Dilema Akak Felo II

Untuk part I, (https://iiumc.com/dilema-akak-felo/).

Assalamualaikum semua, datang lagi aku disini untuk luah rasa dan menjawab kata-kata yang dilemparkan dulu.

Kali ini bukan lagi delima, tapi lebih kepada nasihat. Sebab aku sendiri pun dah ada kata putus dalam dari. Maaf, kalau ada yang terasa dengan kata-kata aku yang lepas. Tapi tu lah kenyataannya.

Kali ni aku datang bukan untuk minta dimaki seperti post lepas. Tapi kali ni, untuk kita sama-sama renung bagi cari solusi mewujudkan generasi yang bersopan dan beradab pada generasi akan datang.

Aku tahu, pembaca disini terdiri dari ibu-ibu, bapa-bapa dan juga adik-adik pelajar. Jom la kita wujudkan kembali budaya sopan dan menghormati antara satu sama lain.

Ajar la dan didik anak-anak hormat orang lain. Fahamkan mereka ikut situasi, janganlah terlalu ikutkan perasaan.

Sebelum tu, aku nak menjawab dulu komen2 lepas yang aku ingat. Sebabnya aku dah tak jumpa post lama. Malas dah nak scroll cari. Jadi aku jawab yang aku ingat saja.

Kalau ikutkan post lepas, aku tulis di awal waktu kemasukan pelajar ke kampus. Masa tu, aku belum pun dapat beradaptasi lagi dengan situasi dan kerenah pelajar, mana lagi dengan kajian aku, mana lagi dengan situasi covid ketika itu.

Tapi Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan atau 5 bulan ni aku jadi felo pelajar dan pelajar siswazah aku dah dapat seimbangkan masa pengajian aku dan felo dalam situasi sekarang.

Sekarang aku rasa tak rugi pun apa yang aku cuba sekarang. Walaupun, pada awalnya macam-macam yang aku nak marah, stress dan tak dapat nak atasi. Mungkin pada masa akan datang boleh jadi pengalaman berharga buat aku, siapa tahu.

Ada dari komen lepas cakap, 1. Kenapa aku gatal2 cari penyakit walaupun aku dalam mode pengajian penyelidikan dan tahun akhir still mohon jadi felo. Kalau kerja kerajaan pun akan dibagi cuti rehat bagi yang sambung pengajian.

Ada juga yang komen, 2. Felo aku dulu waktu zaman prasiswazah relax saja, tak ada buat apa pun. 3. Apa tu felo, milo?

Untuk soalan-soalan ni, aku jawab soalan,

1. Sebab aku pernah melalui pengalaman pengajian master, aku rasa aku dapat handle dan dapat bahagi masa aku.

Itu sebab aku berani cabar diri aku untuk cuba jadi felo dan kedua, aku nak luaskan kenalan aku. Mana la nak tahu, lepas habis pengajian ada rezeki aku dapat kerja asbab dari kerjaya dan kenalan felo.

Situasi sekarang bukan macam dulu, ada phd senang dapat kerja.

Jawapan soalan 2. Felo zaman aku pun sama juga macam zaman korang, relax. Mungkin juga kita satu zaman. Itu sebab aku terpengaruh. Tapi zaman sekarang sudah berubah. Era 2020 kan. Adab dan tatasusila pun berubah ikut zaman.

3. Felo berperanan membantu dalam pengurusan kolej kediaman terutama dalam hal berkaitan kebajikan, keselamatan serta pembangunan pelajar. Felo hari ini tentunya lebih sibuk berbanding felo lima tahun dahulu.

Bertugas 24/7, mereka mengambil tanggungjawab membantu kolej menguruskan aktiviti pelajar, menjaga keselamatan, mengadakan kaunseling dan rundingan, memastikan peraturan dan disiplin pelajar terkawal (Hasil petikan google).

Situasi sekarang tak sama macam dulu. Dulu era sebelum covid dan sekarang era covid yang tak pasti selesainya bila.

Macam mana menteri bertungkus lumus kawal pendemik ini di kalangan rakyat, begitu juga pengurusan kolej. Situasi kami, jaga pelajar bawah jagaan kami, dari 5 kategori ke 6 kategori.

Nak keistimewaan seperti sebelum pendemik, boleh bebas kesana kemari. Memang semua tu tak akan jadi kenyataan. Sebab semua dalam proses berjaga-jaga.

Tapi, pelajar saja buat degil tak nak cuba paham keadaan. Susah. Padahal 5, 6 kategori ini diberi kebenaran tinggal di kolej untuk memudahkan pelajar bantu pelajar untuk kurangkan masalah atas talian, dapatkan kemudahan makmal dan sebagainya.

Tapi situasinya, buat macam kami suka pula kurung pelajar sama-sama. Itulah situasi yang berlaku pada awalnya. Masing-masing stress, pelajar stress, pengurusan pun stress. Mana lagi, kami felo yang terkepit antara kedua-duanya.

Tak termasuk dengan ibubapa call minta ini itu, marah ini, itu. Bila disuruh bawa pelajar keluar dari kolej tak nak pula. Pening.

Faham juga situasi pelajar yang tak nak keluar kolej bila keluarga mendesak. Sebabnya tersepit pula dengan kerenah fakulti, yang mana mengugut sekiranya tidak hadir kuliah atau makmal akan digagalkan subjek bagi semester tersebut. Faham. Situasi ketika tu, semua orang tersepit, terkepit.

Tapi itu la, walaupun dalam situasi terkepit ke, tersepit ke. Saya mohon dan minta untuk jaga adab dan bahasa masing-masing terutamanya pelajar.

Kita generasi berilmu jadilah tauladan pada yang lain. Fahamkan keluarga dengan situasi tersebut. Kalau bawa cerita yang bukan-bukan mestilah keluarga mendesak.

Kalau mesej, bersapa dulu ucap selamat perkenalkan diri. Itu perkara asas yang perlu diterapkan dalam diri tak kira siapa pun. Bukan semua orang kenal kita. Itu berbahasa orang cakap.

Orang yang tengah busy pun rasa ringan saja nak membantu bila orang berbahasa basi. Tapi majoriti pelajar yang bermesej, macam kawan-kawan kenal berpuluh tahun.

Tiada mukadimah, terus minta apa yang diinginkan tanpa perkenalkan diri. Kita pun berat rasa nak layan, mana dengan kerja kita lagi.

Itu tak termasuk lagi yang dapat tengkingan dan cacian dari pelajar-pelajar. Banyak juga dengar cerita-cerita dari rakan felo yang lain. Atas sebab kolej kerap tiada air sepanjang pkp.

Padahal felo terima nasib yang sama juga, tak berlainan tangki air pun. Kehilangan barang parcel, sebenarnya tak hilang pun. Tapi disebabkan lambakan barang jadi tak terurus. Tambahan pula kolej kami, pelajar dan felo yang menguruskan barang parcel, lagilah merumitkan.

Mana dengan masing-masing dengan tugasan dan kelas masing-masing. Barang online pula semakin galak dikalangan para pelajar. Sampai tidak tertampung ruang bagi pengurusan barang. Tapi semua kami hadap demi pelajar.

Sekarang syukur juga, dah belajar pekakkan telinga, mana boleh handle aku handle dan mana mengada sangat biar saja la. Susah nak ubah orang.

Bersyukur juga, dalam satu pokok tak semua buah busuk. Banyak juga buah yang elok dimakan dan manis rasanya.

Teruskan dengan sikap hamble dan berbudi adik-adik, yang saling bertegur-tegur pada rakan-rakan lain yang melakukan kesalahan. Susah untuk ubah sikap seseorang melainkan diri sendiri.

Kami sebagai felo sendiri rasanya sudah sukar untuk menegur pelajar dengan sikap pelajar yang sedemikian, tak termasuk lagi yang cable persepah. Tegur sikit lapor atas, semua tak kena.

Kadang-kadang aku terfikir juga, zaman aku dulu. Zaman yang merasa budaya ragging dari senior.

Sampai tak berani sangat berselisih dengan senior. Kalau terjumpa, dari jauh sudah lari atau belok. Di situ rupanya hikmah ragging. Bersahabat dengan hormat. Tapi kalau menyampah tak tegur terus. Tapi still hormat.

Sekian dari,

– Akak Felo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *