MySejahtera & V4ksin

Hai semua. Aku tulis ni bukan nak bagi korang geram, dendam, nak marah atau hina ke apa. Aku bagi tahu situasi sebenar.

Jadinya kalau korang tak sanggup nak baca confession aku yang panjang ni, korang ‘skroll’ saja sampai yang agak2 dekat bawah ada nombor2 tu dan ikut step tu.

Kalau tak nak baca confession aku ni pun tak apa. Aku cuma nak kongsi maklumat saja sebab penatlah nak replies komen orang satu2 yang tanya soalan dan luahkan masalah. Jadinya sebab tu aku pilih untuk tulis confession tentang ni kali ni.

Kali ni kan kerap pula JKJAV, kementerian kesihatan dan yang lainnya tu update post berkaitan vaksin dan ramailah orang yang masuk komen.

Jadinya aku tertarik untuk tulis di sini sebab di confession ni ramai juga pembaca jadinya nanti senanglah korang nak copypaste atau share confession aku ni. Kalau tak nak pun tak apa.

Dah ramai sangat yang mengadu lambat dapat vaksinkan walaupun dah daftar dari awal bulan februari dulu?

Korang tahu tak kebanyakkan yang daftar bulan februari tu maklumat korang dah tak ada dalam sistem sebab hampir kebanyakkannya data dah hilang?

Jadinya kalau tunggu punya tunggu pun tetaplah tak dipanggil. Hari2 check pun tak akan dapat tarikh. Yang dapat walaupun daftar awal tu nasiblah kan macam mak ayah aku tu tapi korang ni yang agak tak bernasib baik ni, sampai bila nak tunggu?

Lepastu jangan salahkan orang yang baru daftar bulan may/ june dapat dulu. Yang baru daftar tu tak bersalah pun.

Yang masalahnya ialah data korang dah hilang jadinya jangan cemburu dengan orang yang baru daftar. Mereka tak mencantas, memotong line, atau mencuri slot korang pun. Mereka hanya ikut landasan mereka semata2.

Jadinya sudah2lah tu mengeluh dan menyalahkan pada orang yang daftar lambat. Mereka tak salah.

Diorang tak check setiap orang pun. Diorang tak check pun nama sesiapa yang tergelincir. Kalau data korang hilang, diorang anggap korang tak daftar saja lah. Jadinya korang yang kena berubah dari asyik menunggu dan tertunggu-tunggu.

Apa yang korang patut buat ialah mula2 check dulu nama (masukkan IC/ no phone) di website dia.

Kalau data korang ada, nama akan keluar dan dia akan tulis sedang diproses (walaupun lambat, korang tunggu saja dan rajin2lah check, update kesihatan/ tempat tinggal tu selalu sebab korang tetap akan dapat juga walaupun lambat jadi jangan risau).

Kalau data korang tak ada langsung dan dia kata nama tiada dalam sistem maknanya data korang memang tiada. Jadinya sila daftar baru di website dia dan rajinkan diri untuk hari2 check di website sampai nama korang keluar bila check tu.

Kalau tak keluar juga, korang kena masuk mysejahtera, pergi ke helpdesk untuk report masalah tu. Dalam 5 hari dia akan balas dekat email yang kata account diaktifkan/ data didaftarkan macam tulah.

Bila dia dah email tu, cuba check balik di website, nama dah ada ke belum. Bila nama dah keluar tu dan dia tulis sedang diproses maka rajin2kan diri untuk selalu update kesihatan/alamat di mysejahtera.

Aku tulis ni dengan beranggapan seolah2 umur korang ni 18-30an lah. Jadinya kalau korang nak sebarkan ayat aku ni pada orang yang lebih tua, silalah ubah supaya nampak lagi mudah difahamai selaras dengan umur. Jadi aku akan tulis recap di bawah ni.

Apa yang kena buat:

1) Semak nama di website. Kalau nama ada – selalu update kesihatan/ alamat di mysejahtera.

2) Semak nama di website. Kalau nama tiada – daftar baru, selalu semak di website dan tunggu.

Selepas beberapa hari – report di helpdesk mysejahtera dan tunggu dapat email. Selepas beberapa hari semak nama semula di website.

3) Yang ketiga pula ialah general. Selalu semak nama di website. Selalu report di helpdesk. Selalu check email.

Selalu update kesihatan/ alamat. Selalu update simptom harian sekurang2nya seminggu ke 2 minggu sekali. Sesekali update mysejahtera di playstore/appstore.

4) Yang keempat pula. Kalau tiada phone, tolong masing2 diantara keluarga ambil berat dan daftarkan sebagai dependent di mysejahtera lepastu ikut 1,2 dan 3 step tadi.

Ataupun daftarkan diri atau sesiapa tolong daftarkan mereka di klinik2 kesihatan yang terdekat. Jika terlebih mampu, sila ambil vaksin di klinik/hospital swasta.

Sebenarnya semua orang diberikan vaksin memang ikut siapa yang daftar dulu, ikut umur, ikut taraf kesihatan, ikut tempat tinggal dan ikut ‘Nombor 3’ yang aku tulis tadi. Jadinya kalau semua tu lengkap automatik dapat vaksin, jangan risau.

Aku tulis ni berdasarkan pemerhatian di sekeliling aku macam mak ayah, saudara mara dan jiran2. Mereka semua berumur 50an keatas. Kami tinggal di Lembah Klang dan saudara mara aku, ada yang tinggal di kampung pun dah dapat vaksin.

Aku yang umur 20an ni memang belum dapat lagi jadi korang jangan panas sangat hati kata semua orang yang baru daftar dengan umur muda dapat dulu. Tidak ya. Bukan semua.

– – (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *