Menantu Yang Mengambil Kesempatan

Assalamualaikum. Hi semua. Saya menulis di sini kerana tidak tahu kemana ingin diluahkan. Perkara ni selalu menganggu fikiran.

Kalian mesti pernah dengar bertuah menantu yang dapat mentua & keluarga mentua yang baik serta menerima seadanya kan? Tapi kalau mentua & keluarga baik, menantu pula ambil kesempatan bagaimana?

Kisahnya begini…

Abang yang paling rapat dengan saya berkahwin dan telah masuk setahun lebih usia perkahwinan. Seawal perkahwinan sehinggalah sekarang nampak perubahan drastik pada family saya.

Sebelum ini hubungan saya dengan mak ayah, dgn adik beradik sangat rapat, bergurau senda, makan bersama, berborak bermacam topik.

Sejak kehadiran menantu baru semuanya berubah. Mak ayah berlebihan perhatian pada dia. Tiap kali menantu baru datang ke rumah mak ayah cedukkan nasi & lauk sedangkan saya ada berdekatan mak ayah tak pernah nak cedukkan atau suakan makanan.

Perkara-perkara kecil yang boleh dibuat sendiri olehnya sengaja susahkan mak ayah saya untuk menolongnya.

Mak ayah turutkan kerana mereka kasihan dengan menantu baru mereka yang tidak pernah ada kasih sayang ibunya sejak kecil.

Part kemas, cuci pinggan mangkuk urusan rumah saya yang buat, sampaikan pinggan dia pun saya cucikan. Dia datang borak-borak dengan mak ayah kejap then masuk melepak dalam bilik bertiktok untuk promot business dia.

Selalu juga dia request mak ayah masakkan pelbagai makanan yang dia teringin nak makan, mak ayah turutkan saja siap berhidang perlu pula panggil dia untuk keluar makan.

Saya bukannya apa, kami sebagai anak pun tidak meminta itu ini kecuali mak ayah yang nak masak kerana kasihankan mak ayah dah lanjut usia yang sepatutnya hanya duduk berehat.

Jujurnya, sepanjang setahun lebih abang saya berkahwin, kakak ipar saya ini tidak pernah langsung dia bersama untuk membantu apa yang patut di rumah.

Berkenaan abang saya pula, memang sangat berubah kelakuannya. Abang melayan isterinya bagai menatang minyak yang penuh, ke mana sahaja diturutkan walaupun tempat yang diminta sangat jauh & memenatkan badannya.

Kerja seperti menyiang ikan, kerja2 rumah semuanya abang saya yang dibuat. Apa yang diperhatikan dia hanya menghadap handphonenya sepanjang hari.

Abang yang sangat rapat dengan saya, kini tidak lagi seperti dulu. Setiap kali nak berborak dengan abang, pastinya waktu itu isterinya akan menarik abang saya, menyuruhnya membuat itu & ini sehingga tiada ruang langsung untuk saya berbual.

Abang saya berubah sangat ketara, langsung tiada kemesraan & tiada lagi bergurau dengan saya. Kadangkala saya akan mendapat perlian & abang saya buat saya seperti tidak wujud.

Saya sangat terasa hati dengan perbuatannya, entah apa yang dibrain wash pada abang saya sehinggakan abang saya bersikap dingin seperti itu.

Saya perhatikan dia macam try hard cuba tarik attention semua orang. Waktu kami luang masa berkumpul berborak bersama keluarga, mulalah dia panggil abang atau mak ayah tolong dia buat itu ini. Bukan sekali dua tapi berkali-kali.

Apa yang lebih buruk ialah abang & mak ayah saya mula membandingkan saya dengan menantu baru tersebut yang membuatkan saya terkilan sedangkan saya yang membantu di rumah tidak pernah dihargai.

Saya agak kecil hati & apabila mereka datang ke rumah saya terasa ingin membawa diri jauh-jauh.

Jika ada sebarang cadangan untuk mengatasi masalah ini, bolehlah kalian letakkan di ruangan komen. Saya sangat memerlukan nasihat supaya keluarga saya akan rapat semula seperti sebelum ini.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *