Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin sekiranya confession ini dapat disiarkan. This is my first time writing/ confessing at IIUM Confession, forgive for my poor writing skill.
Here is my intro. Aku Mon, perempuan, lepasan degree daripada local university, sudah berkahwin, pengalaman kerja 3 tahun dalam engineering and background family daripada golongan biasa-biasa.
Before, I have my own standard pada definisi kejayaan and I work hard to achieve my own target criteria which are having a good career, saving and owning an asset. Tetapi pada waktu ni goals aku bukanlah sekadar material aspect sahaja.
Aku harap dengan adanya harta tak seberapa ni aku dapat tolong parents, tolong upgrade life kami sebab aku percaya sedekah membawa berkah dalam rezeki kita dan sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada ahli keluarga.
Seusai habis intern, alhamdulillah aku terus dapat kerja walau gaji yang ditawarkan untuk engineering jobscope waktu tu agak rendah, nevermind i am still ok as long as dapat kerja.
At that time kerja kuatlah aku pulun ot bagai dan memang setiap hari balik malam and even on weekend pun kerja supaya saving aku yang pelbagai (saving kahwin, rumah, kereta, emergency) bertambah,
Dan masa ni aku masih belum ada komitmen yang besar selain daripada ptptn, parents dan diri sendiri.
Untuk memastikan aku on right track, aku sentiasa follow rapat tips sifu kewangan and hartanah untuk manage financial aku.
After a year, aku resign and jump ke company lain sebab jobscope waktu ni tak banyak aku dapat belajar and its very tiring untuk ot setiap hari ditambah dengan lokasi tempat kerja yang jauh dan selalu jammed.
Di tempat baru alhamdulillah ada dapat sedikit salary increment and benefit extra.
Masa ni sangat bersyukur sebab tempat kerja dekat dan nampak macam ada sedikit improvement dalam jobscope which is I can learn more and point ni sangatlah bagus untuk career growth aku.
First few months, aku sangat enjoy bekerja disini sebab dapat belajar banyak benda baru, colleague yang supportive walaupun management so so. Banyak cerita tentang staff yang resign sebab management issue tapi aku tak ambik kisah sangat.
Last year, pandemic covid bermula, banyak yang affected which is company tak boleh run full operation and mana-mana company yang essential kena run around 50% capacity waktu ni.
Pada waktu inilah bermula stress yang melampau, dimana aku adalah salah seorang staff yang kena bekerja di waktu pandemik ni.
Sangat letih dan stress bila mana kau kena kena cover kerja orang lain dan kena cover kerja sendiri yang dah memang overload.
Ditambah pula waktu ini aku punya majlis kahwin ditangguhkan walhal preparation dah 80% selesai. Hari-hari aku tunggu anouncement supaya PKP habis and majlis boleh diteruskan macam biasa.
But sadly, ia makin berlarutan. Waktu ni aku dah macam emotionally unstable, kerja yang overload and bila voice out pada upper management, depa sepi saja tak ada action.
Pada Allah aku meluah dan pada colleague lah sharing moment utk kurangkan stress. Tapi bertitik tolak daripada waktu ni jugak aku jadi semakin demotivated nak kerja.
Hari-hari rasa sangat down dan tak ada passion dah pada kerja aku tapi aku positifkan diri jugak dan selepas lebih 2 bulan tertangguh, aku dapat teruskan plan nikah dalam suasana yang sederhana alhamdulillah.
Selepas berkahwin, aku dan suami terpaksa PJJ atas sebab yang takdapat dielakkan. Husband banyak outstation and I can’t afford untuk resign sebab aku dah mula ada tambahan komitmen waktu ni,
Tambahan pula waktu pandemic susah nak cari kerja baru. Aku rasa boleh coop dengan situation ni memandangkan kami memang dah LDR lama since sebelum kahwin lagi.
Aku ingat aku kuat, but sadly, makin hari aku rasa inner condition aku semakin teruk.
Aku semakin loss passion pada kerja, hari-hari demotivated, stress, work performance semakin drop and even worse aku dah mula develop bad anxiety.
Masa waktu kerja atau driving aku boleh tiba-tiba menangis. Dada rasa terlalu sesak.
Banyak sebab antaranya aku rasa aku dah tak boleh go on dengan kerja, rasa macam incompetent worker, rasa bersalah pada suami which is I believe yang tempat aku disisi dia tapi aku seperti lebih pentingkan career walaupun husband aku tak ada issue pun pada benda ni.
Semakin hari aku rasa engineering bukan untuk aku bila badan takboleh tahan dgn environment workplace (masa ni workplace panas dan bising).
Aku kena ulang alik klinik untuk heal intolerance/ bad reaction ni and terpaksa coop dgn migraine yang teruk. Masa ni boss aku dah start question pada colleague lain kenapa aku jarang pergi production.
Aku cuba untuk improved tapi tulah, its getting worse. Ditambah pula management salah anggap aku sebagai staff yang outspoken walhal depa sebenarnya dah salah orang menyebabkan aku semakin tawar hati untuk bekerja.
Setelah lebih setahun, tiada apa yang semakin baik dan aku dapat rasa aku semakin reach limit, suami aku nasihatkan untuk berhenti dan stay sekali dengan dia.
Masa ni aku sedar, good career, duit yang banyak bukan jaminan atau asbab untuk kita bahagia. I am wrong about this perspective.
Aku tawakkal and decide untuk resign. Sebelum resign aku ada belajar sikit-sikit untuk involve dalam trading.
Thanks to my colleague yang overview benda ni kat aku dulu. Its not easy untuk science grad macam aku yang tak ada basic langsung pasal economy/ business. Aku ambik masa yang lama untuk faham term dan ilmu baru.
So far aku masih dalam learning process, mencari guru untuk gali ilmu lagi dan mula berjinak sikit-sikit untuk trade. Ada masa profit ada masa portfolio berdarah. Dalam trade aku belajar lebih untuk sabar, kebergantungan pada Allah jadi lebih tinggi.
Walau profit sekarang tak banyak macam waktu dapat gaji dulu, tapi aku rasa tenang, happy rasa macam dapat jumpa diri aku semula.
Big thanks also pada suami yang sentiasa support dari segi emosi dan material, ada masa diperlukan. Semoga perkahwinan ini terus dalam rahmat Allah, semoga syurga tertinggi untukmu.
Betapa mahalnya harga ketenangan. Tetapi isu kewangan atau rasa nak berpendapatan tetap macam dulu tetap ada and jadi reason untuk aku rasa nak back to work field, cuma tulah takut pisang berbuah 2 kali.
Apa yang aku boleh kata, gaji as engineer tak buat aku jadi kaya tapi alhamdulillah dapat bagi aku rasa cukup dan aku rindu dengan rasa cukup ini.
Deep inside my heart, aku masih menyimpan hasrat utk kembali mempelbagaikan saving dalam keadaan hati yang tenang.
Aku percaya setiap jalan ada pros and cons bergantung pada apa yang sebenarnya kita cari. Semoga Allah beri petunjuk, taufik dan hidayah untuk kekeliruan ini.
Sekarang aku masih mencari guru-guru trader untuk tambah ilmu, if u guys ada cadangan, boleh letak dikomen ya.
Doakan aku sentiasa istiqomah untuk belajar, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah semoga dapat kembali berbakti pada family. Semoga ini jalan yang terbaik. Terima kasih sudi membaca.
– Mon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit