Pesanan Buat Pelajar Norma Baru

Assalamualaikum semua pembaca. Sedikit pengenalan diri, saya merupakan pensyarah di sebuah IPT terkenal di Malaysia. Berkhidmat baru sepuluh tahun sebagai pendidik. Cukup itu sahaja pengenalan diri saya.

Seperti tajuk yang tertulis, disini saya ingin memberikan beberapa pesanan kepada generasi norma baru dalam menuntut ilmu. Saya terpanggil untuk memberi nasihat ini kerana sejak pembelajaran atas talian dilaksanakan, pelbagai ragam kami sebagai pensyarah perlu hadap.

1. Maklumkan kepada pensyarah jika tidak dapat hadir kelas.

– Ramai juga pelajar yang tidak dapat menyertai kelas secara langsung atas sebab-sebab tertentu. Pada saya tiada masalah jika pelajar memaklumkan masalahnya kepada saya. Yang menjadi masalah, pelajar hilang terus.

Untuk makluman pelajar, pensyarah tiada sixth sense di mana kami boleh tahu jika anda sakit, ada masalah sambungan internet dan sebagainya.

Maklumkan kepada pensyarah secepat yang mungkin. Ada beberapa pelajar saya yang mempunyai masalah internet sewaktu nak menjawab ujian. Namun, sepatah tidak dimaklumkan.

Habis ujian baru maklumkan. Handphone anda tak boleh SMS ke? Handphone anda tak boleh call ke? Tahukan anda bahawa ujian tu ambil portion markah yang besar untuk meluluskan anda?

2. Tidak puas hati dengan pensyarah.

– Ini sangat banyak berlaku terutamanya sewaktu pertama kali pembelajaran atas talian dilaksanakan pada tahun lepas. Bila tak puas hati dengan pensyarah, buat confessions. Seolah dia sahaja yang betul. Dia rasa pensyarah ni sangat tak memahami, membebankan dan macam-macam lagi.

Tolong lah ya pelajar semua, kami ni bukan lahir terus jadi pensyarah, bukannya lahir terus ada title Dr. Kami pun lalui apa yang anda lalui iaitu fasa menjadi seorang pelajar. Tak perlu lah anda memburukkan pensyarah anda dengan ayat-ayat sinis dan amarah anda itu.

3. Ignore pensyarah.

– Hmm ini pun sangat kerap berlaku. Pelajar tak hadir kelas, pensyarah cari. Tak hantar assignment, pensyarah cari, tak buat ujian, pensyarah cari. Tapi apa balasan pelajar. Bluetick kan sahaja. Sepi. Seolah-olah kita yang merayu. Bagi saya ini sangat biadap.

4. Hubungi pensyarah ikut masa dia.

– Agak kerap pelajar saya hubungi saya (melalui personal message di WhatsApp atau Telegram) pada pukul 12 tengah malam, 1 pagi pun ada. Padahal saya sudah pesan jangan hubungi saya diluar waktu pejabat. Benda yang nak ditanya/dinyatakan pun bukanlah benda penting pun.

Saya sendiri, kalau nak hubungi bos atau kerani pentadbiran pun, saya tunggu waktu siang iaitu selepas jam 8 pagi. Kenapa pelajar tiada common sense? Kalau bercakap bab mesej pensyarah ni saya rasa boleh buat satu bab buku. Mungkin bab itu bertajuk ‘Etika menghubungi pensyarah’.

Bila mesej pensyarah, sila kenalkan diri anda dan anda dari kumpulan mana. Jangan expect pensyarah ingat semua nama pelajar. Pelajar pun sampai hujung semester tak ingat nama pensyarah, apatah lagi pensyarah nak ingat nama beratus pelajar.

Lagi satu mesej jangan nak tulis short form sangat. Saya mesej bos ejaan penuh ya! Kenapa? Kerana ADAB DAN HORMAT.

5. Semua nak disuap.

– Ini rasanya kebanyakan orang faham apa maksud saya nak disuap. Semua nak pensyarah sediakan! Jika apa yang diajar oleh pensyarah tiada dalam nota, dikatanya pensyarah tak mengajar. Aduhai. Ilmu itu luas. Janganlah bergantung kepada nota slide show semata-mata.

Nota slide show itu adalah ringkasan sahaja. Kalau kami nak masukkan semua info dalam tu, itu bukan nota slide show, tapi itu buku teks. Sekarang pun semua mudah dihujung jari sahaja. Cuba usaha cari, baca dan buat extra study.

6. Selalu mengeluh dan ambil mudah.

– Ya saya faham lain cabarannya belajar atas talian ni. Saya pun rasa kelainan tu. Lain apa?

Bangun pagi-pagi nak kena sediakan breakfast, lepas tu kelas lepas tu anak nak makan anak nak mandi, waktu tu juga la mereka buat perangai dan macam-macam lagi. Tak tersebut setiap satu disini tanggungjawab kami dirumah.

Semua orang ada tanggungjawab dan masalah masing-masing. Tapi anda pelajar, tolong jangan larikan diri. Ini boleh berbalik kepada point nombor 1 dan 3 saya tu. Pensyarah tiada sixth sense dan tolong jangan ignore bila kami hubungi anda!

Lepas tu buat confession pensyarah tak memahami sedangkan anda at the first place tidak cuba untuk hubungi pensyarah dan nyatakan masalah anda. Suka juga saya nyatakan disini. Ini selalu la juga berlaku kepada saya. Pelajar mesej saya nyatakan tidak dapat masuk kelas.

Antara sebabnya adalah, hantar nenek ke hospital, bekerja (ya ada pelajar yang bekerja sedangkan status dia adalah pelajar sepenuh masa), keluar beli barang dengan mak, hantar kereta ke bengkel. Okay saya ambil maklum. Tapi jangan la pelajar expect saya akan anggap awak hadir.

Awak tetap akan dikira sebagai tidak hadir. Trend yang saya lihat adalah pelajar suka ambil mudah dengan kelas memandangkan ianya adalah kelas atas talian. Kadang-kadang ada yang masuk kelas while driving, kat kedai dan macam-macam ragam lagi.

Hmm, entahlah saya tak suka nak marah atau sound pelajar saya, sebab awak dah besar, boleh fikir dengan waras. Kalau tak, masakan dapat masuk universiti. Saya faham, awak tinggal dengan keluarga.

Kadang-kadang mak ayah pun tak memahami juga. Suruh anak buat macam-macam sedangkan anak ada kelas. Namun… Itulah norma baru yang kita semua perlu hadapi.

Kepada para pelajar, ingatlah. Ianya adalah satu tanggungjawab. Ambillah ia sebagai satu tanggungjawab, dan bukannya bebanan. Jika anda menganggap belajar ini adalah satu tanggungjawab, anda akan lakukannya dengan sepenuh hati dan ikhlas.

Tanggungjawab ini bukan hanya untuk diri sendiri, namun kepada ibu ayah yang bersusah payah mencari nafkah untuk anda demi segulung ijazah. Pesan saya, sebelum buat sesuatu, fikir dan renungkanlah ibu ayah anda.

Saya rasa itu sahaja ‘luahan’ saya buat masa ini. Terima kasih.

– Madam N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *