kepentingan diri ialah kepentingan rakyat. Selagi kehendak dan kepentingan mereka sendiri tidak dipenuhi sukar untuk mereka bekerjasama demi rakyat.

– Thifal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *