Kisah Silamku

Hai salam perkenalan! Nama aku Lisa, berumur awal 20-an.

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih pada Admin kalau sudi siarkan kisah hidup aku ni.

Aku tulis cerita ni, bukanlah untuk mintak pendapat tapi sekadar luahan hati yang terpendam selama berbelas tahun ni.

Kisah ni bermula masa aku berumur 7 tahun. Yang mana pada masa tu aku hanyalah budak hingusan yang tak tahu erti kehidupan lagi.

Mungkin orang lain ada pengalaman yang menarik masa zaman sekolah rendah tapi aku tak ada pengalaman tu.

Dari darjah satu lagi tak ada siapa nak berkawan dengan aku dengan alasan rumah aku jauh dengan dia orang tapi sebenarnya bukanlah jauh pon. Kawan-kawan aku guna macam-macam cara untuk malu kan aku.

Panggil senior untuk serang aku, hina pekerjaan bapak aku yang masa tu bapak aku kerja bakar tempurung untuk dijadikan arang dan macam-macam lagi. Sikit pon aku tak pernah cerita dengan keluarga aku.

Sejak tu, setiap malam aku berdoa supaya suatu hari nanti Allah datangkan seorang kawan yang terima diri aku seadanya dan rumah yang dekat dengan rumah aku.

Dan Alhamdulillah, masa aku darjah 4 Allah makbulkan doa seorang budak hingusan ni.

Mula-mula aku takut nak berkawan dengan dia, sebab aku tahu kawan-kawan aku akan hasut setiap budak baru yang pindah ke sekolah aku supaya jangan berkawan dengan aku.

Tapi bila aku dapat tahu rumah dia dekat dengan rumah aku, aku tetap nak berkawan dengan dia sebab aku fikir Allah dah makbulkan doa aku.

Dia baik dengan aku, Alhamdulillah kami tetap rapat sampailah sekarang. Kami sambung degree pon dekat Universiti yang sama. Dia jugak tak pernah dengar hasutan kawan-kawan aku.

Masa darjah 6 aku adalah rapat dengan beberapa orang anak cikgu. Itu pon kitorang kawan sorok-sorok supaya kawan aku yang lain tak tahu. Tapi akhirnya kantoi jugak.

Kawan aku ni anak-anak cikgu memang pandai lah and budak harapan sekolah.

Tapi bila dia orang tak dapat 5A. Kawan-kawan aku yang lain cakap aku lah penyebab kenapa anak-anak cikgu tadi tak dapat 5A.

Dan dia orang kata aku ni bodoh, siapa yang kawan dengan aku mesti bodoh sekali.

Buktinya aku, kawan rapat aku dan anak-anak cikgu tadi tak dapat banyak A pon.

Nak dipendekkan cerita, walaupun aku dah berumur awal 20-an, setiap ayat yang kawan-kawan aku kata tu masih terngiang-ngiang dekat fikiran aku.

Memang tak dinafikan penyebab aku boleh sambung degree ni pon sebab ayat-ayat dia orang lah.

Setiap kali aku down dalam belajar, aku akan ingat ayat-ayat dia orang ni. Aku dah buktikan dekat kawan-kawan aku yang aku ni tak ada lah sebodoh yang dia orang semua sangka.

Dan dengan izin Allah, semua kawan-kawan yang aku rapat masa sekolah menengah termasuklah kawan sekolah rendah aku dari darjah 4 tadi dapat sambung degree jugak dengan aku dan dekat Universiti yang sama.

Itulah hal yang paling menggembirakan dalam diri aku.

Maaf kalau cerita aku ni tak menarik dan panjang, aku tulis ni pukul 1 pagi sebab setiap kali aku teringat ayat kawan-kawan aku, aku akan rasa down.

Seandainya, pembaca ni ada salah seorang dari kawan sekolah rendah aku, aku just nak cakap yang aku pon boleh berjaya macam orang lain dan aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

Terima Kasih.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *