Bercinta Dengan Lelaki Penghidap Anxiety

Assalamualaikum pembaca. Terima kasih IIUM Confession kalau confessions ini disiarkan. Tujuan confessions ini hanyalah untuk diluahkan untuk diambil pengajaran.

Saya seorang gadis hampir memasuki akhir 20an. Jadi tempoh usia ni,saya niat untuk berkahwin jadi saya ikhtiar untuk berkenalan dengan lelaki di alam maya /dating apps.

(Disclaimer : Saya cuma ada dua tiga kawan lelaki baik sahaja ). Hampir semua apps saya dah cuba dari Baitul Jannah, Tinder, Omi sampai Muszmatch tapi mungkin tak ada jodoh lagi, saya cuba lagi di apps lain.

Sampailah saya kenal dengan seorang lelaki yang berusia tua beberapa tahun dari saya. Pada awalnya lelaki tu memang nampak serius ingin berkenalan. Tak sampai tiga hari chatting, dia ajak berjumpa. saya stuju.

Pada pertemuan pertama kami ada chemistry. Kami hampir berborak sahaja dalam 4 jam lamanye. Personaliti dia tenang dan matang.

Dalam pertemuan pertama dia ada maklum yang dia sakit sebab ‘buatan orang’ tapi saya tak terkejut sebab bagi saya bukan benda baru pada zaman sekarang.

Long story short. Kami berdua jatuh cinta, cuma dia lebih sayangkan saya dan sering perlukan saya untuk beri perhatian sentiasa padanya.

Almost every time saya kena inform apa saya buat dan mana saya pergi, sama juga beliau. Saya dah rasa kurang selesa tapi saya cuba untuk adjust. saya rasa semua berlalu agak pantas tapi we still go with the flow.

Saya mula perasan yang dia menghidap anxiety bilamana saya bercerita mengenai lelaki lain (dalam konotasi biasa), dia akan triggered. Dia tak boleh tidur semalaman, overthinking dan rasa yang saya merendahkan diri dia.

Masa itu, dia dah bagitahu yang dulu dia menghidap anxiety dan pernah ambil ubat tapi dah lama stop.

Setiap kali anxiety saya akan cuba untuk tenangkan dia dengan yakinkan yang saya akan tolong, susah senang.

Hampir setiap dua hari dia akan tanya pendapat saya pasal lelaki. Sama ada saya terima kekurangan dia atau saya akan cari lelaki yang lebih better dari dia di masa hadapan.

Bila sekali dia tanya, saya okey tapi bila dah banyak kali dia persoal sampai merimaskan saya dan timbul salah faham Dan benda itu juga dia counterback balik pada saya dengan alasan ‘kalau tak buat, kenapa nak marah?’

Anehnya, esok hari dia akan okey macam tak ada salah faham. Emosi saya selalu rasa seperti rollers coaster disebabkan dia.

Sejak PKP 3.0, dia terpaksa berhenti kerja dan meniaga di tepi jalan. Satu masa, saya datang melawat di gerai dia dan pada waktu yang sama rakan kongsi dia turut ada.

Saya puji kawan dia sebab pandai buat air. Itu sahaja. Tapi disebabkan itu, dia fikir yang saya pandang rendah dan menghina dia dan suruh saya mencari lelaki seperti kawan dia tu.

Dan masa saya tolong attend customer lelaki yang datang gerai dia, dia akan questioned kenapa saya tengok lelaki tu sampai tak kelip mata.

Dalam fikiran saya masa itu, saya hanya fikir sama ada customer tu datang nak tengok sahaja ke atau nak beli. Tak pasal² saya kena tuduh sebab tertengok lelaki lain sedangkan tujuan saya baik nak mudahkan kerja dia. Hmmm.

Dan pernah terjadi bila seorang customer tag saya untuk promote kan barang niaga dia dan saya repost balik di Instagram. Dan esok hari , dia soal siasat saya siapa lelaki tu… sedangkan saya tak kenal langsung lelaki tu.. dia hanya customer sahaja.

Pada awalnya saya cuba untuk bersangka baik, tapi saya perasan saya sendiri mula jadi overthinking.. takut dimarah secara tiba² atas tanpa sebab.

Untuk dia saya tak boleh tengok, bercakap, berkawan dengan mana² lelaki. Kalau tidak, seperti saya merendahkan diri dia atau cuba untuk curang sedangkan saya tak ada niat langsung pun.

Kemuncak pergaduhan kami, apabila saya niat untuk datang ke gerai dia untuk menghantar makanan. Jadi saya bertanyakan pukul berapa dia akan solat asar.

Kebiasaanya dia akan solat asar, selepas rakan niaga dia datang untuk jagakan gerai. Jadi, saya hanya tanya pukul berapa kawan dia datang.

Dan dia terus triggered sampai tuduh saya sibuk nak tahu pasal kawan dia dan cuba untuk menghina dia. Dia mula syak dengan niat saya. Masatu dah tak nampak smua kebaikan saya buat. Semua dah hilang.

Dah banyak kali dia syak saya yang bukan² untuk benda yang saya tak buat. Saya ikhlas untuk terima kekurangan dia, tapi disebabkan anxiety, insecurity dia sendiri memakan diri dia sehingga menyalah tafsir niat orang lain.

Saya beritahu kepada dia yang saya tak nak explain apa² pada dia sebab pada awalnya dia dah fikir bukan² pada saya. Dia fikir yang saya tak jujur pada dia sedangkan dia tak nampak yang dia ada trust issues dalam relationship yang toksikkan lagi.

Disebabkan dia pernah ditinggalkan kekasih lama waktu dia susah , dia mula ada trust issues dan impaknya pada pasangan baru iaitu saya. Bila saya bagitahu, dia tak mengaku. Dia kata saya yang tak jujur. Allahu.

Tak sampai berapa bulan kami kenal dan Alhamdulillah, Allah tunjukkan saya bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk saya. Mungkin untuk dia , saya tak jujur atau sama macam perempuan lain.

Tapi saya dah tak kisah sebab yang penting saya bebas dari hubungan toksik yang boleh parah. Saya cuma berharap dia pergi berubat dan berjumpa dengan pakar psikologi.

Saya hanya manusia biasa, ada masa saya cuba belajar cara untuk berdepan dengan pasangan yang mnghidap anxiety tapi saya tak kuat dan saya bukan pakar.

Kalau pada awal perhubungan anda dah rasa toksik dan pasangan anda sendiri nasihatkan untuk mencari yang lebih baik, trust them. Jangan bila dah ternganga baru nak terduduk. Dan Alhamdulillah saya sedar benda tu.

– Insan bahagia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *