Buli Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Assalamualaikum semua. Saya tak tahu garis guideline dekat IIUM Confession, harap maaf dan berharap sangat boleh disiarkan untuk ibu bapa diluar sana.

Saya seorang ibu kepada seorang anak kecil yang baru berusia 4 tahun, saya gelarkan Melor sahaja disini ye.

Saya terus masuk ke isu utama, ibu bapa tolong tegur anak anda, kecil- kecil lagi sudah mencarut ke kanak- kanak lain dan orang dewasa tanpa rasa kisah dan malu.

Buli kanak- kanak yang lebih kecil dari usia, ini ke generasi yang kita harapkan pada masa hadapan.

Anak kecil saya dua kali dibuli oleh kanak- kanak yang bersekolah rendah.

Kali pertama ditamparnya muka anak saya, ketika di taman permainan awam pada penghujung tahun lepas.

Padahal anak saya duduk diam seorang diri dihujung taman tanpa mengangu kanak- kanak lain bermain,

Kerana fikir tiada ibu bapa berhampiran anak kecil itu, jadi suka hati boleh buat apa sahaja ke orang lain, sedangkan saya ada duduk jauh sedikit dari Melor untuk memberi ruang kepada Melor belajar bersosial,

Apa saya dapat lihat tamparan hinggap di muka Melor, perasaan saya sangat marah kerana tiada sebab untuk kanak – kanak tersebut berbuat demikian.

Saya bertanya kepada kanak- kanak tersebut kenapa kamu menapar muka anak mak cik, dan kanak- kanak tersebut mula meminta maaf kepada Melor.

Tadi kisah pertama dan ini kisah kedua.

Kali kedua pula dibuli secara mental oleh kanak- kanak darjah satu yang baru berusia tujuh tahun.

Apa yang dilakukannya kepada Melor, membuat ugutan, main permainan budak 4 tahun dan baling-baling sahaja permainan Melor sesuka hati,

Masuk ke rumah kami, buang sampah merata-rata di rumah kami sedangkan rumahnya bukan main bersih lagi

Sebelum ini, dengar lah juga ibunya menegur tetapi kini dibiarkan tanpa menghalang.

Mula saya dan suami ada tegur- tegur gitu sahaja, sebab anak orang dan jiran pula malas nak berbunyi banyak sangat.

Bila dibiarkan makin lama makin naik lemak sehingga saya sabagai ibu hilang kesabaran terus saya tegur, anak jiran itu dengan nada yang tinggi (salah saya disini), tetapi kalau saya biarkan benda ini akan terus terjadi pada anak saya

Saya faham cara pembesaran anak jiran tu, ditengking oleh ibunya, cakap kasar- kasar dengan anak. Itu bukan lesen untuk membuli kanak-kanak yang lagi lemah.

Jadi saya dan suami berbincang untuk tidak membenarkan Melor berkawan dengan anak jiran.

Cerita yang ketiga pula kisah mencarut oleh kanak – kanak yang baru berusia 3 tahun.

Alkisah ketika saya, suami dan Melor tengah bermain di taman permainan awam,

Tiba-tiba lalu satu family ini naik motor, dan anaknya nampak kami terus dicakapnya 3 ekor b4bi main taman sambil menyanyi , terpana saya dan suami mendengarnya.

Ibubapanya dengar dan senyum sahaja, tanpa tegur anak itu kecil yang percakapannya itu salah dan tak baik.

Pada ibu bapa diluar sana tolong jaga dan tolong tegur anak anda sendiri. Orang luar ni kalau boleh tak nak pun tegur anak anda, suka ke tengok anak kita kena tegur dengan orang lain??

Suka ke orang pandang serong kepada anak kita?

Anak ni cerminan ibu bapa, bagaimana ibu bapa dirumah sebegitu juga anak kita bila di luar.

Pada bakal ibubapa pula, join kelas parenting, kalau tak mampu bayar, join yang percuma.

– Mak Melor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *