Jom Tinggalkan P*rn*graphy

Hai assalamualaikum. Nama aku Mardhiah, mestilah bukan nama sebenar. Tapi nama bidadari syurga Ainul Mardhiah, dan girls.. Kita pun boleh jadi ketua bidadari syurga sekiranya kita jaga kehidupan kita atas dunia ni berlandaskan al quran dan sunnah.

Ini yang aku selalu ingatkan diri aku. Orang yang masuk syurga bukan hanya orang yang baik. Tapi pendosa yang tak henti henti taubat padaNya. Aku juga pendosa yang jauh dari kata muslimah akhir zaman ni… Tapi keep on ingat benda ni supaya aku tak give up.

Aku baru lepas baca confession Bunga tak silap aku. Pasal depresi, p0rn0 tu, (https://iiumc.com/bermulanya-detik-hitam/) dan juga confession si suami yang menghadapi ujian yang sama.

Kisah Bunga pun lebih kurang aku. Bukan background sekolah agama atau family beragama tapi masuk kolej aku pun join juga benda-benda usrah ni siap jadi naqibah lagi.

Btw jangan ingat orang-orang yang pakai tudung labuh dan hafiz semua macam ni sebab korang baca confession yang ada sini, sebab masih ada lagi yang betul-betul terjaga.

Cuma macam mana aku ter expose kepada benda jahanam ni lain la sikit. Dan aku sangat percaya lebih ramai lagi dekat luar yang ada masalah macam ni yang aib masih dilindungi Allah, sama macam kita yang duk confess dalam ni. Yang masih lagi struggle.

Aku rasa aku patut cerita sikit sebab dalam ni banyak mak ayah orang jadi korang akan aware hal ni supaya tak berlaku pada anak-anak korang.

Aku cerita sikit-sikit jela ye. Bermula dengan :

1. Aku main game dekat phone abang aku dan ayah aku. Aku nampak video video ni dalam gallery diaorang. Dan aku tertengok tapi aku delete supaya diorang tak tengok lagi. Niat baik dah sekolah rendah kan, jap lagi aku yang terjebak.

2. Tengok movie (cd) dengan family beramai-ramai yang ada kissing, adegan yang tak sepatutnya.

Biasanya akan ada yang pegang remote and forward kan. Nanti yang besar sikit tutup mata kitaorang yang budak-budak ni. Tapi still dah terdedah kan dan curious benda apa tu.

3. Aku pernah ternampak ayah aku sendiri masturbate sebab rumah kami kecik saja dulu.

4. Bila dah ada wifi dan phone sendiri aku dah mula mencari video tak sepatutnya.

5. Aku terdengar orang-orang dewasa punya perbualan pasal hubungan laki bini. Diorang gurau-gurau double meaning tapi aku ter faham benda2 tu.

Dan aku benci orang dewasa yang tak malu cerita benda ni depan budak-budak sebab depa ingat mereka tak faham. Sumpah tak malu.

6. Classmate laki aku suka cakap nama-nama website p0rn.

Aku tau korang jijik baca ni aku pun jijik. Aku share supaya mak ayah aware apa yang korang perlu buat. Aku terbaca satu quotes dia kata kita tak mampu nak buat semua kesalahan atas dunia ni, jadi belajar lah dari kesilapan orang lain. Supaya kita takkan buat.

Takkan nak tunggu korang terbuat baru korang amik pengajaran. Better elak kan dan belajar apa yang patut korang buat untuk prevent benda ni.

Aku tak salah kan diorang semua. Tapi aku pun mangsa. Korang patut follow Akhi Fairuz dekat Facebook untuk kanak-kanak punya s3x education.

Korang tak boleh cakap “alaa nanti dah besar tau la” bila diorang tanya macam mana dapat adik sebab confirm dia cari sendiri.

Mak ayah sekarang pun bagi phone dekat anak-anak sebab belajar, tapi tangan depa boleh gatai cari apa tak patut. Aku awal umur 20-an ni masa kecik pun boleh terdedah apa lagi kanak-kanak sekarang.

Lagi bahaya dengan ads entah apa-apa, iklan dekat TV pun seksi, artist pakai yang seksi. Semua tu mempengaruhi, jadi untuk ibu-ibu…

Beware ye apa hiburan yang korang tengok anak korang kecik duk depan TV sekali tu dan belajar lah s3x education dari Akhi Fairuz Al Jengkawi.

Dia siap ada modul ke apa aku tak ingat tapi pergi la belajar, jadi ibu ayah yang menyelamatkan masa depan anak-anak. Sebab bila dah jadi anak-anak takkan cerita pada mak ayah..

Okay back to topic, aku nak share macam mana cara aku cuba hentikan ketagihan ni..

Aku dah beli ebook, aku dah dengar youtube pasal keburukan ni semua. Tapi aku masih buat benda tu. Semua tak membantu untuk aku.

Tapi yang membantu aku adalah aku pernah terdengar video tarbiah sentap. Cara untuk memanipulasi syaitonn. Sebab syaitan sentiasa bisikkan telinga kita. Kita pun terikut. Syaitan pun tepuk tangan.

So cara dia korang kena buat nazar/ janji pada diri sendiri. Benda ni korang kena tulis, sign. Aku buat betul ye. Tak perlu la tulis p0rn dalam kertas tu. Korang buh jela kejahatan ke apa lepastu korang sendiri jela faham apa maksudnya.

Setiap kali korang ter tengok, korang kena bagi denda dekat diri sendiri. Bagilah denda yang agak susah.

Macam aku, aku bukan penghafaz al quran, aku rasa dah lama aku tak baca alquran sungguh-sungguh jadi aku letak denda aku setiap kali aku tertinggal solat dan aku tengok benda tu aku kena baca dua juzuk alquran.

Bagi aku banyak la. Sebab aku payah sikit nak mengaji kan. Ni contoh saja. Dan korang memang kena buat bila dah buat sebab kan dah tulis dan sign benda tu. Takleh main-main sebab Allah tau kan kalau kita tak buat denda tu.

Mungkin cadangan aku la, setiap kali korang tertengok mungkin korang boleh sedekah nilai yang kalau hari biasa korang sedekah tak sebanyak itu. Dia jadi denda tapi korang dapat pahala. Faham kan?

Jadi syaitan dah confuse, nak bisik suruh tengok satgi dia sedekah RM100 dekat Syria care. Hahahahaha ni contoh saja.

Kalau gaji seribu lebih dengan nak bayar rumah Kereta aku rasa berat ni nak buat. Kalau asik keluar saja duit sebab korang tengok p0rn0 habislah jadi lama-lama korang dah tak buat. Giteww.

Nanti bila dah berjaya contoh 5 bulan ke, bagi la reward dekat diri korang.

Teknik ni menjadi dekat aku. Banyak juga juzuk aku kena baca. Aku takde la kata aku dah bebas berapa tahun, masih lagi bulan aku tinggalkan, dan doakan aku dapat istiqomah tinggalkan. Aku pun nak jadi orang normal.

Aku tau ada yang akan cakap jumpa la professional help. Kami malu sangat-sangat. Kalau aku depression mungkin aku pergi jumpa, tapi sebab benda ni aku cakap kami malu…

Dan kalau aku dah kahwin nanti aku still hadap masalah ni aku akan consider jumpa juga professional help.

Tapi buat masa sekarang aku fight lagi dengan diri aku. Dan aku positifkan diri aku, yang aku boleh dan aku nak jadi ketua bidadari syurga jadi aku kena perjuangkan.

Aku follow ig kamar dan kelabu. Itu pula pendidikan untuk adab dan cara yang betul bagi hubungan suami isteri. Korang patut belajar juga kot. Kalau dah nak kahwin dan dah kahwin (ni selingan saja hahaha).

Dan aku pernah tanya pada kaunselor secara online. Aku cakap aku malu sangat nak kahwin sebab aku jijik dengan diri aku.

Aku rasa semua wanita yang mengalami benda ni akan rasa yang sama. Sampai tak nak kahwin. Tapi kaunselor tu kata, sayang diri, maafkan diri dan bila Allah datangkan yang baik better jangan tolak.

Macam aku sekarang tengah ready untuk kahwin sebab ada la hamba Allah ni yang datang dalam hidup aku. Point aku dekat sini nak kata, girl yang diuji macam aku, korang pun layak untuk berkahwin okay. Jangan kata sebab ni korang tanak kahwin.

Aku sedar yang kita kena stop before kahwin. Bukan kata kahwin tu boleh berhenti. Ada orang memang dia boleh macam tu. Tapi apa-apa pun balik pada kemampuan diri.

Dan aku nak cakap, jangan lah give up sebab Allah sentiasa ada. Semoga Allah bantu korang. untuk mak ayah, jangan lupa ye ajar s3x education anak-anak :)

– Mardhiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *