Rusuk Yang Hampir Patah

Assalamualaikum buat pembaca semua. Menulis di sini dapat memberi kelegaan di hati saya. Tajuk pun tak agak-agak. Hehehe.

Saya adalah pendosa. Berdosa besar tidak menghargai suami yang selama ini sangat baik.

Rasa selesa kerana dia tidak pernah marah. Sabar dengan karenah peel isteri yang tidak bersyukur dengan kebaikkan suami.

Dulu aku sering mengabaikan solat. Puasa tak habis ganti. Berpakaian tidak mengikut syarak. Asal tutup sudahlah. Rupanya suami ku makan hati dengan sikap sosial ku dulu dan panas baran.

Kini, alhamdulillah. Aku tak berani tinggal kan solat, berusaha puasa sunat, mencari pahala dan kebaikkan untuk aku ganti semula buat suami, mak dan abah.

Di usia 40an ni bila terbaca kisah di mana usia 40 an akan bermulalah satu perjalanan yang menentukan kita dimana. Dimana pengakhiran kita esok?

Hanya Socmed sahaja sahaja rujukan aku kini. Syukur masih ada kawan yang masih beri nasihat. Betulkan aku jika salah.

Setahun sebelum penghijrahan aku, suami dah mula berubah. Bersukan. Sukan yang mahal. Mula-mula dengan lelaki. Lama-lama dengan perempuan.

Sudah mula mengabaikan solat. Sudah pandai menipu. Sudah pandai sorok handphone. Bawa telefon ke tandas. Marah-marah anak. Gaya hidup tidak lagi ke arah yang di inginkan.

Mula-mula dulu rajin dia ingatkan aku jangan tinggal solat. “Berat abang esok nak bawa dosa awak.”

PKP kali ni betul-betul menguji kami. Hati dia resah tak dapat bersukan dengan kawan baik perempuannya ni. Katanya dia tak dapat lepaskan perempuan ni kerana ni lah kawan baik dia.

Hidup dia terlalu berpura-pura. Tak seronok duduk rumah. Panas. Anak-anak bising tak boleh meeting lah. Tak boleh siap kerja. Balik kerja marah-marah sahaja.

Setiap kali dugaan datang, aku akan membaca. Mencari solusi apa yang aku boleh tingkatkan nilai aku sebagai isteri.

Aku pejamkan mata, pekakkan telinga. Aku beri layanan yang terbaik setiap hari mengikut checklist.

Aku agak teliti dalam setiap satu pekerjaan. Segala doa yang lalu (yang wajar dan dirujuk kesahihannya) IG, FB akan aku screenshot dan amalkan.

Kususun doa dengan teliti agar tidak tertinggal. Harap dengan usaha kecil ini suami akan berubah.

Kesilapannya, bila aku sering menginginkan suami seperti yang boleh menjadi Imam dalam sekelip mata.

Bila rakan-rakan kongsi gambar solat bersama. Timbul di hati. Di mana kah Imam ku? Sedih tapi itulah hakikat. Hidayah itu milik Allah.

Dan ini adalah sebahagian kecil dugaan yang Allah beri kan. Sebelum aku inginkan dia berubah, berilah aku kekuatan untuk berubah, Ya Allah. Aku rawat hati sendiri. Cuba berfikiran positif.

Boleh dikatakan setiap masa ada rasa was-was. Berfikiran buruk terhadap suami.

Berat kepala setiap kali duduk depan tv, tengah memandu, meeting pun masih terbayangkan suami dan perbuatannya dan jawapan-jawapan nya seolah-olah istidraj kah dia ni?

Tak boleh bezakah halal dan haram kini? “Orang kafir pun boleh bahagia jugak rumahtangga walaupun tak solat.” Itu jawapan kalau aku nasihatkan setiap kali.

Hati ini sangat sedih. Berjurai air mata ku setiap kali di waktu solat. Menyesali perbuatan yang lalu. Aku berdosa. Aku terima bahagian ku ini Ya Allah jika ini balasan atas sikap ku dahulu.

Anak-anak masih tak mengerti mengapa ibu menangis setiap kali solat dan setiap kali masuk tidur jika dia tiada.

Aku dulu yang punya sikap clingy kini jadi terlalu berdikari. Aku belum lagi mengalah.

Aku masih mengharap kasih sayang Allah dimana satu hari doa aku akan dimakbulkan dan aku akan meraikan kebahagian itu bersama dia.

Biar di hujung usia kami sama-sama mencari ilmu dan redha Allah. Biarlah dia menjadi sahabat yang membimbing ku di dunia dan akhirat. Aku akan terus berusaha.

Walaupun aku terpaksa redha dengan perbuatannya. Aku percaya masih ada peluang yang ada. Berfikiran positif dan Allah akan meninggikan darjat ku.

Aku takut jika kesabaran ku ini menipis. Aku kembali menjadi yang dulu. Ada je masa yang aku lalai. Masih belum sempurna langkahku.

Doakan aku diberikan kesabaran wahai sahabat-sahabat syurga ku. Doakan aku istiqamah dalam solat, tutur kata dan amalku. Aamiin.

– Aria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *