Kahwinkan Saja II

Hai, Zulaikha Qistina Adelia datang lagi!

Ni confession sebelum ni. Ada part yang aku tak cerita terperinci.

https://iiumc.com/kahwinkan-saja/

Terima kasihlah Zulaikha nak ucapkan pada kawan-kawan, akak, abang yang komen dekat confession sebelum ni. Semua komen aku baca satu persatu memang positif semuanya. Terima kasih korang.

Mana yang mengata aku comel tu aku dah maafkan. Sebab aku pun rasa aku ni comel. Hahahaha. Ok gurau!

Bila tengok isu bodo-bodo yang hangat diperkatakan 2, 3 hari ni baru aku teringat yang aku pernah juga buat bodo-bodo dulu masa kawan dengan sorang laki (baca laki orang yang aku tinggal tu).

Dia kelulusan UPSR pun tak ada. Belajar setakat darjah 3 saja. Tapi rajin bekerja. Aku suka bab ni sebab dia rajin. Macam-macam kerja dia buat. Sampai boleh buka bisnes kecil-kecilan.

Jadi masa awal perkenalan tu, dia tanya aku kerja apa. Waktu tu aku kerja sebagai Quantity Surveyor kat salah sebuah syarikat kontraktor.

Tapi aku jawab dengan dia, aku kerja kerani saja. Gaji tak seberapa. Sebab aku tak nak dia rasa rendah diri dengan aku.

Awal-awal tu biasa la. Semuanya indah belaka.

Tiba satu hari tu, dia paksa aku berhenti kerja dan cari kerja kerani dekat dengan tempat dia bekerja (bisnes kecilan dia). Aku menolak dengan baik memandangkan aku dengan dia cuma sekadar kawan.

Tak habis setakat tu, setiap hari dia asak aku untuk berhenti. Aku tetap dengan pendirian aku. Sampailah bergaduh besar sebab dia cakap macam ni dengan aku,

‘Sampai bila nak kerja kerani kat situ, gaji bukan cukup pun. Setakat kerja kerani ni kat mana-mana ada. Nanti gaji tak cukup merungut. Tapi sendiri tak nak ubah diri.’

Oii, darah aku naik kepala terus waktu dia cakap macam tu. Nafas tak payah cakap la. Naik turun naik turun. Berombak dada ni tahan marah.

Ya, memang aku pernah cerita yang lepas bayar komitmen itu ini gaji aku tinggal berapa. Tapi tak pernah pulak aku minta duit dia untuk cukupkan apa yang aku tak cukup.

Memandangkan waktu ni pun aku dah tau dia belum bercerai lagi, terus aku buat keputusan untuk putuskan saja hubungan.

Pertama, dia tak jujur yang dia tak cerai lagi. Kedua, aku rasa terhina dengan kata-kata dia yang merendahkan aku. Kalau dah kahwin nanti, mesti aku makan hati saja dengan kata-kata dia.

Kalau betulpun aku kerja kerani, dia tak ada hak kan untuk hina pekerjaan ‘kerani’ tu selagi benda tu halal. Aku beranggapan dia rasa berjaya dengan bisnes dia, tu yang dia rasa berhak hina pekerjaan aku.

Isu bodo-bodo untuk dapatkan jodoh ni aku dah pernah buat dulu. Kesimpulannya, jadi saja diri sendiri. Tapi jangan over sangat tunjuk yang kita tahu itu ini.

Kalau lelaki bagi pendapat, kita dengar jela. Amalkan ‘agree to disagree’ dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah sekarang aku dah kerja tempat lain dan kewangan aku makin kukuh. Aku ada approach sorang kawan sekolah aku dulu. Dia sambut baik luahan hati aku memandangkan dia pun single. Dia tahu saja aku kerja apa. Hehe.

Aku nak buktikan dengan diri aku sendiri bahawa akulah perigi yang paling berjaya mengejar timba. Hahaha.

Lagipun, selekeh, selebet, gengster, hodohnya aku dulu dia dah tahu. Dah kenal sikit-sikit perangai aku. Tengah nak rapat-rapat sikit dengan dia la ni.

Doakan la kali ni aku berjaya tawan hati lelaki. Kalau tak berjaya jugak, aku tulis confession kat sini lagi untuk buat pengumuman yang aku masih single! Ahahaha

Pssst. Aku cakap dengan si dia tu macam ni, ‘jimat kan kalau nikah musim PKP ni. Makcik bawang pun tak bising majlis kecil ke besar. ‘ Dia jawab, betul jugak kan. Sanggup ke terima dia? Hahaha.

Dah, sikit saja aku cerita. Yang penting apa aku pesan tadi? Doakan aku berjaya kali ni. Hahaha

Aku sayang korang semua yang bagi semangat kat aku hari tu! Muahciked.

Yang comel macam korang kata,

– Zulaikha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *