Untuk part I, (https://iiumc.com/mulut-capoi-histeria/).
Sebelum bermula. Aku cuma nak bagitau. Kes histeria ni berlaku dekat negeri sebelah Utara. Negeri mana dirahsiakan. Atas faktor jaga nama baik sekolah tu.
Kalau cerita dari orang yang sampai jadi macam harimau. Nak terjun bangunan. Pusing pusing padang sekolah. Menari nari semua tu.
Aku taktahu apa yang diorang alami. Sedar atau tak sedar. Aku taknak ambik port. Sebab aku dengar pun dari mulut ke mulut. Takut yang didengar tidak tepat dan jatuh fitnah.
Dan maaf kalau jalan cerita tak capai expectation korang. Aku cuba tak terlalu detail. And cerita ini tidak terlalu seram cuma hanya pengalaman aku saja. Ok ambik mood gais.
Sambungan….
Sampai sahaja dirumah. Sah memang betul. Aku dapat rasa “dia” masih ada. Sebab masa mula aku masuk. Mata aku meliar dalam rumah. (secara automatik). Dekat ruang tamu aku. Ada frame ayat qursi. Nama Allah dan Nabi Muhammad SAW.
Yang aku masih ingat. Terdetik waktu tu aku teringat frame ayat qursi aku nak toleh sebab nak baca. Disebabkan aku tak hafal pun. Tapi takboleh tengok. Kira aku pandang tu macam sekilas saja. Takktahu sebab apa.
Tapi alhamdulillah ada hikmah. Sejak hari tu. Memang aku hafal ayat qursi. Segala doa keluar rumah. Doa naik kenderaan. Doa tidur. Doa waktu hujan. Semua aku hafal dan baca sampai harini. Baru kau tauu takutt Saloma oiii!!
Dah alang alang cerita pasal ayat qursi ni. Aku teringat waktu dalam dewan. Masa keadaan huru hara tu. Cikgu suruh member aku si Tijah ni baca ayat qursi dekat telinga aku. Ala si Tijah yang menangiss tak sangga tu. Dia pun datang dekat ke telinga aku.
Mula baca “Allahu laa ilaha illa Huwa Al-Hayyul-Qayyum……” Makin lama makin hilang ayat tuu. Yang aku dengar suara dia nangis tesedu sedu. Aku syak dia pun tak hafal macam aku. HAHAHAHA. Sorry Tijah! Tapi aku tau sekarang mesti hang dah hafal and tau dah. Ok focus!
Mak saudaraku (Seroja) memberi ku minum air yassin. Walaupun masa tu, aku rasa mulut agak berat untuk minum. Aku minum sedikit. Seroja memberitahu ku untuk pergi ke rumah tok aku. Selang beberapa ruma sahaja dari rumahku.
Disebabkan rumah aku sunyi. Hanya tinggal kakak sulong aku. Ibu ayah bekerja. Tiba tiba terasa ada yang bermain di kaki lagi. Ya. Dia datang lagi…. Badan aku yang tadi berasa ringan mula berat kembali. Aku cuba bangun berjalan untuk ke rumah tok aku.
Berusaha buka mulut bagitahu kakakku untuk ke rumah tok. Dan keluar rumah. Kaki ku jadi berat. Tapi aku lupa laaa waktu ni aku pakai kasut atau berkaki ayam sahaja.
Ketika berjalan. Adakala aku berhenti. Adakala aku sedikit seret kaki aku. Padahal. Rumah tok tidak jauh pun. Tetapi perjalanan tu jadi lama. Itu apa yang aku rasa.
Kenapa kakak aku tak teman? Aku rasa waktu tu dia dalam toilet. Ahhh! Ingat ingat lupa dah. Yang pasti waktu tu aku memang jalan sorang.
Sampai sahaja di depan rumah tok aku. Tepat di depan pintu. Tiba tiba…. Mata aku merenung tajam ke dalam rumah. Seroja memanggil aku masuk. Ok dipendekkan cerita.
Mereka menyuruh aku minum air yassin. Tapi aku tutup mulut rapat. Mulut aku terasa berat. Padahal dalam diri aku. Aku nak minum air tu. Tapi aku hanya diam membatu. Riak wajah kosong.
Tiada reaksi apa apa. Ko bayang ehhh. Aku tengah dengar saudara saudara aku menyembang. Cerita tu memang lawak. Aku gelak. Ya gelak dalam dunia aku sahaja. Luaran. Hanya termenung. (sembang untuk hidupkan suasana. Untuk pastikan aku Ok!)
Itu dari sudut luaran. Tapi jika dalaman aku. Aku tengah lawan perasaan takut dan confuse. Takut sebab dapat rasa ada sesuatu dibelakang aku atau di atas bahu aku. Lembaga hitam besarrrr. Mata ni suka saja merenung orang sekeliling.
Kadang cuba kuat nak lawan. Nak alih pandangan ke tempat lain. Tapi tak mampu. Tapi bila dah boleh alih tempat lain. Aku jadi termenung pula. Aku ingat lagi. Aku merenung ke luar rumah. Tapi taktahu apa yang aku pandang.
Apa yang aku boleh rasa. “benda itu” seperti semakin dekat. Semakin jauh. Dia dekat. Dia jauh. Nak sebut nama Allah dalam hati pun macam nak taknak. Kadang terasa bermain di kaki. Naik kemudian turun.
Disebabkan ada kejadian. Aku buka jam tangan yang aku pakai. Aku lempar jam tu. Jadi Seroja berbincang dengan ahli keluarga yang lain. Untuk bawa ku berjumpa ustaz. (ini apa yang diceritakan pada aku)
Actually. Kejadian buka jam tu. Disebabkan rasa sakit di pergelangan tangan. Akibat meronta ronta di sekolah tadi. Aku faham niat Si Tijah ni. Nak tolong aku. Tapi dipegangnya kuat sangat. Jadi besi jam tu temakan isi kulit sikit. Faham tak? Menyebabkan sakit dan rasa marah sebenarnya.
So korang. Kalau nampak orang kena rasuk ke. Kalau boleh janganlah picit jari kaki si orang tu. Tuan empunya badan tu yang sakit. Bukan “benda” tu. Tapi kalau ada kes memang benda tu yang sakit taktahula.
Jadi niat aku hanya nak letak jam tu disebelah aku sahaja. Tapi tiba tiba sahaja tangan aku jadi berat. Menyebabkan nampak aku seperti melempar. Waktu tu pun aku dah pelik. Why?
Situasi diri aku ni susah sikit. Cuba bayang. Aku duduk dalam keadaan keliru. Benda ni ada dengan aku ke. Ada dalam badan ke. Tapi kenapa aku sedar. Aku mampu berfikir. Tapi badan semakin berat. Jantung berdebar. Muka terasa haba panas.
Pandangan mata aku berkaca. Kabur macam kita baru habis nangis. Aku cuma fikir sebab menangis dekat sekolah tu je.
Sebab terlalu takut. Aku cuma fikir. Nak berlari masuk dalam masjid. Sebab rasa tempat tu yang selamat. Rumah tok aku betul betul belakang masjid. . Nak cerita dekat orang. Mulut berat. Badan berat.
Sampailah Seroja bagitahu aku. Nak bawa keluar. Dalam diri aku. Aku tau. Diorang nak bawa aku pergi berubat. Tapi ada perasaan. Tapi tu bukan perasaan aku. Perasaan yang takut. Rasa nak lari keluar. Suara yang berulang ulang. Suruh aku lari. “lari lari lari”. Tapi aku tak ikutkan pun.
Kakakku memapah aku. Menyuruh aku pakai kasut. Badan aku kaku. Menyuruh lagi pakai. Luaran aku. Aku marah takmahu pakai. Mak saudara aku yang lain cakap tak apa. Tak payah pakai. Dalaman aku. Aku nak pakai. Tapi kaki berat nak begerak.
Nak melangkah dalam kereta pun tak mahu. Bediri diam. Sampai lah diorang tolong angkatkan kaki.
Aku duduk di bahagian belakang diapik oleh kakak aku dan ibu saudaraku (Kuntum). Di bahagian depan 2 orang ibu saudara aku (Seroja) dan (Melati).
Di dalam kereta. Ibu saudara aku cuba bersembang sesama mereka. Aku fikir mungkin nak pecahkan kesunyian. Tapi waktu itu, tidak tahu kenapa. Aku rasa amat marah. Kerana suasana yang bising. Dengar orang bersembang. Seperti ingin menjerit.
Sampai saja di persimpangan 4. Lampu isyarat merah. Kereta pun berhenti. Aku mula dengar bisikan. Seperti bisikan kata hati sahaja. “nak balik nak balik nak balik”.
Aku pun dengan tiba tiba boleh buka mulut cakap “nak balik”. Mak saudara aku pun “Haaa ni nak hantar balik laa ni”. Masing masing dah cuak. Aku pun cuak. Nak balik mana? Emmmmm. Balik rumah ke balik sekolah.
Korang tahu tak. Perjalanan ke rumah ustaz hanya perlu terusssss ke hadapan. Tetapi untuk ke sekolah aku perlu belok ke kanan. Dan simpang empat tu dekat dengan sekolah aku.
Sampai sahaja di kawasan perumahan ustaz ni. Ustaz ni tinggal di flat. Kami turun dulu dari kereta. Melati cari parking kereta yang kosong. Berjalanlah aku dengan badan rasa berat tu.
Ada lagi suara datang “lari lari lari”. Aku waktu tu memang berasa nak lari dah. Nasiblah kakakku dan Kuntum pegang erat aku. Tapi aku cuba lawan perasaan tu. Aku tau aku nak jumpa ustaz ni. Kena lawan sikit.
Lif lambat. Ehhh ke lif rosak. Aku pun dah lupa. So kena naik tangga. Semasa nak berjalan naik. Melati pun datang. Sambil tanya kenapa naik tangga bla bla blaa. Secara tiba tiba mata aku merenung tajam ke arah Melati.
Melati dengan muka cuak “Weiiii… Awat dia dok tengok tengok aku pulak”. Melati ni karakter dia jenis sempoi sempoi. Kalut kalut gitu. Serba tak kena jadinya
Sampai sahaja dirumah ustaz… Haa sudah!!
Bersambung. (PART TERAKHIR)
– Saloma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit