Fahamilah Perasaan Menantumu

Assalamualaikum semua. Mohon admin share kan cerita saya dan niat saya di sini nak berkongsi dan minta pendapat pembaca lain mana tahu ada yang alami situasi yang sama seperti saya..

Sebelum berkahwin suami saya ada membeli rumah dan mertua sebagai guarantor..

Baru2 ni kedua mertua saya pencen dan ingin tinggal di rumah kami bersama dengan adik beradik suami yang masih belum berkahwin..

Sebelum mereka berpindah, saya ada menyuarakan luahan ketidakselesaan saya pada suami memandang ada adik ipar yang bukan muhrim akan tinggal bersama..

Untuk pengetahuan, mertua saya juga membantu membayar pinjaman rumah tersebut bersama suami..

Saya ada memujuk suami supaya berikan sahaja rumah tersebut pada mertua memandangkan sekarang semua keputusan di rumah ni dibuat oleh mertua dan saya tahu mertua saya mampu kerana mertua mempunyai aset tanah dan rumah lebih dari 3 unit..

Saya juga tak faham kenapa mertua ingin tinggal bersama kami..

Sejak mereka berpindah bermacam masalah timbul antara saya dan suami.. Lain manusia lain ragamnya, ada beberapa tabiat keluarga suami yang kurang saya gemari.

Saya pernah tegur adik ipar saya tetapi adik ipar saya tinggikan suara pada saya dihadapan ibu mertua, saya memilih untuk diam dan tidak melawan kerana hormat ibu mertua saya waktu itu..

Alhamdulillah ibu mertua tegur kebiadapan adik ipar waktu itu.. Saya cerita pada suami tapi suami hanya suruh bersabar dan dia tidak ingin memperbesarkan masalah ini kerana hormat pada ibu bapanya..

Setiap kali adik ipar buat masalah dengan saya, saya dah malas nak bercerita pada suami, saya banyak pendam sendiri sampaikan saya dah tak ada hati nak duduk rumah ni lagi..

Dah banyak kali saya minta suami untuk asingkan tempat tinggal saya dengan keluarganya tapi suami kata tak mampu untuk membayar 2 rumah dalam 1 masa memandangkan suami juga masih ada baki bayaran pinjaman belajarnya..

Saya pernah yakinkan suami yang saya akan bantu dia memandangkan saya juga bekerja, tapi suami hanya diam dan suruh saya bersabar..

Untuk pengetahuan semua, suami saya anak sulung lelaki.. Saya perasan setiap kali ada masalah mertua akan terus minta suami saya selesaikan walaupon ada saja anak lelaki lain yang boleh diharapkan..

Saya tahu tanggungjawab anak lelaki pada ibu dan ayahnya.. Kalau mertua saya boleh faham perasaan anak perempuan nya yang baru berkahwin dan tidak ingin tinggal bersama keluarga mertuanya begitu juga saya inginkan privasi bersama suami..

Saya jadi tertekan dengan keadaan ni bile suami sendiri tak nak bersuara demi kebaikan rumahtangga kami..

Saya sayangkan suami, saya tak nak berpisah kerana keluarganya.. saya tahu suami adalah anak yang baik pada ibubapa nya dan seorang suami yang baik..

Pada keluarga mertuaku, sejujurnya bukan niat saya untuk menjarakkan hubungan, tetapi ini lebih pada menyelamatlan hubungan bersama mertua dan rumahtangga kami..

Doakan hubungan kami kekal hingga ke syurga.. Saya doakan juga kebahagian semua pembaca di sini.. Terima kasih sudi membaca luahan saya..

– Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *