PF Kontrak

Rasanya ramai dah yang buat confession mengenai contract pharmacist ni, walaupun mungkin tak sebanyak dan seramai MO kontrak.

Tapi “pharmacist” lebih terkesan sebab tak dapat yearly extension macam MO. Tapi aku bukan nak confess mengenai system sebab hakikatnya macam memang tak ada jalan penyelesaian yang “win-win”.

Sistem “tetap dan tidak berpencen” macam okay jugak, tapi , macam tiada penerimaan di pihak atas. Jadi kat sini aku cuma nak bercerita tentang “struggle” sebagai seorang PF Kontrak.

1. Kena buli dengan PF Tetap

– Yang ni tak payah cakap la. PRP dengan FRP kontrak termengah – mengah jaga kaunter, dengan face shield dan double mask dari 8 pagi sampai 5 petang sedangkan PF Tetap “sibuk buat report” dalam bilik diorang (hakikatnya tengok movie dekat laptop)

– Kalau ada buat salah, habis kena maki, kena hina bukan dengan YM ja tapi sekali dengan PPF tumpang maki.

Almaklumlah PF kontrak kan lepas habis kontrak kena buang dan tak akan pernah naik ke 44/48/52 jadi kalau yang gred macam ni buat salah teruk tahap apa pun semua gelak – gelak, sengih – sengih ja

2. Kena buli dengan PPF Tetap

– Tak semua PPF macam ni, tapi kebetulan tempat yang aku pergi tu PPF nya ramai yang “super senior” dan dah ada geng mengumpat diorang so memang masak lah kena bambu.

– Ayat yang aku paling tak boleh lupa, hari ketiga aku start attach dekat opd dan aku cari ubat tak jumpa dan sorang akak PPF tu cakap,

“Kau ni kenapa? Cari ubat pun tak jumpa. Kau belajar apa kat universiti dulu keluar – keluar terus 41. Eh kau turunlah dari kerusi kau tu bagi aku yang duduk”.

Ya kak, betul lah tu, memang dalam silibus universiti kitorang dulu ada ajar susunan ubat dekat hospital ni. *sighh…

3. Selalu jadi target waktu konfrontasi

– Bila PF yang atas – atas, YM terutamanya keluarkan peraturan baru dan PPF tak setuju biasanya diorang tak akan cakap depan PF Tetap

– Diorang akan tunggu tinggal PF kontrak ja tinggal dalam bilik tu baru lah start attack sambil perli – perli PF Kontrak sebab nak perli PF Tetap tak berani.

– Aku tak boleh lupa sebab diorang cakap tu tak sampai 30 minit lepas bergelak – gelak dengan PF Tetap (nampak tak tahap bermuka – mukanya). Antara isu yang selalu dibangkitkan ialah Elaun Kritikal PF dan sepatutnya PF saja kena buat oncall

4. Tiada kursus atau sebarang program peningkatan kerjaya

– Tak ada kursus wehh. KPF dengan PF Kesihatan cuma akan hantar PF Kontrak pergi kursus kalau PF Tetap lain tak nak pergi atau ada kerja lain

– Boleh bayangkan tak kerja 3 tahun dan korang tak dibenarkan pegang apa – apa portfolio kecuali SPUB dan tak dihantar ke mana – mana kursus

– Markah CPD pun pandai – pandai la enroll sendiri luar waktu kerja

Banyak lagi nak tulis ni, tengok lah nanti bila ada masa.

– PentHouse3 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *