Minta Nasihat

Saya berniat nak berkahwin. Perkara sama juga saya bagitahu pada Allah.

Ada seseorang yang saya berkenan peribadinya. Dari bulan mac yang lalu, saya tak berhenti lakukan istikharah, dan solat hajat setiap malam.. Cuma baru-baru ni saya mula istiqamah dengan tahajjud.

Kadang saya rasa dia seperti ada perasaan pada saya jugak. Cuma, saya tak nak berharap dan saya tak pernah juga tanya dia.

Ada sesekali dia berseloroh ‘awak rindu ke?’ bila lama tak hubungi saya, tapi saya cuma balas dengan ayat paling selamat.

I’m too shy to admit it actually. Banyak lagi sebenarnya, tapi saya takut bila saya letak harapan tinggi², tapi keadaan sebenarnya tak seperti apa yang saya sangka.

Balik pada usaha saya, Sepanjang saya buat semua amalan ni, si dia yang saya berhajat untuk dijadikan teman hidup tu tak tahu pun saya suka kan dia.

Niat saya mencari Allah dahulu untuk saya yakinkan diri saya & perasaan saya pada dia. Which is, saya betul-betul tak main-main dalam hal ni.

Dalam masa hampir 4 bulan ni, saya selalu dengar perkara² yang baik saja tentang dia. Kadang² hampir seharian saya hanya nampak nama dia di mana² saja, pernah jadi sampai berturut² hari.

Saya kerap jumpa orang yang ada iras dengan wajah dia, tapi bukan orang yang pelik-pelik.

Tentang mimpi, sepanjang tempoh 4 bulan lebih, terlalu banyak.

Ada suatu malam saya mimpi selepas saya terlalu penat menangis meminta petunjuk & kekuatan dari Allah, si dia datang & kata pada saya ‘Akhirnya saya jumpa awak’. Muka dia jelas, tutur ayatnya jelas.

Perasaan saya sikit pun tak berganjak, makin lama saya rasa perasaan ni makin kuat.

Berkali² saya ingatkan diri untuk tak memberatkan sangat apa yang terjadi (maksud saya petanda?) Mungkin saya kurang ilmu, saya takut itu semua cuma perasaan saya saja. Bisik² dari syaitan.

Saya ada ceritakan pada kawan, dia minta saya berterus terang dan bagitau yang saya ikhlas terima dia, & minta dia juga buat istikharah macam saya..

Cuma, perkara tu semestinya tak mudah bagi saya untuk beritahu pada dia.

Tentang musyawwarah, saya tak dapat buat semua ni sebabkan dia tinggal jauh dari saya. Jadi saya bergantung sepenuhnya dengan doa.

Saya kenal dia melalui ruang media sosial, tapi jangan skeptikal dulu. Saya tahu ramai lelaki yang gunakan media sosial untuk perkara² yang tak baik.

Pada mulanya saya tak kenal siapa ahli keluarga dia. Wajah ibu tau ayah dia, tak ada. Sebelum ni saya pernah cari, tapi tak jumpa.

Lepas saya istiqamah dengan tahajjud, Allah mudahkan urusan saya mencari latar belakang keluarga dia..

Dari apa yang saya jumpa, dia dibesarkan dari kalangan keluarga yang pentingkan hubungan kekeluargaan. His siblings, sangat rapat.

Sepanjang saya kenal dia, tentang apa yang dia cerita berkenaan ahli keluarga dia, takde satu pun yang dia tipu. Termasuk hal-hal berkaitan dengan diri dia (kerja biasa², gaji biasa², orang biasa², pelajaran juga biasa²).

Si fulan yang saya ceritakan ni, saya rasakan dia sangat lain dari kebanyakan lelaki yang saya kenal.

Saya tak terlalu mudah jatuh suka pada seseorang, tapi ada sesuatu dalam diri dia yang buatkan saya rasa senang dengan dia.

Cara dia, percakapan dia (bukan sweet talker), lain. Disebabkan saya tak nak terbuai dengan perasaan, & kami hanya kawan, saya cari Tuhan dahulu sebelum saya jatuh & retakkan hati sendiri dengan lebih teruk.

Saya perlukan nasihat. Orang-orang yang dalam bidang agama atau belajar agama, atau yang memang pernah sama situasi dengan saya, apa patut saya buat, nasihat atau apa-apa yang perlu, tolonglah saya..

Mungkin dengan komen/ nasihat kalian datang dari petunjuk Allah untuk saya juga. Terima kasih.

– Bayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *