Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan taulan pembaca setia, top fan dan tukang komen yang setia memberi komen yang membina pada setiap confession.
Aku pun tukang komen dan baru jugak dapat badge topfan, so aku akan pastikan badge aku tu kekal lama, hihi.
Jadi, selepas sentiasa membaca banyak confession-confession, aku terpanggil juga nk tulis 1 confession berkisarkan kisah benar aku. Tapi takut jugak sebenarnya, sebab tak tahu apa persepsi dan tanggapan orang lain bila baca kisah aku ni.
Perkenalkan diri ku Sandra (nama samaran), seorang yang bersederhana saja, tak pernah nak jadi menonjol sebab aku ni pemalu, pemalu tak bertempat. Kadang-kadang nak beli air tepi jalan pun aku tengok dulu siapa penjual nya.
Kalau makcik-pakcik, akak-akak atau lelaki yang adik-adik baru aku tak segan nak singgah, tapi kalau budak-budak muda, abang-abang hensem, tambahan lagi ada dalam 2-3 orang, memang aku langsung tak singgah even kadang-kadang aku teringin sangat apa yang diorang jual tu.
Aku describe diri aku sebagai seorang yang jaga hati orang sampai hati aku sendiri pun aku tak jaga. Faham-fahamla kalau dah perangai macam ni, semestinya aku ni tak pandai melawan dan tak tegas.
Aku kerja bahagian ofis saja di kilang IKS (kilang sendirian berhad). Kelebihan kerja di kilang macam ni bagi aku, Big boss cuma seorang. Department pun tak banyak, so tak perlu ada banyak manager and kerja pun tak ada lah macam banyak stages sangat.
Kekurangan pulak, management yang tak sistematik. Tapi aku bersyukur apa adanya. Boss yang baik pun dah kira cukup bagus. Pasal management tu tak kisahla, walau bukan kerja kita pun, kalau rasa boleh handle sendiri, handle saja.
Kira macam balasan kita pada boss yang baik, jadi pekerja pun kurang merungut.
Apa kaitan kerja aku ni dengan tajuk confession ni, ‘tiada jodoh kita’. Aku start kerja tahun 2016 sampai lah sekarang, alhamdulillah, habis study ada la setahun aku lompat-lompat kerja.
Sebab utama lompat kerja, boss atau ketua yang banyak kerenah. Garang tak bertempat, kerja nak cari salah orang and yang selalu expect kita akan jadi yang macam dia nak.
Syukur kerja aku yang sekarang ni aku boleh tahan. Masalah tu sentiasa ada, menangis tu ada la 2 bulan sekali, karang surat resign pun selalu konon-konon tak tahan sangat la hahaha.
Aku dah ada boyfriend masa baru start kerja (sekarang dah EX). Boyfriend LDR. Kenal waktu sertai Jom Masuk U lepas SPM dulu. Tapi dia tinggal di selatan, manakala aku di Utara. Kitorang cuma jumpa sebulan sekali.
Aku pulak jenis setia. Setia sangat la sampai kena curang pun aku tak tahu. Aku namakan EX aku tu X lah. X ni jenis-jenis nerd. Pakai cermin mata, rajin belajar dan konon-konon tak berminat nak bercinta ni. Siapa yang approach dulu.
Aku approach sebab aku tak berniat pun nak cintan cintun ni, cuma bila tengok X ni jenis baik saja, kurang sikit malu aku.
So aku syok-syok tanya dia nak masuk U apa, kos apa and sembang rancak laa. Zaman tu zaman mesej, so kami sama-sama nak bagitahu universiti apa yang kami dapat.
So makin lama makin rapat and X cakap yang aku sorang saja kawan perempuan yang dia rapat. X minta aku jujur kalau-kalau aku ada orang lain atau aku ada orang yang aku tunggu. Disebabkan memang tak ada, jadi aku dan X pun declare couple uhukss!
Tapi couple LDR and masing-masing study lagi, jadi tak banyak sangat kenangan. X la yang selalu datang ke tempat aku bawak 2 orang kawan dia. Aku bawa 2 kawan aku, kitorang just tengok wayang and lepak makan. Cukup la nak lepas rindu kenkonon.
Hubungan dengan X membawa sampai zaman bekerja. Bila start bekerja, kami masing-masing lebih sibuk dan kurang masa nak OTP macam dulu. Tapi still setiap hari aku ucap good morning, and malam aku ucap good night.
X pulak, kadang-kadang tak balas pun WS aku. Sibuk sampai tak tengok fon, balik rumah terus tertidur. Oleh kerana aku agak lurus, and aku tak expect pun X ni nak curang sebab dia kan macam nerd-nerd gitu, aku pun percaya 100% kata-kata dia.
1 kilang tahu yang aku memang dah berpunya sebab ada gambar aku dan X dekat wallpaper komputer (tak malu ya).
Bukan apa, aku cuba tak nak jadi curang and aku tak nak orang cuba-cuba nak mengorat aku. Aku ni ada la rupa sikit (manis, pipi bulat, mata besar and berlesung pipit tapi aku ni hitam manis).
Aku bahagia dengan kehidupan aku masa tu, ada banyak masa dengan family, ada boyfriend walaupun jauh, ada masa nak spendtime dengan kawan-kawan, jadi aku tak rasa nak ada boyfriend yang dekat-dekat ni.
Tengok kawan-kawan aku cukup la yang ada BF dekat-dekat, langsung tak ada masa dengan family and kawan-kawan.
Di kilang aku, aku ada 1 geng yang selalu ajak makan-makan dekat tempat viral. Ada lelaki and ada perempuan. Salah seorang dari kumpulan tu aku namakan Jay, lelaki berumur hujung 20-an dan masih bujang.
Jay ni agak misteri. Pendiam tapi rajin whatsapp aku ajak makan sana sini, tapi depan mata, pandang aku pun tak. Jay ni agak loaded sebab pangkat dia dalam production pun memang senior laa. So belanja makan tu memang celah gigi bagi dia.
Tapi tu la, kadang-kadang diorang ni melepak sampai 12 pagi pun tak nak balik, dah la Jay yang tumpangkan kami semua (5 orang). Nak tak nak, terpaksa ikut saja.
Lepastu aku dah malas nak join diorang keluar makan sebab mak ayah aku bising, balik tengah malam wei sapa yang tak marah kan.
Ada sekali tu Jay ajak makan ikan bakar, aku tanya pukul berapa nak balik, dia cakap macam biasa, then terus aku tolak, Jay terus cakap mentang-mentang ada BF ni, langsung tak nak join diorang makan. Kesitu pulak dia. Sedangkan BF aku, X pun tak pernah kisah aku nak kemana.
Ya, X langsung tak melarang aku keluar walaupun ada lelaki. Mungkin dia percaya kat aku.
1 hari tu aku admit hospital sebab kena masuk antibiotik selama 5 hari, so aku ada banyak masa terluang. Aku whatsapp X pun lambat-lambat dibalasnya. Then aku stalk FB X.
Tapi aku perasan gambar aku dengan dia dah tak ada dalam album X. Aku stalk pula friendlist X, jeng jeng jeng! Aku terjumpa FB lain X.
Dan maka terbongkarlah rahsia X. Dalam FB tu penuh dengan gambar X dengan seorang ‘ wanita ‘. Malah, status X pun IN RELATIONSHIP with XXXXX.
Tak tahu nak menangis ke apa, aku screenshot and send pada X. Cepat pulak dia reply, dia jawab dia tak sanggup nak terus terang pada aku. Beb, aku tengah sakit masa tu, dapat tahu pula berita macam ni. Menangis la jugak sebab relation kitorang bukan sebulan 2.
Aku call X, minta dia jelaskan, Aku tanya dia siapa aku dalam hidup dia. X langsung tak dapat jawab. Dia cakap, hubungan aku dan dia macam tak kemana, tak ada arah. Tak tahu sampai bila nak LDR macam ni.
Aku akui, menginjak usia yang lebih matang, X bertambah segak dan kemas. Mana mungkin tak ada orang yang terpikat. Aku terus matikan telefon aku, aku block X di Whatsapp and FB.
Walaupun aku tahu, X tak mungkin nak cari aku lagi. Aku terima takdir aku. Sekurangnya aku tahu perangai X yang sebenar.
Lain weh layanan X dengan aku and perempuan tu. Tangkap gambar berpegangan tangan, pakai baju sedondon, pergi kenduri sama-sama. Dengan aku, dia macam takut nak mesra sangat. Aku ingat dia jenis jaga ikhtilat dengan perempuan.
Aku kembali bekerja macam biasa, wallpaper pun aku tukar, so berita aku dah single ni tersebar dengan cepat.
Jay pulak whatsapp aku ajak keluar makan-makan macam dulu-dulu. Dia ingat aku single ni boleh la balik lewat malam. Aku ada mak bapak laaa, tak paham pulak aku dengan Jay.
Lagipun aku tak boleh masuk la dengan Jay ni. Bila dah keluar ramai-ramai, bukan nak bersembang sangat. Nasib ada kawan perempuan yang lain. Sekadar tangkap gambar ramai-ramai acah2 rapat ajaa.
Tapi aku perasan, lepas aku dah single ni, Jay terlebih rajin whatsapp aku. Send gambar ke mana dia pergi. Aku pun macam layan saja lah. Tapi tu lah, Jay cuma mesra dalam whatsapp.
Bila kat tempat kerja, Jay sembang pun tak banyak, kadang-kadang tengok muka aku pun tidak. Aku ni ada la jugak simpan perasaan dekat Jay, iyalah Jay paling muda dan masih bujang.
Rupa tu ada la jugak, minat dekat janggut sejemput dia tu. Kereta dia pun boleh tahan hmm hmm yang penting bukan H.
Tapi aku tak berani nak lebih-lebih dengan Jay. Dia memang misteri. Sama ada dia pun ada hati dekat aku atau tak, aku tak ada jawapan tu. Nak mula langkah pun, memang bukan aku la sebab aku kan pemalu sikit. So aku teruskan jadi kawan Jay macam biasa.
Bulan ke bulan, menginjak ke tahun, Jay masih sama. Aku pula dah makin lama makin tak rasa apa dengan Jay. Oleh kerana Pkp dari tahun lepas bulan 3, aku hanya work from home dan hanya 2 hari di pejabat, manakala Jay bekerja seperti biasa.
Jadi sepanjang tempoh itu, aku dah kurang contact dengan Jay.
Lumrah manusia yang inginkan berpasangan, aku ambil keputusan untuk berhenti berharap pada Jay, aku mula beri ruang pada seorang insan yang sudah lama cuba memikat ku tapi aku hanya anggap abang sebelum ini.
Long to short, aku pun dah selamat bernikah pada bulan 9 tahun lepas.
Amatlah ketara reaksi Jay ketika aku menghulurkan kad jemputan padanya. Dia tersenyum dan terus berlalu pergi. Dan pada hari perkahwinan, Jay juga tak hadirkan diri. Tapi Jay ada kirimkan hadiah pada rakan sekerja yang lain untuk aku.
Hadiah yang langsung aku tak tunjuk pada suami ku, hadiah seutas jam tangan beserta nota yang berbunyi, ‘Orang tua -tua pernah sebut, jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang, sekarang aku perlu terima akibatnya’. Semoga berbahagia.
Apa perasaan aku? Mesti lah aku agak sedih, sebab aku pun pernah sukakan Jay. Tapi apakan daya, dah tertulis aku dan Jay tidak berjodoh.
Dan atas menjaga perasaan Jay dan perasaan aku sendiri, aku menghantar surat berhenti kerja atas alasan suami tak benarkan bekerja.
Sedangkan aku takut kalau-kalau terjadi perkara yang tak diingini, sedangkan aku dalam proses memperbaiki diri sendiri.
Maaflah kalau-kalau kisah aku ni tak ada apa-apa pengajaran atau tauladan, aku hanya sekadar bercerita. Tidaklah aku rasa menyesal kerana tak ambil langkah pertama untuk mendekati Jay, walau apapun aku sekarang dah tak ada hati pun pada Jay.
Sekian, terima kasih sudi membaca ya!
– Sandra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit