Pegawai Farmasi Juga Mahu Hartal

Salam sejahtera, admin dan pembaca.

Baiklah. Untuk kali terakhir aku up balik perkara ni memandangkan hartal doktor kontrak masih berlangsung sehingga penghujung bulan 7.

Buat sekian kalinya, aku jelaskan sekali lagi, aku tiada niat untuk meminta simpati atau jadi free ride dalam code black.

Aku sekadar hendak berkongsi realiti sistem kesihatan yang semakin parah dan jika tiada tangan yang benar-benar ingin memperbaikinya semula, maka kualiti kesihatan rakyat malaysia bakal berada di ambang j4hanam.

Malah peg4wai-peg4wai lantikan tetap juga harus sedar bahawa isu ini bukan berlegar disekitar kontrak/ tetap sahaja. Tetapi masa hadapan dan legasi yang bakal anda tinggalkan.

Tell me, peg4wai atasan.. anda mahu bekerja sehingga tua lanjut dan ke liang lahat kah?

Isu pemarkahan dan pemilihan yang tidak jelas, amatlah jelas sekali menjadi perkara pertama yang dibangkitkan.

Tidak perlu rasanya aku ulas perkara ini kerana ramai sudah menulisnya dan jelas sekali pihak atasan teramatlah pekak badak untuk mendengar suara kami.

Mulanya ikut markah logbook, sekejap-sekejap lnpt. Esok lusa entah apa pula. Ikut tekak dan selera masing-masing.

Cable usah cerita, lagi banyak cable, lagi tinggi peluang. Semakin lama semakin banyak requirement. Semakin lama semakin mengarut beban kerja.

Semakin lama latihan siswazah sudah menjadi latihan askar. Siapa yang kuat mental, akan bertahan. Siapa yang mudah patah, lantas disingkirkan. Tiada lagi peluang kedua.

Semuanya gara-gara :

“Awak mahu markah tinggi? Buat sahaja!”

“Awak mahu dilantik tetap? Buat sahaja!”

Tuptup keluar keputusan; masih bergelar peg4wai kontrak. Ini suatu pendustaan!

Suara farmasi tidak sekuat doktor. Jumlah kami pun tidaklah seramai doktor.

Namun jika kami turut sama hartal, masa menunggu 30 minit di farmasi boleh menjadi 1 jam, kasi pecah itu kaunter. Biarkan rakyat merana asal orang atasan puas mendabik dada.

Aku juga ada terbaca sesetengah tempat tidak membenarkan peg4wai kontrak memegang portfolio.

Bolehkah jika aku katakan bahawa tindakan sedemikian adalah tidak cerdik dan menyusahkan? Ada manpower, tapi tak mahu guna. Kemudian kata peg4wai kontrak ini beban.

Yang anda tidak cerdik memberi mereka portfolio itu salah siapa? Salah peg4wai kontrak juga?

Ada juga fasiliti yang tidak membenarkan peg4wai kontrak membuat oncall sehinggakan terpaksa memaksa peg4wai tetap beragama Islam bekerja di hari raya. Sedangkan ada peg4wai kontrak dan tetap bukan muslim yang boleh sahaja bekerja.

Membazir sources dan kelihatan tidak cerdik! Jika tahu tidak cukup orang untuk rotate oncall, guna sahajalah manpower yang ada. Kenapa perlu dibandingkan tetap dan kontrak.

Apa peg4wai kontrak yang sudah bekerja 2-3 tahun itu tidak pandaikah? Tidak tahu syringe out methadone? Tidak tahu selak frank shann? Benak hendak menyemak maklumat dalam lexicomp? Tidak punya account Uptodate?

Kemudian anda katakan sekali lagi peg4wai kontrak ini beban.

Apa yang anda mahu sebenarnya?

Masa depan kami sudah dimusnahkan oleh si zalim penguasa. Kelebihan yang anda dapat, kami tidak pernah merasanya.

Maka, aku selaku peg4wai kontrak farmasi yang bakal meninggalkan kalian, fikir-fikirkan.

Untuk siapa anda bekerja dan perjuangan kami ini untuk siapa akhirnya.

– Julia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *