Di Kacau III

Untuk part I, (https://iiumc.com/di-kacau/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/di-kacau-2/).

Hi. Aku Sam.

So ni jawapan² untuk yang bertanya di ruangan komen confession aku.

Pada yang komen, kenapa sekentut saja cerita, pendeknya, senafas saja baca, mata tak dan berkedip dah habis. Sorry lah pembaca sekalian. Maaf didahulukan.

– Memang kalau aku kena kacau, tak berlarutan membawak ke kerasukan ke, histeria ke.

Bukan nak cakap aku ni kuat semangat ke tak. Kadang-kadang, cuak jugak lah hahaha. Cuma sebelum aku dikacau tu, even dekat tempat public, aku dah boleh rasa level sunyi tu lain macam walaupun suasana bising dengan orang ramai.

Selalunya tangan kanan aku akan rasa panas dulu macam kena salai dengan api diikuti dengan rasa berdenyut belakang kepala (dekat pangkal leher) yang sakit. So, aku macam; “ok, kali ni apa pulak benda-benda ni nak kacau aku.”

Tapi aku cuma baca zikir dalam hati & ayat kursi lepastu tepuk/ sapu saja dekat pangkal leher aku dengan harapan, hilanglah sakit tu. Aku pun tak tau kenapa aku buat macam tu, taknak orang nampak obvious kot aku ketuk leher aku.

Pada yang tanya, tak bawak berubat ke atau tak tutup hijab ke?

– Ayah aku pernah bawak, dan macam biasalah dibaginya air penawar dengan limau nipis tapi aku tak pernah guna atau lebih tepat lagi, aku buang saja semua tu (sorry ayah).

Aku pun takde solid reason kenapa aku buang cuma, aku jadi tak suka yang membawak kepada rasa nak marah orang lah bila aku pandang penawar semua tu. Yang aku buat, aku memang berzikir saja dalam hati sambil ingat keluarga aku.

Bab hijab tu pulak, aku tak berani nak cakap sama ada tu anugerah ke, apa ke kan.

Cuma, aku dengar sendiri mulut aku mintak taknak tutup dekat perawat tapi masa aku cakap tu, aku rasa macam separuh sedar. So sampai sekaranglah aku boleh nampak dengan izin Tuhan.

Pernah jugak lah masa zaman sekolah dulu, ustaz ada pagar kawasan sekolah so semua student kena stay dalam surau (masa ni dalam tahun 2006‐2010, aku sekolah asrama),

Aku mengantuk gila sampai tak sedar apa yang jadi kecuali aku ‘nampak’ dalam tidur aku tu, ustaz-ustaz pergi ke penjuru sekolah, azan and taburkan garam, so aku tidur saja sampai ada pengumuman dah boleh pergi prep (preparation class) & supper.

Aktiviti dalam surau masa tu ada sesi tazkirah tak silap aku tapi fikiran aku dinampakkan dengan apa yang jadi luar dari kawasan surau. (Kisah sekolah ni aku tak pernah beritahu sapa-sapa, even dekat kawan-kawan aku)

Aku tak ada kebolehan merawat orang lain, sebab aku memang tak pandai. Aku cuma boleh nampak dengan izin Tuhan.

Kadang-kadang housemate aku macam provok aku contohnya; “Sam, ada nampak apa-apa tak bila tengok buaian bergoyang sendiri?” Aku sengih saja la sebab aku memang tak tau nak bagi reaksi apa.

Nanti dikatanya tipu pulak. Paling kuat pun, aku cakap; entah lah weh.

Padahal dalam hati, aku tau dan sedar ada orang tua yang berdiri dekat buaian tu (video latest buaian dekat playground yang bergerak sendiri then anak dia ajak bapak dia balik sebab masatu dah maghrib). Tapi aku sebolehnya tak nak tengok video-video misteri ni.

First kejadian histeria depan mata aku masa aku ada training tentera dekat Perak, pelatih perempuan yang kena. (Masa ni kami pelatih lelaki midshipmen tengah sembahyang maghrib.) Menangis mendayu-dayu dalam surau.

Tapi sebab ada ustazah-ustazah, aku pun tak ambik hirau. Nanti senior aku kata busybody pulak. So, habis sembahyang kitorang yang lelaki terus keluar sebab ada muster pulak.

Pada yang tanya sergah macam mana tu.

– Aku kadang-kadang sergah “woii!!” saja. Memang nampak macam hati kering tapi dalam hati little bit cuak jugak, buatnya dia melayang masuk rumah, jenuh aku nak lari tak cukup ruang hahaha. Kalau boleh, zikir dulu dalam hati, semoga Tuhan bagi kekuatan.

Banyak lagi kisah aku,

– Ada yang follow aku sampai sekarang tapi aku buat-buat tak nampak.

– Ada kes kemalangan, aku nampak jin dalam bentuk api. (Kisah kemalangan ni masuk akhbar sebab student tu meninggal dekat tempat kejadian. Sedekahkan alfatihah untuk mangsa)

– Ada kes superbike pintas motor aku dekat lebuhraya Bentong-Karak end up, motor terbakar. Darah meleleh atas jalan dan ya, bikers tu meninggal dunia(bukan muslim).

– Masa family aku pindah rumah. (Kalau aku nak cerita ni, kena ubah sikit-sikitlah nama samaran sebab family aku tau kisah ni)

– Masa aku kerja dekat stesen minyak 2016/2017 macamtu.

Cuma 1 yang aku rasa sampai sekarang, aku tau kedai makan ada guna cara kotor ataupun tak. Maksudnya, mintak pertolongan jin syaitan whatsoever. So, aku memang elak masuk ke tempat-tempat macam ni.

Dan aku percaya, ustaz-ustaz atau para ilmuan yang lagi tinggi ilmu pun boleh tau. Jadi, yang aku boleh ceritakan, cuma sedikit pengalaman aku dan bukanlah bertujuan untuk aku membangga diri.

Apa yang jadi, semuanya ujian dari Tuhan.

Nanti ada masa aku sambung ok, sorry sangat kepada pembaca sebab aku kena siapkan kerja ni.

Jaga diri & keluarga.

Stay safe & stay at home.

Selamat menempuh PKP sampai hujung bulan ni.

P/s: untuk family, Sam bercerita dekat sini bukan untuk membangga diri, cuma berkongsi pengalaman yang tak seberapa supaya kita semua tahu, yang makhluk Tuhan tu ada tapi kita lagi kuat dari diorang semua.

– Sam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *