Love Yourself

Hi assalamualaikum korang. Firstly nak ucap terima kasih banyak-banyak IIUM Confession kalau tulisan aku ini disiarkan.

Korang boleh panggil aku Mi Amor, umur 29 tahun, wanita bekerjaya dan belum sampai setahun lagi usia perkahwinan. Baik itu sahaja.

Selama ini aku menjadi pembaca confession yang setia dan penuh fokus membaca dan cuba memahami kisah-kisah orang lain. Ada yang positif, ada jugak yang negatif. Kadang-kadang nak sahaja jari aku ini menaip untuk memberi komen, tapi aku tahan sahaja.

Wahai pembaca IIUM Confession yang aku sangat kasihi sekalian, walaupun kita tidak pernah bersua muka dan berhubung, namun aku sangat-sangat mahukan kalian semua bahagia dan kuat menempuhi apa jua dugaan dan cabaran dalam hidup.

Jadi, sudi lah jika korang semua baca dan fahamkan apa yang aku cuba nak sampaikan ini, semoga sedikit sebanyak dapat memberi sinar dan semangat baru untuk korang terutama yang berhadapan dengan manusia-manusia yang toxic dan menyakitkan hati.

Firstly, aku yang dulu bukan lah yang sekarang (cewah). Dulu aku adalah seorang people pleaser. Sangat-sangat pentingkan hati dan cakap-cakap orang. Aku takut dan tak keruan bila ada yang cakap belakang pasal aku.

Kalau boleh aku nak semua orang sukakan aku. Aku akan selalu cuba fit kan diri aku dalam kelompok orang lain dengan harapan akan diterima.

Untuk pengetahuan, kesan daripada itu, aku ada ramai kenalan, aku berkawan dengan kawan si kawan ini, kenal dengan kawan si kawan itu. Senang kata ramai orang kenal aku lah.

Belum masuk bab sedara mara dan keluarga. Apa sahaja pertolongan, bantuan dan request, aku akan cuba tunaikan. Aku yang dulu adalah seorang yang NEVER SAY NO ye.

Aku cakap terus terang ye, memanjang akan SAY YES sahaja semata-mata nak orang terima dan suka dengan aku. Colleague suruh cover itu ini aku akan okay sahaja.

Kesan nya apa? Hati kau sakit lah bila apa yang kau dapat tak seperti apa yang kau expect. Member suka-suka hati sahaja sakitkan hati kau. Sedara mara keluarga yang kau pernah tolong tak pernah fikir pasal kau.

Lama-lama aku jadi tak happy, sebab aku letak high expectation terhadap orang. Sampai lah 3-4 tahun belakangan ni aku berubah. Aku jadi seorang yang sangat cintakan diri aku sendiri & tak akan benarkan sesiapa pun sakitkan hati aku.

Kawan aku view story IG aku post berkenaan kerja, dia triggered dan kata aku show off, okay whatever. Kau nak tengok, kau tengok. Tak nak, boleh block.

As simple as that prinsip aku sekarang. Aku akan buat apa sahaja yang buat aku happy. Kalau kau post pasal makanan buatkan kau happy, silakan post. Kalau kau post buat house tour rumah baru, dapur baru, toilet baru, dan kau happy by doing that, please go ahead.

Kau post pasal anak-anak kau membesar dan kau happy buat begitu, keep posting. Nobody posted to show off ya. It’s your life.

Orang lain triggered, jealous? Whatever kan sahaja. Kawan kau unfollow kau? Unfollow balik. So easy. Tak payah pening-pening dengan penerimaan orang terhadap diri kau sendiri.

Dia nak terima, terima. Tak nak, sudah. 5 orang tak suka tengok life kau, berpuluh-puluh lagi yang suka and support kau. So fokus sahaja pada yang positif. Lift up each other.

Sama jugak kalau kau tak suka tengok post perempuan tergedik-gedik menari, leave her alone. Tak payah nak komen negative ke apa. Kau bukan target audience dia. Move on dan cari circle lain yang masuk dengan kau.

Colleague minta cover kerja dia? Say no politely. ‘Sorry bro, aku ada hal lain nak cover, maybe next time?’ Gitu.

Dia cakap belakang? Burukkan kau? Hello, itu kerja kau ke aku? Silakan membawang, I dont care. Yang penting aku tak sakit hati nak cover kerja kau. I’ve changed bro hihihi.

Kawan aku ada cerita yang suami dia tak tolong buat kerja rumah, tak tolong jaga anak, fokus kerja dia sahaja. My answer is simple, ‘kau da berterus-terang? Pernah bincang?’

Kalau dah, and tak jalan, sama sahaja tiada perubahan, maka mulakan mencintai diri anda. Suami kau tak nak kemas rumah? Kau pun jangan. Suami kau tak nak tolong jaga anak?

Sokay, anak kau jaga sahaja okay. Kalau rasa nak masak, kau masak. Kalau tak larat, tak payah. Kalau suami kau boleh ignore tak tolong buat kerja rumah, kau pun boleh juga begitu.

Sama-sama sakit mata tengok rumah bersepah, sama-sama lapar, sama-sama pakai baju berulang. Then suami kawan aku tegur, kenapa dah jarang buat kerja rumah. So kawan aku pun balas, ‘awak goyang kaki, saya pun nak jugak goyang kaki’.

Finally, suami dia baru triggered rasa tanggungjawab dia tu. Sebab selama ni kawan aku buat sahaja semua benda. Makan hati tapi buat jugak. Last-last dia tak happy. Bila dah dua-dua serabut, baru lah duduk berbincang dan luahkan semua. Slowly ada perubahan.

Lagi satu, pasal mak mertua mulut puaka, kau ada dua pilihan sahaja. Sama ada kau defend diri kau, atau kau senyap dan pendam, seterusnya sakit hati sampai depression.

MIL maki hamun kau, merungut itu ini, compare itu ini, minta itu ini, kalau ianya tidak membahagiakan kau, silalah bertindak.

Kalau kau jenis pekakkan telinga, then masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Move on. MIL kau nak jaga anak kau dalam pantang? Just say NO. ‘Sorry mak, saya nak jaga anak saya sendiri. Sorry mak, mak saya nak jagakan’. Full stop. Then chow je lah.

Tak kan MIL kau nak bertarik tangan anak kau pulak. If yes, report polis. Setel. Kalau orang tak boleh hormat kau, jangan harap dorang deserve benda yang sama.

Adik-beradik ipar pakai harta benda kau? Kereta motor kau sampai buat harta? Simpan jela kunci, mangga rantai harta kau. Dorang mengata? Let it be. Harta kau kot.

Dorang pakai jugak? Buat report polis. Suami kau marah kau? Belah keluarga dia? Then sila bagi kata dua, kalau tak angkat kaki sahaja.

Your happiness is beyond everything. Learn how TO SAY NO untuk benda yang buat kau tak bahagia. Ini lah benda yang aku amalkan sekarang, dan aku sangat lah happy. I have no more worries about what others talk about me. As long as kau tak menyusahkan sesiapa.

Kalau aku rasa taknak, aku akan cakap taknak. Tapi kalau aku rasa benda itu masih di dalam kawalan, then I give it a try to cope. Kalau nak, aku buat. Circle kawan aku pun kecil dah sekarang, and semua positif. Alhamdulillah.

Kalau orang buat posting memburukkan kau tanpa sebab, biarkan sahaja. Aku percaya bahawa kita semua ini mampu menilai mana yang baik, mana yang buruk.

Dia nak cakap buruk pasal kau? Dia lah yang buruk. Menunjukkan keburukan dia memburukkan orang lain pada semua orang. So kau tak rugi pun.

Go on buat kerja yang happy kan kau. Dalam rumahtangga aku sekarang pun sangat aman damai. Kalau aku cakap aku penat, tak nak masak, aku akan cakap.

Kalau aku cakap tak nak basuh baju, aku akan cakap. Awal-awal aku dah terapkan budaya bahawa rumahtangga adalah teamwork. Dan alhamdulillah suami aku sangat-sangat memahami dan sporting.

Dia kalau stress pun, dia akan cakap. Sebab apa, dan apa expectation dia. Key point kat sini adalah, communication. Kau pendam, kau yang parah.

So yeah, itu sahaja dari aku. Lepas ni just do whatever you want, whatever makes you happy, and leave anything t*xic behind. Love yourself!

– Mi Amor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *