Aku Nak Selamatkan Perempuan Berkereta Merah

Assalamualaikum…  Kisah yang aku nak sampaikan ni diharapkan diakhir cerita ni akan sampai dan berpanjangan kepada orang yang aku nak tuju. Aku nak selamatkan kau perempuan kereta merah..

Pengenalan awal cerita adalah berdasarkan pengalaman kawan baik aku sendiri. Betapa koyaknya hati dia sampai sekarang. Betapa hancurnya diri dia kerana seorang lelaki tak guna.

Kalau baru-baru ni kita tengok viral pasal seorang perempuan yang terjumpa video2 dan gambar2 boifren dia dengan ramai lagi perempuan.

Curang boifren dia tu sampai jadi topik hangat untuk semua orang yang percaya itu adalah yang paling teruk. Tetapi percayalah. Apa yang aku nak cerita ni lagi teruk daripada lelaki yang viral kantoi curang tu. Sorry intro panjang.

Cerita ni jadi di Alor Setar.

Aku nak straight terus sebab aku nak sampai kepada matlamat aku menulis ni. Kisah seorang lelaki tak guna yang bertopengkan sy4itan yang merosakkan semua perempuan.

Aku tak tahu lah berapa puluh atau ratus perempuan dia rosakkan. Mungkin kalau selisih bahu di Alor Setar tu semua bekas-bekas dia.

Dia hanya guna rupa dia yang boleh laa dan ayat manis dia. Perempuan yang rosak dengan dia semua jenis anak dara, janda, tunang atau bini orang pun dia rosakkan.

Sampai ada tahap bini orang tu bini askar. Sampai nak bercerai dengan suami sendiri semata-mata nak kahwin dengan jantan tak guna ni.

Dia tak tahu yang lelaki ni bangkai biawak hidup. Yang kikis duit perempuan lain dan belanja perempuan lain untuk tunjuk dia berduit. Padahal bangkai biawak hidup.

Kawan aku kenal bangkai biawak hidup ni melalui apps. Engkorang pergilah apps mana pun semua dia ada cari mangsa. Dari situlah perkenalan mereka.

Ayat manis biawak ni memang cair lah semua termasuk kawan aku ni. b0d0h. Fasa pertama kenal adalah dia tu duda anak satu atau duda mati isteri.

Tapi dari kawan aku cerita ni pun aku nak penampaq kawan aku yang b0d0h ni. Biawak tu asyik-asyik burukkan bekas-bekas bini dia.

Semua perempuan jahat dan curang dalam hidup dia. Konon dia lah lelaki lindungan kaabah yang sentiasa diuji Tuhan dengan perempuan-perempuan jahat ni. Eyh.. Aku nak cakap lah.

Lelaki kalau burukkan bekas bini atau mana-mana perempuan pun plis lah jangan percaya. Semua tu tipu!

Kalau kau lelaki yang baik kau tak kan burukkan mana-mana perempuan pun. Kau nak perempuan lain terima kau atas diri kau sendiri bukan minta kesian dengan cerita drama-drama pukul 7 kau tu.

Engkorang perempuan pergi semak background betul-betul lelaki macam ni. Jangan main kesian saja. Tengok dia dengan orang sekeliling dia, family background atau kawan-kawan dia macam mana. Hah! Baru boleh fikir nak percaya ke tak.

Fasa ni cukup manis kawan aku cakap. Dia punya tunjuk mulia tu Ya Allah. Memang tak dapat hidulah. Mesej dan call setiap masa.

Paling best ayat dia kawan aku cakap dia suka perempuan gemuk-gemuk. Padahal semua dia sapu. Gemuk ke kurus ke janji ada l*bang. Dia punya mulia tu kononnya paling romantik lah.

Suami orang pun kalah tau. So, dia punya manis ni sampai lah bawak ke tempat tidur. Rosaklah sekalian kaum hawa yang entah ke berapa dia bawa ke tempat tidur. Kesian. Sedih. Kecewa.

Mudahnya perempuan dengan jantan tak guna macam tu. Tapi aku tak salahkan perempuan.

Perempuan ni semua berduit tau. Cuma nak kasih sayang dan perhatian seorang lelaki. Since bangkai biawak hidup ni kerja dia tak tetap, so banyak lah masa dia untuk call dan mesej setiap waktu perempuan-perempuan dia nak perangkap tu.

Perempuan pulak seronok pagi-pagi ada orang mesej atau call ucap morning bagai, tengahri ada orang tanya dah mkn ke belum, malam pulak ada orang untuk gayut cerita macam-macam hal. Indahkan???? Puihhh.

Fasa seterusnya adalah fasa untuk kikis duit. Perempuan b0d0h mesti akan bagi duit kat bangkai biawak hidup macam ni atas alasan sayang.

Kawan aku punya gila ni cari duit, keja buat OT bagai sebab kononnya bf dia tengah perlukan pertolongan. Ada lah masalah apa entah.

Habislah dalam seribu macam tu untuk bangkai biawak hidup tu. Gila la si perempuan ni cari duit. Dah lah kerja biasa-biasa ja. Tak paham aku. Nak sangat bela jantan tak guna. Lepastu, masuk lah fasa paling sakit. Fasa curang. Waktu tu, masa dengan kau memang tak ada.

Perhatian sebelum ni dapat lesap macam tu saja selepas beberapa lama. Sibuk kerja, tengah mengaji quran, adik beradik datang rumah, kawan-kawan datang rumah, tengah basuh baju, kemas rumah.

Padahal hakikatnya sibuk dok layan perempuan lain di rumah. Jantan ni memang berani tau. Semua perempuan dia bawak balik rumah dia untuk benda terkutuk tu.

Selepas tu, jantan tak guna ni akan tengok kau macam mana. Dia akan mula cerita sikit-sikit pasal dia. Pasal dia playboy. Main sana sini dengan macam-macam jenis perempuan.

Dia nak tengok sejauh mana kau bertahan. Sebenarnya dia cerita macam tu sebab nak kawan aku blah. Dia nak ganti perempuan lain pulak. Tapi kan dari cerita kawan aku ni.

Bangkai biawak hidup ni akan fokus kepada perempuan berduit yang boleh bela dia. Contohnya perempuan kerja kerajaan lah. Yang kerja kerajaan banyak jugak kawan aku cerita. Jururawat, cikgu, warden, kerani dan macam-macam lah.

Selagi belum kantoi dia akan jaga perempuan-perempuan yang boleh bagi duit dekat dia ni elok-elok. Paling seronok kawan aku cakap jantan tak guna ni jenis akan online selalu tau.

Pagi-pagi dengan malam-malam tu memang berpanjangan la online dia. Sebab tengah ayat perempuan.

Tapi dia akan hilang bila ada perempuan datang duduk dengan dia. Maksudnya dia akan online sekejap-sekejap sahaja. Hilang dia tu boleh kepada 12 jam atau 4 ke 5 jam.

Percaya tak jantan macam ni tak online? Sebab nak tunjuk mulia depan perempuan dia tengah jaga tu. Dia tak mahu kantoi.

Melepas la mesin ATM dia. So, kawan aku punya gila ni dia pergi lah cari bangkai biawak hidup tu sebab hilang tiba-tiba.

Elok dia sampai depan rumah bangkai biawak hidup tu dia tengok ada kereta warna merah. Gila! Awal pagi dah ada kereta. Bangkai biawak hidup ni tinggal sorang-sorang tau.

Adik beradik semua tinggal jauh-jauh. Dan orang keliling memang tak masuk campur hal dia sebab dia punya gila tu memang lain kawan aku cakap. Sekali mengamuk terjerit-jerit depan rumah dia. Tak berani mamak sebelah rumah dia nak tegur.

Kawan aku yang b0d0h ni balik-balik menangis. Aku tanya kenapa, dia cakap sebab ada kereta warna merah depan tu. Berwap tu maksudnya memang tidur situlah.

Aku tengok kawan aku tu, aku nak penampaq pun ada.. nak sedih sekali pun ada. Tapi apa guna menangis untuk bangkai biawak hidup macam tu?

Main sana sini macam g1golo. Asal perempuan boleh tanggung dia. Murah punya bangkai biawak. Elok mati lah lelaki macam syaitan ni. Merosak umat manusia. Merosak hubungan sesama manusia.

Nak dijadikan cerita, ada kawan kepada kawan aku ni cod barang kat sekitar kawasan rumah bangkai biawak hidup ni. Kereta yang sama ada. Kawan aku syak itu perempuan.

Dan memang yakin jantan betina dah bersekedudukan di rumah tu. Diorang berani sebab orang sekeliling tak berani dengan perangai gila jantan ni.

Sebab tu lah kawan aku cakap dia pelik kenapa boifren tak guna dia jarang online. Nak call pun payah sebab sibuk mengangkang rupanya deme.

So, kepada perempuan kereta merah. Aku nak selamatkan kau. Kau sendiri kena sedar duk tanggung bangkai biawak hidup macam tu. Makan minum kena tanggung.

Tu belum benda lain lagi dia mintak kau beli dan bayar. Fikir habis-habis. Orang cakap maksiat ni once kau dah masuk memang seronok.

Seronok yang cuma sebentar. Waktu maksiat tu memang nikmat tak ingat dunia la kot. Lupa dosa pahala macam kawan aku yang b0d0h ni. Tapi ingat lah. Lama-lama jangan jadi macam dalam berita tu.

Penjawat awam sampai koma kena belasah dengan suami. Suami pun alahai. Dan kau pun kena la ada maruah jugak.

Jangan jadi jalang sangat sampai duduk rumah jantan tak tahu balik dan tak tahu fikir baik buruk. Tak tahu lah kalau engkorang plan nak kawin percuma kan. Tu aku tak boleh cakap apa la. Kau yang pilih.

Lepas honeymoon kau yang indah-indah dengan bangkai biawak hidup ni, kau menyesal hentak dahi kat dinding pun tak guna tau.

Kau kena pegang yang once dia dah bangkai biawak hidup always bangkai selamanya. Dia tak akan berubah ya sayang. Dengan kawan aku yang b0d0h tu pun dia cakap nak berubah. Last-last kena palau. Kesiannn.

Sebenarnya banyak cerita pasal bangkai biawak hidup ni. Tapi sebab aku takut engkorang boring aku pendekkan cerita saja lah. Senang. Kalau nak tau bangkai biawak hidup ni punya jahat nauzubillah. Kalau engkorang nak tau aku akan sambung part 2.

Tapi pastikan benda ni di share-share supaya sampai kepada matlamat aku nak cerita tu. Aku nak perempuan kereta merah tu sedar dia bukan tengah honeymoon secara haram tapi tengah menuju kepada masa depan yang gelap. Semua orang jahat.

Aku paham. Tapi fikir sikit apa kau buat sekarang ni tak betul. Tu saja pesanan aku.

– Kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *