Antara Bodoh & Bodoh-Bodoh Sikit

Assalamualaikum semua. Mesti semua dah tahu aku nak cakap pasal apa bila baca tajuk confession ni kan?

Ya, isu “bodoh-bodoh sikit” ni menjadi isu hangat ya. Tapi izinkan aku memberikan sedikit pandangan mengenai isu ini.

Pertama sekali, aku bukanlah pengikut, penyokong atau pembenci prof itu ya.

Seperti yang diperkatakan oleh beliau , perempuan perlu menjadi bodoh-bodoh sikit supaya mudah mendapat jodoh.

Di sini kita perlu faham makna dan konteks antara bodoh dan bodoh-bodoh sikit.

Rasanya, beliau tidak menyuruh pun perempuan menjadi bodoh. Mana mungkin beliau menyuruh perempuan menjadi bodoh sedangkan diri beliau pun ialah seorang prof.

Pada pandangan aku, bodoh-bodoh sikit yang dimaksudkan mungkin perempuan boleh menjadi “observant” dan kurang tonjolkan sifat-sifat dominant diri apabila mencari jodoh.

Sebab kalau kau memang seorang wanita yang bijak atau berdikari, aura kebijakan dan berdikari tu memang akan terpancar sendiri tanpa perlu beria-ria menonjolkannya.

Kadang-kadang kita perlu “stay low and observe”, yelah, untuk mencari jodoh, bukan sahaja lelaki yang kena memilih tetapi perempuan juga.

Jadilah seorang pemerhati yang menggunakan akal bukan perasaan semata-mata.

Kalau kita asyik angkat pasal diri kita sahaja, semuanya TENTANG KITA, siapa yang tak turn off kalau begini?

Penting untuk kita juga mendengar pendapat dan pandangan orang lain, kerana kehidupan ini bukan pasal diri kita sahaja.

Tiada siapa menghalang perempuan untuk menjadi seorang yang ambisi, berdikari dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi apa yang mereka mahukan selagi ianya tidak melanggar syariat.

Cumanya, ada sesetengah perkara ini ada keterbatasan, begitu juga dengan lelaki.

Disebabkan itulah institusi perkahwinan ini mengenai kesatuan di antara manusia yang berbeza dan saling melengkapi.

Mungkin juga ramai yang triggered disebabkan dalam masyarakat kita selalu dimomokkan perempuan tidak pernah salah jadi ada sesetengah perempuan menjadikan momokan ini sebagai nature yang,

“Aku betul, aku kena menang, aku tak pernah salah”, ini ego namanya.

Mendengar dan didengari itu penting dalam sebuah perhubungan. Bukan sahaja hubungan perkahwinan sahaja, persahabatan juga.

Kalau kita sahaja mahu didengari tetapi menolak untuk mendengar, bukan jodoh je lari, kawan pun lari.

Korang ingat lelaki tak tertarik dengan wanita yang berkarisma dan bijak ke? Mestilah tertarik! Sebab anak yang bijak mewarisi kepintaran daripada ibu ya, kawan-kawan.

Tetapi, mestilah kita ingat juga, bijak di sini bukanlah kebijakan yang tertera pada sekeping slip peperiksaan atau transkrip semata-mata.

Tetapi bijak mengawal emosi dan bijak mengawal keadaan juga adalah ciri utama, kerana antara faktor keruntuhan sesuatu perhubungan selalunya berpunca daripada kebijakan kita mengawal dua elemen ini.

Cuba korang bayangkan diri korang dalam sebuah perkahwinan. Kalau semua benda korang nak buat? Semua benda korang boleh, jadi suami korang nak buat apa? Hahahha.

Last-last korang yang stress sebab terlalu kehadapan dan nak buat semua benda.

Ada satu artikel mat salleh yang aku baca ni, berkata,

“It is important to know that when a man protects, it never means that he thinks you’re incapable or weak.

It means that he is responding to his most basic biological instincts, and that he sees you as something valuable and worth protecting”

Bila kau deny instinct dia, maka ada lah consequences yang akan berlaku.

Kadang-kadang kita kena bodoh-bodoh sikit,untuk ketenangan dan kesenangan diri juga. Hehehe. “Ignorance is bliss”, bak kata orang.

Akhir kata, ada perbezaan antara bodoh dan bodoh-bodoh sikit. Tapi yang paling penting jangan jadi bodoh. Tuntut ilmu selagi boleh kerana ilmu tidak pernah ada penghujungnya.

Semoga confessian aku ini tersiar dan terima kasih semua.

– Jah Kucai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *