Untuk part I, (https://iiumc.com/di-kacau/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/di-kacau-2/).
Untuk part III, (https://iiumc.com/di-kacau-iii/).
Hi. Aku Sam. Ni aku sambung lagi.
Untuk cerita kali ni, tak meremang bulu roma sangat sebab aku nak fokuskan pengalaman pertama aku nampak, diintai dan jugak diseramkan level budak-budak sekolah rendah dan menengah.
Ok. Better aku start lah ya.
To be honest, aku ni tak reti nak bercerita. So, semua yang aku bagitau dalam post-post sebelum ni, semua pengalaman sebenar aku sendiri.
(Tu sebab ayat aku pun tunggang-langgang. Mintak maaf banyak-banyak.)
(1)
Kelibat pertama aku nampak dalam hidup aku, masa dalam bilik waktu malam. Tak silap aku, umur aku dalam 6 tahun kot. Sekolah Tabika Kemas.
Kelibat perempuan pakaian putih melayang smooth saja tembus dinding lepastu hilang.
Itupun sebab tak sengaja aku tertoleh belakang. Tapi aku buat tak tau saja sebab budak-budak lagi kan so aku teruskan saja lah menconteng buku.
Oh, sebelum tu, kawan-kawan aku ramai datang mengaji dengan mak aku malam-malam dekat rumah ni. Rumah kuarters kerajaan.
Aku pun mengaji jugak dengan mak aku.
Pernahlah jugak aku masuk tilawah Al-Quran peringkat daerah masa sekolah rendah tapi aku dapat nombor dua saja sebab nombor 1 power gila mengaji. Tak silap aku Irsyad kot nama dia. Masa ni, aku Tahap 2 (Darjah 4, 5 dan 6).
Lepas dari tu, kerap kali aku mandi pagi-pagi nak pergi sekolah, aku akan nampak satu makhluk hitam, muka menggerutu, leher berlipat-lipat dan ada tanduk dekat dahi tengah sengih tengok aku mandi.
Aku nampak sebab masa mandi aku tak tutup pintu toilet. Tapi aku biarkan saja lah sebab bila aku pandang, benda tu lari.
Kalau aku tak pandang, benda tu pandang aku. Seingat aku, aku pernah bagitau dekat mak aku kot pasal benda ni, mak aku cakap; “nanti mandi tutup pintu rapat-rapat.”
Lepastu, benda tu dah tak ada muncul. Sekali-sekala tu ada lah tapi aku buat tak tau sebab macam dah lali. Cuma kadang-kadang saja terkejut.
Pernah jugak, aku dengan adik-beradik aku ikut ayah aku pergi menoreh. (Pagi ayah aku kerja dekat sekolah, petang ayah aku menoreh).
Masa aku ikut ni, aku nampak ayam putih hinggap dekat pokok getah. Memang sampai sekarang aku ingat, bulu ayam tu putih bersih lepastu dia mendada macam dia leader dekat situ. Tapi tak berkokok pun ayam tu.
Lepastu aku bagitau ayah aku apa yang aku nampak. Aku cakaplah dekat pokok getah sekian-sekian, ayam sekian-sekian.
Ayah aku cakap mungkin ayam hutan kot, tak pun ayam orang kampung. Aku pun iyakan saja lah. Bila ayah aku cakap macam tu, aku macam ok saja lah kan. Budak-budak lagi. Suci dan lurus fikiran.
Bila dah besar sikit, tapi masih sekolah rendah, aku tengoklah tv sorang-sorang waktu malam. Cerita Stargate SG-1, pukul 10 malam rasanya.
Aku duduk atas kerusi, masa ni aku start takut sebab ada 6 tangan (3 sebelah kiri, 3 sebelah kanan) keluar dari bawah kerusi bahagian tepi nak terkam aku.
Aku rasa seram campur menyesal sebab tengok tv lewat malam sebab masa aku kecik-kecik dulu, pukul 10 wajib masuk tidur. So, aku off tv terus lari masuk dalam bilik.
(2)
Fast forward, aku pun masuklah Form 1 sampai 5 dekat SBPI(X). Cerita first ni, masa aku Form 4, hari sabtu malam.
Selalunya, sabtu malam tak ada aktiviti pembelajaran melainkan tengok tv dekat bilik tv aspura, pergi ko-op, lepak bilik member sembang-sembang.
Masa ni, hot jugaklah yang anak makcik kantin nampak pocong dekat taman herba. Taman herba ni, betul-betul depan kantin sekolah.
So, disebabkan dah dikira senior, member-member aku main futsal dekat dataran area sekolah tempat morning assembly.
Selalunya diorang main futsal sampai 2-3 pagi lah. Aku tak join sebab aku tak reti sangat bab-bab menggelecek bola ni.
Jadi, aku pinjam kamera kawan aku, aku letak dekat tangga aras dua menghadap taman herba, kantin dan toilet yang dekat dengan kantin tu. Kejap ambik gambar, kejap tinggalkan untuk rakam video mana tau boleh rakam something kan.
So, bila member-member aku dah habis main futsal, aku pun berlarilah naik tangga, ambik kamera kawan aku dan snap gambar untuk kesekian kalinya.
Aku nampak pocong!
Dinding toilet bahagian luar penuh darah terpercik!
Lepastu aku delete gambar tu sebab aku taknak member-member aku tau. Aku cuma bagitau dekat tuan kamera tu saja.
Dia cakap, kenapa delete?
Aku jawab, aku takut.
Kiranya apa yang anak makcik kantin tu nampak, betul dan aku tak nafikan. Cuma aku diamkan, sebab aku taknak member-member aku tau hal sebenar.
Setiap kali aku lalu situ tak kira sama ada pagi, petang ataupun malam, memang aku takkan pandang taman herba tu.
Masa aku Form 5, macam biasalah study lewat malam untuk exam. So, masa ni aku baik sikit lah kot sebab sembahyang sunat sebelum tidur. Nak exam kan.
Bilik aku bilik hujung sekali, menghadap padang yang gelap gelita. Aras 2. Dekat bawah pulak ada bumbung dobi. Rumah sukan aku pulak ikut nama tokoh Malaysia yang berjuang melalui penulisan.
Disebabkan dah lewat dalam pukul 1 pagi macamtu, habis saja study dekat foyer aras 2, aku balik bilik, sembahyang sunat and tidur.
Masa tengah sembahyang sunat ni lah, aku kena kacau.
Tingkap tepi locker aku ni jenis tingkap nako; kaca sekeping-sekeping tu. So bahagian bawah dia tak ada sebabnya senang nak letak kunci locker. Lelaki kan malas nak bawak kunci locker.
Masa rakaat kedua, ada satu bola hitam terbang laju dan terus kena dekat tingkap tepi locker aku tu tapi tak lepas masuk, aku jadi tak khusyuk lah kan sebab terganggu. So aku terpandang…
Hitam berbulu!
Lepastu jatuh atas bumbung dobi.
Bunyi jatuh pun dah boleh bayang itu bukan burung hantu salah landing.
Kalau dekat sekolah, kan ada bola lontar peluru tu, kalau korang drop dekat atas tanah pun dah rasa vibrate kan disebabkan density bola yang padu.
Bayangkan, benda tu jatuh atas bumbung dobi lepastu benda tu bergolek atas bumbung macam korang golek bola.
Aku memang sembahyang laju-laju, dengan baca lintang-pukang, bagi salam macam geleng kepala terus aku selimut badan aku atas katil sambil peluk bantal sampailah benda tu berhenti cubaan nak masuk ikut tingkap dan bergolek atas bumbung dobi.
Sekarang aku tak pasti macam mana keadaan sekolah tu sebab lama tak melawat sekolah tapi member aku pernah nampak ada makhluk bertenggek dekat pokok tepi padang. Ustaz yang merangkap warden aspura pun dah tutup hijab dia rasanya.
Aku harap sekolah tu dalam keadaan baik dan aman saja lah.
Ada lagi kisah kawan dormmate aku yang ‘terkena’, sampai berubat dengan ustaz yang terkenal kalau aku sebut nama ustaz tu.
Member-member aku yang ikut kawan aku pergi rumah dia (dengan izin warden), bagitau aku something sebab aku pun masa tu dapat MC tapi aku tak boleh nak cerita dekat sini sebab bukan aku yang nampak dengan mata aku sendiri.
Aku tak nak lah cerita benda yang aku tak pasti, nanti member-member aku kata, aku buat cerita palsu pulak.
So, itulah pengalaman aku masa sekolah rendah dan menengah. Nanti aku cerita pengalaman seram aku dekat UiTM.
(Yang ni sampai sekarang follow aku, aku pun tak tau entah kenapa suka sangat follow aku tapi ‘dia’ tak kacau aku dan aku memang tak ada komunikasi langsung dengan ‘dia’ kecuali masa aku tengah baran dulu-dulu), first pekerjaan aku dan aku dikacau masa kerja dan balik kerja.
Take care…
– Sam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit