Assalamualaikum. Nama aku Kina berusia akhir 20an. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak (Ali & Ahmad).
Aku dan suami berkenalan di tempat kerja lepas grad dan melangsungkan perkahwinan selepas 1 tahun berkenalan.
Kami berdua bekerja dalam bidang profesional dan Alhamdulillah kedua-dua nya tidak terjejas dalam musim PKP ni . Syukur atas rezeki yang Allah bagi.
Dalam usia hampir 4 tahun perkahwinan ni banyak pasang surutnya.
Ramai kenalan yang nampak kami sebagai pasangan yang cukup serba serbi. Kami mempunyai rumah, kereta, anak-anak yang baik & keluarga mertua yang baik.
Namun aku sebenarnya banyak pendam rasa berkaitan dengan sifat suami ku yang agak panas baran.
Suamiku (Kamal) seorang yang baik dan juga rapat dengan anak2 tapi bila dia marah seakan sukar dikawal.
Aku masih ingat lagi seminggu selepas kahwin Kamal memarahiku di rumah mertua sampai campak phone dan tengking dengan kuat. Puncanya aku minta dia teman aku masak di dapur.
Ya memang nampak macam mengada2 permintaan aku tapi waktu tu baru kahwin jadi aku saja nak kan perhatian.
Ketika itu mertua aku tiada di rumah dan aku pertama kali masak untuk mereka. Jadi untuk elak rasa kekok aku panggil Kamal untuk teman kan aku masak.
Akhirnya kena jerkah sampai pecah phone Kamal.
Oh ya aku bukan tinggal di rumah mertua ya, tapi balik kampung untuk kenduri kahwin kami. Lepas kejadian tu aku jadi seakan trauma. Tak sangka Kamal yang aku kenal boleh jadi agresif macamtu sekali.
Peristiwa kedua yang masih lekat di ingatan ku apabila Kamal mengamuk dalam bilik ketika aku pantang melahirkan Ali.
Masa itu Ali meragam tak mahu tidur dan asyik menangis. Aku pula dalam keadaan sakit & tak cukup tidur minta tolong Kamal untuk jagakan anak sebentar.
Dan mungkin dia pun penat terus mengamuk tengking2 sambil campak barang. Anakku yang tengah menangis pun boleh terdiam sebab terkejut. Kesian sangat tengok Ali masa tu.
Walau baru seminggu hidup tapi nampak dia terkejut dengan jeritan kuat sampai terdiam. Aku sangat kecewa dan menangis teresak-esak. Nasib baik aku berjaya kawal emosi dan tidak meroyan.
Ada waktu kami bergaduh Kamal pecahkan komputer hingga hancur. Dan semua tu terjadi depan mata Ali. Aku boleh hadap perangai Kamal tapi aku tak sanggup biar Ali nampak semua itu.
Aku takut akan menjejaskan kesihatan mental Ali. Sudah berkali-kali aku pesan pada Kamal jangan kita suami isteri bergaduh depan anak. Tapi entahla perkara sama kerap berulang.
Dan yang terakhir semalam Kamal mengamuk lagi sampai tumbuk pintu hingga pecah. Puncanya Ahmad terhantuk ketika bermain dengan Kamal dan dia menyalahkan bantal penghadang yang nipis punca Ahmad terhantuk.
Aku nafikan benda tu dan tiba2 Kamal tinggikan suara pada aku.
Ya aku mengaku salah aku bila dia marah aku pun jadi tinggi suara balik sebab tak puas hati kenapa dia marah aku. Dan Kamal terus menjerit dengan kuat sambil tumbuk pintu.
Pernah beberapa kali Ahmad terjatuh di bawah jagaan aku dan setiap kali berlaku kejadian tersebut Kamal akan memarahiku dengan teruk. Dia sanggup marah aku dulu daripada pujuk anak yang tengah menangis.
Selepas Kamal tengking aku dengan kuat semalam, Ali yang tengah tengok TV berlari sambil tutup mulut aku.
Dia kata “Ibu jangan cakap nanti Ayah marah ibu”. Suara Ali menggigil kerana takut dan air mata dia berlinang. Aku menangis kecewa sebab anak aku saksikan semua kejadian buruk ni.
Kesian Ali. Selalu jadi mangsa ibu ayah gaduh. Ali peluk aku dan cakap “Ibu jangan nangis ya,Ali ada.Ali sayang ibu. Ibu jangan cakap ya nanti ayah marah ibu”.
Sampai sekarang aku kesal kenapa Kamal sanggup marah tanpa kawal diri dan biar anak-anak tengok. Dan aku sedih Ali yang baru berumur 3 tahun faham perasaan ibunya. Maafkan ibu, Ali. Maafkan ibu.
Secara jujur aku memang sangat tawar hati dengan apa yang berlaku.
Buat pengetahuan pembaca, sepanjang kahwin aku tidak pernah menceritakan masalah rumahtangga pada sesiapa.Aku akan pendam sendiri dan pura-pura tiada apa yang berlaku.
Jauh di sudut hati semua nya masih tersimpan kemas dalam memori aku.
Dan kejadian semalam buatkan hati aku berkecai dan putuskan untuk luahkan di sini dengan harapan dapat nasihat dari pembaca sekalian.
Aku sayang Kamal dan anak-anak tetapi tak tahu apa keputusan yang perlu aku ambil. Perlukah aku bercerai? Atau teruskan perkahwinan ini?
Kamal seorang suami yang baik & ayah yang cukup rapat dengan anak-anak.
Kalau kami berpisah bagaimana dengan Ali & Ahmad yang perlukan kasih sayang seorang ayah?
Dan kalau aku teruskan, adakah benda ni akan sentiasa berulang dan anak-anakku membesar dalam persekitaran yang toksik?
Dari segi kewangan, InsyaAllah aku mampu uruskan anak seorang diri. Tapi aku pun tak pasti apakah yang terbaik untuk anak-anak.
Aku harap dengan confession ni aku dapat jumpa jawapan pada persoalan yang aku cari. Apa perkara terbaik untuk kami semua.
InsyaAllah aku akan baca dan terima segala pendapat pembaca sekalian sama ada positif atau negatif dengan lapang dada.
Terima kasih banyak kerana sudi baca coretan aku ini. Assalamualaikum.
– Kina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit