Aku Yang Berdosa atau Ibu Yang Toksik?

Aku anak ke-2 dari 5 beradik. Ibu aku seorang ibu tunggal yang mana ayah aku telah meninggal dunia 4 tahun lepas. Hidup berubah 360 darjah kepada hidup senang menjadi hidup asal ada.

Aku bukan nak cerita pasal background keluarga aku, cuma nak luahkan apa aku pendam saat pandemik melanda keluarga aku ini.

Ibu aku seorang yang mempunyai islamic background, senang cerita seorang ustazah di sekolah rendah swasta.

Baru-baru ni ibu pergi ke sekolah sebab ada google meet dengan student dia dan ada 2 orang kawan ibu aku datang untuk tolong apa patut.

Seminggu kemudian, dapat tahu salah seorang dari 2 kawan tersebut positive covid-19 jangkitan dari ayahnya pergi ke surau.

Selepas dapat tahu kawan ibu aku positive covid, dia terus kuarantin dalam bilik, alhamdulillah. Pastu aku suruh ibu aku pergi buat swab test takut positive, kalau negative alhamdulillah.

Sekarang ni memang kena ambik langkah berjaga jaga dengan awal. Tapi….. dia enggan ambil sebarang swab test. Terlampau taksub dan percaya dengan segala berita palsu whatsapp (wap cengkih, air clorox dan sebagainya).

Pada malam pertama kuarantin, waktu kitorang semua dah masuk bilik masing-masing, ibu aku datang ke ruang tamu dapur untuk lepak di area situ.

Kebetulan aku keluar dari bilik dan terkejut, pastu aku cakap kat ibu aku “Ibu, kenapa duduk sini. Mana boleh, duduk kat bilik sendiri je kuarantin”

Pastu ibu aku cakap “boleh! yang tak boleh berjangkit dari mulut ke mulut melalui air liur” cakap sambil tengah buat air wap cengkih. Ye betul aku tak deny jangkit dari mulut ke mulut. Tapi bukan ke kalau dah sentuh pun boleh berjangkit?

Pada malam itu jugak aku whatsapp segala info yang aku dah jumpa kat website dari sumber kkm, mkn, mysejahtera.

Didalam teks tersebut aku ada tulis “tolong buat rtk, jangan menyusahkan orang” maksud menyusahkan orang disini bukan menyusahkan kami adik beradik, tapi menyusahkan frontliners bila sebenarnya positive tapi tak nak buat swab test.

Disebabkan ayat tersebut misunderstanding, harini aku gaduh dengan ibu aku, ibu cakap dia menyusahkan kami dan dia mengungkit segala kesusahkan dia menjaga kami bertahun tahun.

Dia siap halau lagi keluar rumah “kalau menyusahkan, keluar la dari rumah ni!! pergi rumah kawan kau sana. Tak payah duduk sini!! Bill semua ni aku yang bayar!!” ayat ni banyak kali dah kami dengar bila dia emosi.

“Halau keluar rumah” tu dah lali dengan emosi kami adik beradik. Kalau aku ada duit banyak, memang dah lama aku keluar, sebab aku rasa memang tak layak duduk rumah ni sebab dah banyak kali ayat keluar rumah tu berulang.

Lepas dia cakap macam tu aku terus cakap, “bukan menyusahkan kitorang, menyusahkan frontliner semua. Tak kesian ke kat dorang sehari berapa banyak kes kematian, berapa banyak kes positive”.

Dia terus sambung mengungkit jasa baik dia jaga kitorang sampai kesudah. Lepastu, dengan rasa selfish dan egoistic dalam dirinya dia terus masuk ke area kitorang lepak dan cakap, “ha biar korang kena padan muka”.

Jadi, persoalan disini aku ni berdosa ke jadi seorang anak? Atau aku memang mempunyai ibu yang toxic? Tolong aku……. aku penat sangat….

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *