Disclaimer, saya mungkin tak faham kesusahan seorang ibu sebab saya tak pernah berkahwin dan tak pernah mengikuti mana-mana kursus parenting..
Saya hanyalah sekadar berkongsi pengalaman supaya anak2 lain tak merasa apa yang saya rasa, dan sebagai peringatan kepada diri sendiri kelak.
Umi saya, seorang ibu yang baik, tidak dinafikan. Beliau pastikan makan minum pakai kami sekeluarga, ayah dan 6 beradik terjaga.
Tak pernah berkira soal duit terutamanya kalau berkaitan pelajaran. Hantar kami masuk sekolah agama. Ajar kami supaya sentiasa menghormati orang tua, tidak mencuri dan sebagainya.
Tapi, bila dah masuk sekolah menengah, university, dah jumpa ramai orang, saya baru perasan, yang saya tak rapat dengan family saya, sebagaimana kwn2 saya dengan family mereka.
Oh, rapat yang saya maksudkan tu macam boleh call mak hari2, boleh cerita semua benda dekat mak (yang bagi saya, saya hanya cerita benda tu dekat kawan saja), boleh cakap sayang2, boleh peluk2, borak2, gelak2, mesra2.
Mulanya saya fikir, mungkin disebabkan personality saya sendiri. Tetapi yang peliknya, adik2 saya pon sama, even yang jenis friendly dengan orang lain pon tak rapat dan mesra sebegitu dengan Umi.
Bila saya perhatikan balik tentang kami sekeluarga, apa yang saya dapati berbeza dengan rakan2 adalah CARA DIDIKAN kami.
Ya benar, umi saya ajar supaya buat perkara yang baik, cumanya cara didikan kami berunsurkan kekasaran seperti ugutan, jerkahan, tengkingan dan juga pukulan. Salah sikit lempang, exam tak dapat A rotan.
Ada juga beberapi kali saya terfikir untuk lari dari rumah dengan adik2, kerana tak tahan melihat mereka dipukul. Tspi, tak pernah buat, sebab saya tau kalau kami balik semula lepas lari, lagi teruklah kami kena.
Tapi saya percaya, beliau bukanlah sengaja mahu mendera anak sendiri, cumanya mungkin beliau stress kerana menguruskan ramai anak yang pelbagai ragam seorang diri, ditambah pula kewangan yang ada2 dan personality beliau yang perfectionist.
Dan keduanya, beliau percaya (masih, sehingga kini) bahawa anak2 hanya boleh dibentuk dengan kekerasan, kalau tak pukul tak menjadi (saya yakin parents zaman kini tak percaya dah benda ni).
1. SAYA JADI SEORANG yang PANAS BARAN SEWAKTU KECIL
– Dahulu, saya suka marah2 adik2 saya, kerana apa? Semua benda saya yang akan dipersalahkan, dimarahi, dipukul walaupun bukan salah saya.
Oleh sebab itu, untuk mengelakkan saya dimarahi, saya marah adik2 saya dulu. Saya even selalu naik tangan dengan mereka. Tapi lama kelamaan, saya makin menjadi2, marah sikit tampar, marah sikit pukul. Dan ianya berterusan sehingga saya dewasa.
– Tetapi, bukan saya sahaja, yang lainnya juga boleh tahan barannya. Even adik bongsu saya, walaupun dia paling disayangi oleh kami, tapi still meninggi suara, melawan, kerana itulah sikap yang ditonjolkan oleh kami.
Oleh itu, saya simpulkan mungkinkah ini buktinya yang ANAK2 BELAJAR SECARA TIDAK LANGSUNG dari apa yang mereka NAMPAK (perangai dan sikap).
2. HUBUNGAN ADIK-BERADIK MENJADI TIDAK BAIK
– Disebabkan perangai saya terutamanya, kami selalu bergaduh. mungkin orang cakap, biasalah tu bergaduh adik beradik. Tapi bagi saya, saya menyesal kenapa saya berperangai sedemikian, dan saya yakin itu juga bukan sweet memory untuk adik2 saya.
– Disebabkan sikap kami terutamanya umi dan saya, seorang adik saya pernah sehingga tahap bertemu dr psikiatri, dan parents saya dipanggil. Saya rasa sangat bersalah kerana saya antara orang yang telah merosakkan zaman kanak2 dia.
Alhamdulillah saya masih diberi berkesempatan untuk bertaubat dan memperbetulkan diri saya (still struggling though).
3. ANAK MUNGKIN JADI NAMPAK BAIK LUARANNYA, TAPI MEREKA MUNGKIN MEMBERONTAK DI DALAM
– Anak2 juga manusia, mereka juga boleh marah, boleh sedih, boleh takut. Apabila perasaan mereka dinafikan, mereka stucked, and jangan pelik kalau satu hari nanti mereka MELETUP hanya disebabkan perkara yang remeh-temeh.
4. MEREKA MUNGKIN SAMBUT HARI LAHIR ANDA, BERI HADIAH, TAPI EMOTIONAL CONNECTION TU TIADA
– Dari dulu sampai sekarang, saya tak boleh nak cakap my mom is my best friend, my mom is the best. Those kind of situation really makes me uncomfortable.
Dan pelislah, jangan sesekali cakap ayat2 macam ni, “kalau nak masuk neraka, hidup tak berkat, buatlah”, “kalau mak cakap buat, buat saja la”.
Saya tidaklah berbangga dengan perangai buruk saya sewaktu silam, malahan saya malu dengan aib saya. Tapi saya anggap ini sebagai satu pelajaran untuk saya.
Dan kini saya seorang dewasa, saya tahu saya shouldn’t blame my bad attitude to my bad childhood, instead I’m accountable of it and should improve myself.
Sejujurnya, saya still struggling sebab saya tak puas hati, umi tak pernah mengaku yang dia salah even adik saya pernah berjumpa dr psikiatri,
Menurut beliau kalau bukan kerana kami dipukul dulu, kami tak jadi manusia (walaupun saya kira ramai saja kawan2 saya yang tanpa dipukul, mempunyai perangai yang jauh lebih baik dari saya), dan sampai sekarang masih pukul even kami dah besar. Mohon doakan kami ya.
Dan akhir sekali, point yang saya ingin smpaikan adalah, penjagaan emosi anak2 juga penting sebagaimana akademiknya, agamanya kerana ia juga memberi impak dalam kehidupan.
Terima kasih admin kerana publish kisah saya, and terima kasih semua kerana membaca luahan saya.
– Dhiya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit