Ibu-Ibu Semua Okay Tak?

Hai semua, now dah few months kita semua kena kurung, anak tak pergi sekolah, ibu bekerja kena kerja dari rumah, taska tutup, house chores nak tak nak kena jalan jugak. So hows your condition? Okay tak?

1. Aku dah almost setahun setengah jadi surirumah, anak pon baru sorang umur 3 tahun.

Before this masa PKP 1-2 aku tahan lagi boleh duduk rumah, ajar anak macam-macam, masa tu kes takdelah naik mencanak macam sekarang..

2. Aku ada apply ilestari dengan isinar untuk buat belanja sendiri dengan beli barang anak.

Sejak tak kerja ni jadi kesian dengan suami kalau nak mintak apa-apa sebab dia dah bayar kereta, rumah, belikan groceries dengan susu pampers anak.

Dulu masa aku kerja, duit gaji memang untuk diri sendiri belanja family makan sedap, beli toys anak. Now dah tak kerja pepandailah jimat.

3. Bila apply ilestari dengan isinar ni satu saja rasa kesal, kesal tak ada simpanan masa tua. Dah berpuluh kerja aku mintak tapi belum ada rezeki.

Aku ada buat bisnes kek/ brownies/ cookies tapi tak selalu open order, kena selang-selang minggu sebab kalau dah start amik order memang aku tak ada masa nak bagi perhatian dekat anak.

Masa raya haritu alhamdullilah banyak order masuk dari pagi ke malam aku pulun siapkan order.

Anak? Aku bagi dia tengok tv seharian, hasilnya dia jadi unproductive dan tak ada rasa nak buat physical activity.

4. Aku tak jumpa lagi method kerja dari rumah dan dalam masa yang sama boleh fokus dekat anak 100%.

Kerja buat kek atau dropship pon mesti 60% lebih kepada monitor customer/ post ads/ copywriting. Berapa ramai yang truly manfaatkan time anak tidur? Kalau anak tak tidur siang?

Mesti bagi anak tengok tv or main ipad kan? Betul ke buat bisness dari rumah boleh fokus dekat anak? Boleh ke kita delay tunggu anak tido untuk respon customer? Tak boleh kan?

Kalau boleh cuba korang share cara dia.

5. Ni dah masuk PKP 3.0, starting awal PKP aku dah rasa sengap duduk rumah.  Aku jadi benci rutin yang tak ada spark joy ni, balik-balik berkisar dalam rumah ni,

Tak boleh keluar, tak boleh jumpa kawan dan paling kesian dekat anak la, berapa kali saja aku bawak keluar. Dia pon dah beribu kali tawaf dalam rumah.

Nak cakap pasal decorate rumah, rumah ni dah jadi terbersih dan terkemas dah kalau orang datang check, taktau dah la aku nak kemas ape lagi.

Aku cuma nak keluar sorang-sorang hari minggu dan randomly singgah memana kedai makan, makan sorang-sorang.

6. Duit isinar dan ilestari aku dapat tu mostly aku guna sikit-sikit sebab aku takut kehabisan cash. Sedih tau perasaan duit banyak keluar tapi tak banyak yang masuk.

Nak buat bisness pon cari yang betul-betul murah. Kalau korang perasan harga barang dah naik since bila aku tak tau.

Yang aku perasan barang kek kuih dah mahal sikit, kalau jual pon mungkin balik modal tapi margin untung tu rendah sangat. Aku pon runsing ni nak guna duit yang ada tu jadikan modal or simpan saja.

Dekat kejiranan sini pon ramai jugak menjual makanan tapi kuasa membeli tu tak pasti masih tinggi atau rendah, nak cuba tak ada masalah, jadi masalah kalau jualan tak laku, sayang duit modal tu.

7. Suami aku sejak kahwin dia memang sediakan satu kereta untuk aku, nak jadi cerita nak guna kereta pon jimat-jimat petrol sekarang.

Aku hari-hari tak lepas dari fikir dan takut kalau tetiba suami tak ada kerja. Nauzubillah.

Dalam keadaan sekarang ni semua unexpected. Aku taktau la keadaan ni dipanggil apa tapi aku sampai sakit kepala, jadi tak aman fikir pasal financial, future anak, our daily life. Lately if nak tidur lena sikit aku akan makan panadol.

8. Nak cerita pasal jimat, nasi anak seciput tak habis pon aku takkan bazirkan. Kalau ada leftover lauk-pauk memang aku habiskan, atau bawak ke hari-hari esok sampailah habis.

Sama jugak macam sayur, sejak-sejak ni sayur hijau naik harga jadi aku banyak beli sayur import macam carrot/ brokoli/ mushroom yang lebih murah dan berkuantiti banyak.

Sempat juga aku pesan dekat suami jgn terkejut jika hari-hari makan sayur yang sama.

Nak beli ikan pon teragak-agak sebab sayang duit suami, kalau beli pon sampai 3 minggu tahan sebab makan sikit-sikit.

Untuk pilihan murah, kami prefer ayam tesco dan telur. Tak pun puasa, kalau puasa banyak jimat masak sekali dan sikit sahaja.

9. Dah 2 minggu aku tak ajar anak aku apa-apa. Aku biarkan saja dia tengok tv dan main saja la toys yang ada.

Basically aku tak ada buat apa pon dekat rumah selain settlekan laundry dan masak. Entahlah. Aku just tak ada rasa nak buat macam tu, fikiran aku menerawang kemana-mana dah.

Aku jadi malas, berat naik, gemok, unproductive, everything seems so wrong. Tu belum lagi bukak twitter – FB – IG semua orang tengah marah dengan ker4jaan. Aku pon marah jugak ni dengan ker4jaan.

10. Ni dah 3 hari aku try indoor exercise, ni saja cara aku nak channel negative vibes but still selalu saja terfikir how nak tambah income aggressively, how nak kerja balik.

Since dah lama tak kerja ni circle and network aku jadi kecik, nak jual young living/ norwex/ shaklee pon tak boleh jadi main income dalam keadaan sekarang, so aku stick dengan jual makanan saja la.

Semoga ada rezeki yang berterusan untuk aku setiap hari, dan semoga Allah angkat dan hapuskan virus covid dari dunia ni.

Buat yang sedang diuji, aku mohon maaf tak dapat nak tolong dan memberi banyak, doa aku semoga kita semua kuat dan tak putus usaha.

– Farisya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *