Assalamualakum. Mohon pendapat pembaca IIUM Confession sebab saya sedang dalam dilemma untuk buat keputusan.
Saya sekarang bekerja di syarikat swasta di kuala lumpur, pada tengah tahun lepas (Mar 2020) saya ada buat keputusan nak memulakan business sendiri.
Plan nya nak buat business tu secara part time dulu kemudian bila untung business tu dah melebihi atau sama dengan gaji saya sekarang, saya akan berenti kerja dan focus pada business saya secara full time.
Untuk memulakan business saya tu, saya mengeluarkan modal dari duit simpanan yang agak banyak (50k),
Dan disebabkan saya tak dapat nak buat secara full time, saya pun ada upah staff secara full time dan ambil beberapa staff secara part time dari masa ke semasa.
Modal simpanan saya tu saya dah buat projection selama setahun, kira sampai business boleh running sampai ke tengah bulan ni (Mar 2021).
Disebabkan pandemik yang makin seriau dan pkp tak habis-habis sekarang, business saya tu tak jangan kata untung, balik modal pun tak.
Sekarang modal awal saya dah habis, di samping itu, saya masih kena bayar gaji staff saya & other cost (lebih kurang RM3k sebulan).
Untuk maklumat berkenaan kerja makan gaji saya, saya kerja dalam bidang IT.
Sewaktu pandemik ni, kerjaya bidang IT memang terlebih demand. Terus terang saya cakap yang saya tak berminat dalam bidang IT ni, tapi disebabkan bidang ini buat duit jadi saya masih terus bekerja.
Nak dijadikan cerita, company saya dapat tender besar dan saya diberi kepercayaan untuk pegang project ni.
Di samping itu saya di berikan promotion, naik gaji & percentage. Kira gaji saya sekarang (Jun 2021) dah double dari masa saya buat keputusan untuk start business (Mar 2020).
Sekarang dilemma yang melanda diri saya, samada saya patut teruskan dengan business saya atau bungkus sahaja.
Duit saya dah hangus around 70k setakat ini dan akan terus hangus selagi saya tak mengubah situasi ini or tukar strategi.
Dan untuk mendapat profit yang sama dengan gaji saya sekarang agak payah disebabkan situasi semasa sekarang (wabak pandemik).
Kalau fikir secara logik, saya patut cut the losses dan anggap je 70k tu yuran pembelajaran.
Tapi saya ada pekerja yang bergantung pada gaji, kesian pula dekat pekerja tu nak cari kerja baru masa pandemik ni. Saya asyik terbayang2 mcmana anak bini dia nak makan kalau ayah dia dah tak kerja.
Sebelum orang komen tanya, saya jawab siap2, kalau saya tau yang saya akan dapat promotion gaji double tu atau covid ni jadi teruk bangat ni, memang tak la saya nak mulakan business tu (mungkin postpone dulu sampai covid reda),
Tapi apa kan daya, kita cuma merancang, Tuhan yang menentukan.
Fyi, saya memang lebih cenderung buat business sendiri sebab saya nampak potensi lebih besar dari segi jangka masa panjang; “9/10 punca rezeki berasal daripada perniagaan” .
Masa awal saya buat keputusan tu, saya memang ada ambil kira faktor covid/ pandemik ni,
Cuma masa tu kan Malaysia tengah winning mengawal wabak covid siap ada mat salleh mana puji kita dekat youtube dan saya tak jangka yang covid ni akan jadi lebih teruk dan makin teruk macam sekarang.
Business apa saya buat?
Saya buka kebun tanam cili merah secara fertigasi, disebabkan lambakan cili import dan supply lebih dari demand, harga cili turun merundum,
Masalah ini bukan saya seorang yang hadapi, majoriti petani/ pekebun cili menghadapi masalah sama.
Saya akhiri confession ni dengan 1 quote yang saya baca di internet yang saya rasa tepat dengan situasi saya. “The risk I took was calculated, but man, am I bad at math.”
– Cili merah kulai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit