Assalamualaikum semua. Aku tak la pandai cerita tapi aku cuba share pengalaman aku sebaik mungkin.
Masa aku nak SPM ayah aku ada buat satu bilik baru untuk opah aku duduk.
Bilik tu lengkap dengan tandas mini untuk mudahkan opah aku mandi dan sebagainya. Sebab opah lumpuh kaki, dia hanya boleh mengesot saja. Bilik ni agak hujung dan berdekatan dapur.
Awalnya semua ok. Tapi lama2, opah buat perangai tak mau duduk, keluar bilik 2, 3 pagi nak angkut kain baju nak balik rumah dia. Tak selesa duduk bilik baru.
Pelik lah opah ni. Dah bagi bilik baru, dia buat perangai. Terfikirkan dia nyanyuk, hati ni jadi tenang semula. Jaga warga emas ni kena banyak bersabar sebab Allah nak duga kita.
Tak lama lepastu, pakcik aku datang nak ambik opah aku bawa bercuti ke rumah dia dekat negeri lain.
Lepas balik bercuti, opah aku sempat duduk 3 hari di bilik dia, kemudian dia mengadu sesak nafas sebelum dia koma sebulan di hospital.
Sampai seruan Allah, opah pun meninggal. Innalillah wa inna ilaihi raji’un. Moga opah ditempatkan bersama orang soleh.
Selepas opah selamat dikebumikan, maka bermula kejadian aneh menyeramkan di rumah aku.
Bilik opah kosong. So abang aku offer diri nak ambik sebab senang nak bangun pagi katanya sebab dekat dengan dapur.
Tak lama lepastu dalam 3 hari saja abang aku bosan dan balik ke bilik asal dia. So aku pun yang dekat SPM ni perlukan tempat tenang nak belajar subjek killer iaitu Add Math tengah2 malam.
Tepat pada jam 12 malam aku dengar bunyi orang tabur pasir atas bumbung zink bilik. Wehhh apa pulak tu? Hujan kut.. Aku husnudzhon.
Kemudian bunyi guli bergolek pulak atas bumbung. Aku buat taktau ingat hujan la kut malam2. Tutup lampu kemudian tidur.
Malam seterusnya, aku stay up lagi. Tengah nak try buat 2, 3 soalan. Sekali lagi bunyi pasir tak henti2.
Glups.. lagi sekali… aku dengan cuak2 berani pi buka tingkap nak tengok betul tak hujan.. guys.. sekali aku buka tingkap…
Langsung tak ada hujan.. jadi.. apa benda atas bumbung aku sekarang ni??
Aku rasa tak sedap hati, aku terus baca ayatul kursiy kuat2 macam dalam cerita hantu filem melayu.. tau apa jadi geng.
Tiba2 bumbung aku macam dihentak batu bertubi2 macam hujan lebat tak berhenti. Aku sorang2 dalam bilik, nak jerit karang mak ayah kata apa pulak. Aku hadap benda ni sampai pagi.
Aku baca surah 3 Qul, tiup dekat tangan sapu seluruh badan. Kemudian aku tidur tutup lampu. Aku takut wehh.. aku selubung selimut satu badan aku.
Tau2 bunyi suara mak aku kejut Subuh nak gi sekolah. Rupanya aku tertidur dalam keadaan takut2.
Masa dekat bilik air nak mandi, aku perasan ada benda yang sangat aneh…
Pipi aku ada kesan parut baru macam ditoreh dawai atau kesan dicakar kuku kucing.
Bila buka baju weh.. terkejut gila aku bila…
Dari dada aku sampai ke perut calar balar. Garisan cakaran tu panjang. Seingat aku, mana aku main dawai atau kena cakar kucing.
Masa tu aku cerita dekat mak, dan mak panggil abang, ayah dan satu famili aku duk bincang. Tau apa geng?
Rupanya abang aku orang pertama yang kena kacau dalam bilik tu tapi dia tak bagitahu kami. Binawe betul. Hahaha
Masa ni kami terbayang arwah opah.
Macam mana benda tu boleh datang menumpang di bilik tu?
Adakah benda tu yang ganggu dan bunuh opah?
– Jay (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit