“Hai Anak”

Assalamualaikum semua, saya bahasakan diri saya sebagai ‘Ibu’.

Sambil dengar lagu ‘Hai Anak’ by Halim Ahmad, sebak rasa dihati. Alhamdulillah la ni ibu dah dikurniakan seorang puteri, penyejuk mata permata hati ibu dan ayah.

Buat TTCian, ibu juga TTC sebelum ni. Walaupun orang kata tidak lama setahun setengah perkahwinan dibandingkan dengan 8 tahun 10 tahun dan sebagainya. Tetap berasa dan tahu bagaimana perasaan TTCian.

TTC dari awal perkahwinan. Berlawan dengan hati dan emosi sendiri. Boleh ke aku hamil? Dapat ke pregnant? Allah bagi tak aku rezeki anak?

Berlawan emosi dan hati dari sebelum kahwin kerana ada adik-beradik yang sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan rezeki anak.

Siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki yang Allah berikan pada setiap makhluk. Namun tetap saja ada makhluk yang memang tidak faham dan sering mempersoalkannya.

Sehingga kini, bila bicara soal anak, ibu terbayangkan insan-insan yang menyibukkan diri, untuk menyoalkan rezeki anak kepada ibu.

Sungguh, penantian itu manis, tapi tidak dinafikan ia juga manyakitkan.

Tidak terkira air mata yang dititiskan tiap kali datang bulan tiba, tiap kali disoalkan insan tentang bila mahu timang zuriat, tiap kali kunjung ke rumah keluarga mertua, tiap kali lihat anak orang lain, tiap kali keluarga besar akan berkumpul.

Ibu juga rasa, semua itu. Sampaikan ibu mengelak setiap kali perjumpaan keluarga diadakan.

Seawal 6 bulan perkahwinan, ibu dah ajak ayah pergi laksanakan ujian kesuburan. Dua kali percubaan dengan ubat subur, tidak berhasil.

Jadi ibu decide untuk stop dan cuba secara semulajadi, dek kekangan masa dan wang. Perasaan risau dan sedih tu membuak-buak.

Ibu bekerja di sektor kerajaan di mana merupakan bidang sosial. Rakan-rakan tak lekang mulut bicara soal anak masing-masing. Tiap hari.

Pengalaman bersalin ibu tak tahu berapa kali nak diceritakan. Kasihanilah kami ni, yang belum pernah merasai nikmat-nikmat itu. Hati ini sedih dan sayu pada ketika itu.

Tidak dilupakan, rakan yang belum menimang zuriat untuk 10 tahun mengajakku untuk makan ubat yang dia nak beli. Dalam hati terdetik, kenapa aku pun bakal tak dapat zuriat makan kau ke?

Keluarga mertua yang sering memberi tips apa yang perlu makan dan elak makan. Semua bikin ibu stress.

Daripada seronok nak bercuti di kampung mertua, rasa sedih dan malas tiap kali nak balik. Meskipun tak terungkap bila nak dapat baby dari mulutnya, ibu faham, semua menantikan cucu.

Sabarlah duhai hati. Suatu hari Allah akan bagi pada masa yang tepat. Ya. Ibu tahu. Ayat tu semua tahu. Tapi yang tidak merasai, yang sering bertanya, tidak tahu.

Sibuk kongsikan tips ketika tidak ibu tanya. Sibuk bertanya bila waktu last period. Sibuk bertanya ada amal ubat tak. Semua tu mereka yang tidak merasai perasaan penantian itu.

Nak dikatakan tidak cukup ilmu, tidak belajar tinggi, semua tu bohong. Yang bertanyakan ku, semuanya mengaji tinggi. Jurusan agama pun ada.

Jadi pokok pangkalnya, bukan mengaji tinggi tak tinggi masalahnya. Common sense takde. Itu masalahnya.

Alhamdulillah betullah Allah akan bagi pada masa yang tepat. Masa yang tepat bagi kami adalah setelah suami ibu dikurniakan pekerjaan yang stabil. Ibu positif setelah itu.

Kami berdua amal diet atkins. Rezeki Allah beri itu mungkin sebagai asbab Alhamdulillah.

Syukur dikurniakan suami yang tidak pernah mempersoalkan, setia mendengar dan bekerjasama dalam soal ni. Kami berurut, kami jumpa doktor, dan sebagainya. Kami ikhtiar dan usaha sepanjang setahun setengah itu.

In shaa Allah, ibu doakan semua yang menanti juga satu hari nanti akan terasa manisnya penantian setelah pahit itu. In shaa Allah. Aminnn Ya Rabb.

– Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *