Suamiku Minor Hoarder

Salam sejahtera untuk para pembaca sekalian. Terima kasih saya ucapkan untuk anda sekalian yang sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca luahan hati saya.

Cerita ini ada detail yang ditokok tambah dan info salah tapi mostly betul supaya suami saya tidak tahu yang artikel ini ditulis oleh saya.

Saya telah berumah tangga dan usia perkahwinan kami akan memasuki usia 8 tahun.

Suami saya ada masalah minor hoarder. Kenapa saya kata minor? Hal ini disebabkan dia sangat suka mengumpul buku/ nota zaman belajar/ komik/ bahan bacaan/ course note dan semua segala jenis bahan bacaan.

Benda lain yang mempunyai sentimental value untuk dia tidak menjadi masalah untuk dibuang jika barang itu rosak atau sudah tidak berguna, tetapi tidak untuk buku.

Dirumah, kami sediakan satu bilik kosong sebagai store. Masalah bermula apabila majoriti barang dalam storage room dipenuhi oleh kotak-kotak buku dia.

Emosi saya agak terganggu kerana saya rasakan buku-buku itu patut dibuang/ disedekahkan kerana sejak berpindah lebih kurang 7 tahun yang lalu, kotak-kotak yang dipenuhi dengan buku tersebut tidak pernah dibuka.

Sudah puas saya berbahas dengan hujah-hujah yang agak rasional tetapi selalu saja dipatahkan oleh hujah-hujah dia yang lagi flexible dan lagi rasional dari saya dan selalunya cubaan saya untuk berbahas selalu tamat dalam keadaan saya marah dan kemenangan pada pihak dia,

Akhirnya saya terpaksa menggunakan emosi untuk menang dan dia mengalah dengan membelikan saya makanan kegemaran sebagai pujukan.

Iya saya akui dia sangat petah dalam berhujah dengan fakta serta susun atur ayat yang dipenuhi isi-isi tanpa sedikit pun putar belit walaupun tahap pendidikan saya lagi tinggi dari dia.

Saya bertambah buntu apabila perbahasan atau hujah dia disertakan dengan analogi-analogi yang masuk akal.

Saya pernah mengugut untuk membuang/ sedekahkan buku tu sedikit demi sedikit tetapi dia kata dia tidak akan halalkan dunia akhirat walau satu pun buku tu dikeluarkan dari bilik itu tanpa kebenaran dia.

Dia juga sangat menjaga segala jenis bahan bacaan kepunyaan dia. Kebanyakan bahan bacaan dia dibalutnya dengan plastic atau paling malas pun dia akan tape setiap bucu buku supaya bucu buku tidak rosak.

Saya harap pembaca faham apa yang saya maksudkan dengan kerosakan bucu buku.

Saya kerap ditegur jika meminjam bahan bacaan dia jika terdapat kesan kehitaman disisi buku. Mengikut fahaman dia, kehitaman disisi buku dapat dielakkan jika kita membaca buku dengan meletakkan jari telunjuk dan ibu jari di muka surat, bukannya disisi buku.

Sukar untuk saya gambarkan melalui tulisan dan saya berharap pembaca faham apa yang saya cuba sampaikan.

Alasan yang diberikan apabila saya bertanya kenapa susah untuk dia buang koleksi kotak-kotak buku lama dalam storage room ialah sebab menghormati buku tu salah satu cabang disiplin dalam berilmu. Terus jammed saya ditempat kejadian. Mati akal tanpa hujah.

Jika ada pembaca yang ada hujah lain untuk patahkan hujah dia saya harap sangat pembaca sertakan dalam ruangan komen.

Jenuh saya memujuk dia untuk buang/ jual/ sedekah buku-buku didalam kotak yang sudah lama tidak dibuka tetapi tidak berhasil.

Dia berharap saya dapat terima kelemahan dia dalam hal bahan bacaan seperti mana dia dapat menerima kelemahan saya yang suka membebel dan berhujah/ berbahas dengan mengikut emosi.

Wahai pembaca wanita sekalian, wanita mana yang tidak naik minyak apabila digelar suka membebel dan suka mengikut emosi apabila berhujah?

Maka tanpa berfikir panjang, itu jam saya bebel tanpa menghiraukan anak saya yang meminta dihidangkan coco crunch sebagai kudapan.

Dia selalunya akan diam jika saya beremosi dalam hujah dan itu sahaja jalan saya untuk menang dalam berhujah dengan dia.

Mengikut ‘teori’ dia, pergaduhan tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang marah dan oleh kerana itu dia biarkan saya beremosi.

Saya terpaksa diam kepenatan apabila bebelan saya tiada feedback akibat tindakan dia yang memilih untuk berdiam diri apabila saya mula beremosi.

Dia masih lagi menyimpan buku rujukan sekolah menengah seperti matematik, matematik tambahan, fizik, kimia dan biologi atas alasan pertama, dia nak gunakan bahan bacaan tu untuk asah minda serta prevent otak dari rusty,

Dan alasan kedua pula senang untuk ajar anak apabila besar dengan menggunakan buku tu untuk recall balik ilmu.

Alasan yang tak munasabah apabila sukatan pelajaran sentiasa berubah dan kita tak tahu apa sukatan yang akan diguna untuk next 15 years.

Mengikut pendapat dia pula, pertukaran sylibus sesuai untuk mata pelajaran sejarah dan bahasa, manakala buku yang dia simpan semuanya berdasarkan fakta dan nombor. Fakta dan nombor mengikut pendapat dia, tak akan berubah.

Semakin hari semakin bertambah bilangan buku hinggakan bilangan buku yang dibaca jauh lagi sedikit berbanding buku yang belum dibaca lebih-lebih lagi apabila dia juga suka membeli buku second hand.

Hal ini menyebabkan bilangan buku semakin bertambah dan ini berkadar arus dengan bilangan kotak yang ada di storage room.

Saya ada suarakan pendapat supaya dia berhenti membeli buku dan habiskan dulu bacaan buku yang ada. Tapi nasihat ini boleh diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi.

Menurutnya lagi buku yang tidak dibaca boleh dibaca apabila banyak masa lapang apabila pencen kelak.

Saya ada bagi idea supaya dia membeli kindle whitepaper tapi menurutnya dia lagi berminat physical contact through books berbanding membaca melalui soft copy walaupun dia tahu dia boleh menyimpan berjuta buku jika menggunakan kindle.

Hakikatnya bilangan buku yang makin bertambah di dalam kotak sudah tidak dapat dikawal.

Adakah ini boleh dikategorikan sebagai penyakit? Atau adakah saya yang bermasalah sebab tidak dapat memahami minat dia?

Saya harap para pembaca sekalian dapat memberi idea atau jalan penyelesaian yang bernas.

Jika ada suami/ isteri para pembaca yang mempunyai masalah yang sama pun boleh berkongsi cerita melalui komen. Ke suami saya sahaja yang mempunyai masalah ni? Ini semua hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Terima kasih kepada pihak IIUM Confession kerana sudi siarkan luahan saya untuk dibaca walau ada tokok tambah dan info yang salah.

Tidak lupa juga kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa membaca luahan hati saya serta memberi pandangan serta berkongsi cerita diruang komen jika ada pasangan yang mempunyai habit yang sama.

Terima kasih.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *