Cinta Dua Pupu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah saya.

Nama diberi Arin dan berusia 27 tahun. Asal selangor. Masih solo dan doakan saya agar dipertemukan jodoh.

Sebelum ni saya belum pernah bercinta dengan sesiapa sehinggalah pada suatu hari saya mula berkenalan dengan Shadd seusia dengan saya setelah kami mengikuti percutian singkat bersama keluarga ke bumi kenyalang. Beliau asal dari perak.

Setelah percutian tersebut, hubungan kami tidak terhenti setakat itu sahaja. Walau pada asalnya kami kenal sekadar keluarga.

Beliau kerap juga bertanya khabar menerusi whatsapp. Adakala beliau macam memberi hint seperti ‘saya nak cari orang macam awak’. Sanggup nak datang dari jauh semata-mata untuk jumpa saya.

Namun saya anggap pada masa tu beliau sekadar bergurau. Tidak lama kemudian, saya mula rasakan seperti ada ‘connection’ diantara kami berdua membuatkan saya untuk cuba selami, fahami hati beliau.

Hubungan kami memang akrab. Tak pernah sekali kami lupa untuk bertanya khabar, apa yang kami lakukan. Masing2 memberi respon walau kami pada masa tu tidak meluahkan rasa hati antara satu sama lain.

Sampai satu masa, saya dapati beliau dah jarang berhubung dengan saya di whatsapp. Kalau ada pun saya yang akan mulakan dulu. Sehingga saya dapat tahu beliau sudah mempunyai calon isteri.

Ya, dia jujur dengan saya masa tu ketika saya sedang bertanding untuk nasyid. Saya tak terkata-kata masa tu. Saya salahkan diri sendiri sebab saya yang melebih-lebih dalam hal ni. Jadi saya cari kekuatan untuk lupakan dia.

Tapi hubungan dia dengan calon isteri tu tidak bertahan lama. Akhirnya dia mencari saya semula. Sepertinya dia teringat dekat saya dan dia rasa serba salah dengan saya.

Walaupun begitu, saya tetap maafkan dia namun saya tidak melupakannya. Bagi saya ini mungkin makan masa. Saya layan dia biasa-biasa saja. Sebab dah serik.

Kami mula berjumpa balik semasa saya ingin menghadiri konvokesyen saya di perak. Beliau sedaya upaya cuba sehabis baik untuk tebus kesalahan dia dengan saya.

Saya nampak kesungguhan dia. Saya sangat hargai jasa baik dia dan keluarganya membantu saya sepanjang majlis konvo.

Setelah pulang menghadiri konvo. Beliau berterus terang akan isi hati dia. Saya cuba untuk katakan tidak pada peluang kedua namun hati saya nampak keikhlasan dia. Dan kami cuba.

Pada mulanya semua kelihatan lancar, namun setelah setahun kemudian saya lihat kami banyak yang tak kena. Tidak kurang juga saya. Adakala cepat sentap, terasa hati dengan kata-katanya.

Ya, orang kalau tengah marah, kata-kata tu seperti ibarat mata pedang yang menusuk. Sakit sangat. Ada saja yang tidak kena dimatanya.

Selalu yang disalahkan saya tanpa mengetahui punca itu datang daripada nya. Katanya dia nak didik saya. Sedangkan kata2 dia itu sangat menyakitkan perasaan saya. Saya mula perasan dia cepat marah. Kalau dia marah dia tak pedulikan saya.

Kadang, dia samakan saya dengan perempuan lain sedangkan saya tidak pernah sekali pun meninggikan suara dengan dia. Kadang saya mampu menahan rasa sedih.

Selalu ada salah sangka dengan saya. Emoji tiada dalam whatsapp pun boleh jadi punca kami tidak bertegur sapa. Sedangkan bagi saya itu tidak sepatutnya jadi masalah. Silap saya, tidak mampu memahami dia.

Adakala kami okay dan kali terakhir kami berhubung di whatsapp sekitar februari lalu. Saya memutuskan untuk kembalikan tabungan yang dikumpul kepada dia semula dan membawa haluan masing2.

Setelah sebulan masing-masing mendiamkan diri. Setelah itu baru dia hubungi saya semula dan mengatakan saya ego tinggi, ibarat saya langsung tidak menghargai usaha dia.

Saya juga dipersalahkan. Kemudian ada lagi dia cuba untuk meminta maaf dan cuba untuk perbaiki hubungan kami semula.

Namun saya rasakan itu hanya sia-sia kerana saya takut kesalahan yang sama akan berulang. Saya megharapkan kalau ada salah dari saya, dia dapat tegur dengan lembut.

Ada masalah dapat dibincang dengan baik-baik. Jaga tutur kata, bersangka baik dengan saya. Namun kebiasaannya bila terjadi salah faham dia ternyata memilih untuk berdiam.

Dari berhari-hari kemudian berminggu dan jadi sebulan. Apalah gunanya meminta maaf kalau kesalahan itu untuk diulang semula. Walau apapun terjadi, saya tetap maafkan dia.

Saya membawa haluan sendiri sebab saya rasa kehadiran saya dalam hidup dia cuma menambah masalah saja. Saya tahu dia juga punya masalah peribadi yang lain.  Saya terpaksa ambil keputusan ni. Saya sedar saya juga banyak salah pada dia.

Jadi dengan berpisahnya kami, mungkin kami dapat cari cara untuk perbaiki diri masing-masing. Bukan bererti saya pergi kerana tak boleh terima kurang dia. Saya cuma mahu difahami. Saya mahu dia bersangka baik dengan saya.

Ya kami jauh. Jarang jumpa. Long distance relationship. Entah mungkin kami sama-sama belum bersedia, sama-sama belum dapat faham isi hati antara satu sama lain.

Paling saya sedih baru-baru ni dia minta saya buang semua gambar dia dengan saya di media sosial. Pada saya, walau kami tiada hubungan istimewa tapi dia tetap keluarga saya. Saya hargai jasa baik dia.

Dalam komen gambar tersebut jelas dia marah betul dengan saya sehingga membahasakan diri dia ‘aku’ dan juga screenshot perbualan kami di whatsapp.

Saya rasa dipermalukan memandangkan ada juga ahli keluarga kami yang lain yang jadi mutual friend kami berdua. Terasa gugur jantungku.

Tak terhenti disitu, keesokan hari saya menerima dm messenger dari dia mengatakan saya perlu buang semua gambar tu. Dia kata masa, tenaga, duit yang dilaburkan untuk saya tidak berbaloi sama sekali.

Saya berasa sedih dan terhina. Sedangkan saya tak pernah paksa dia melakukan semua tu, tidak pernah meminta-minta duit dia. Allahu, sedih Allah saja yang tahu.

Pada ketika dia menyatakan saya perempuan yang dia sayang dunia akhirat, ingin berkahwin dengan saya. Namun tak sangka semuanya tidak berbaloi padanya.

Mungkin silap saya juga kerana tidak bersetuju untuk meneruskan hubungan. Namun bukanlah saya membenci dia. Tujuan saya berpisah dengan dia adalah untuk dia sedar akan kesalahan dia.

Untuk dia perbaiki diri dia. Ya, dia pernah katakan dia ingin berubah kerana Allah, dia ingin meluang banyak masa dimasjid. Dia tak ingin ulang kesalahan dia.

Namun apa ertinya sebuah kemaafan kalau dia ternyata masih ulang silapnya. Bahkan kata2 nya menyakiti saya.

Minta maaf, saya selalu cabar kesabaran awak, selalu tinggi ego saya, saya sama macam perempuan yang awak perkatakan. Saya tak pernah hargai jasa awak. Saya jenis cepat sentap. Maafkan saya kerana saya bukan yang terbaik di mata awak.

Kepada pembaca, mohon doakan saya kuat. Mohon nasihat yang baik2 juga. Kerana ini saya berjuang untuk perbaiki diri. Doakan saya.

Saya redha dengan apa yang terjadi. Saya maafkan segalanya. Lupa mungkin tidak semudahnya. Biar masa menentukan. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Terima kasih kerana pernah membahagiakan saya.

– Arin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *