Assalamualaikum. Aku salah seorang yang tiada pendapatan sepanjang musim PKP 1.0 sehinggalah sekarang.
Diberhentikan kerja dan kini hanya berniaga online. Alhamdulillah mula berniaga dengan RM0 saja modal, jadi dropship saja tapi syukur duit masuk. Kena rajin saja.
Hasil jadi dropship ni Alhamdulillah cukup makan pakai, cuma komitmen bulanan tu sedikit sakit jugaklah. Selang 2-3 bulan baru nak bayar bil segala. Tapi syukur kami tak pernah berlapar.
Baru-baru ini kecohlah Dato’ Seri Vi*a ada cakap “Jangan malas, kena rajin.. Sampai bila asyik nak meminta-minta”. Sejujurnya aku setuju dengan apa yang Dato’ Seri Vi*a cakap. Orang yang betul-betul susah biasanya takkan meminta pun.
Depa akan sanggup berlapar dan keluar rumah cari tin kosong, kutip sampah dengan pakaian lusuh semata-mata nak cari benda berharga untuk dijual.
Okay, aku awal-awal haritu sangat kesian tengok ramai para ibu yang minta bantuan susu anak dan pampers. Sape saja tak sedih kan main isu anak ni.
Aku pun lancarkanlah bantuan secara terbuka, aku iklankan di Facebook sape yang betul-betul susah tolong contact aku. Aku bukan orang kaya, aku sendiri pun bil banyak bulan dah tak bayar.
Tapi bila tengok orang susah ni aku tak sampai hati. Aku rasa aku kena tolong walaupun duit aku pun cukup makan saja. Aku percaya pada rezeki Allah. Tak senang duduk fikir ada yang sampai banyak hari tak makan. Lalu adalah beberapa wanita whatsapp aku minta bantuan.
Wanita 1 : Katanya perlukan susu, anak-anak dah banyak bulan tak minum susu. Nak pampers juga sebab pampers dah nak habis.
Aku memang auto sedih dengar. Dia cerita dia laki bini dah diberhentikan kerja dan sekarang duduk rumah saja. Aku pun belikanlah dia susu dan pampers dan post ke rumahnya.
Dia minta aku belikan brand sekian sekian, pada mulanya aku macam ikut suka hati aku la nak beli brand apa tapi dia cakap, dia dah biasa guna brand tu.. Aku pun ok jelah malas nak banyak tanya… Dan aku kirimkan juga sedikit duit untuk dia beli barang dapur nak memasak.
Lepas dapat bantuan, dia share gambar dan ucap terima kasih. Alhamdulillah aku happy sangat dapat bantu orang. Aku tak bagi dia up di laman sosial kebaikan aku, sebab aku nak buat baik senyap-senyap saja.
Tak lama pastu wanita 1 ni whatsapp aku balik, minta macam-macam. Dia mintak duit lagi, katanya nak beli barang dapur sebab haritu punya dah habis. Aku pun macam, “wah laju habis barang dapur, mesti anak-anak ramai”. Aku pun bagi lagi duit. Tapi tak berhenti di situ.
Dia minta lagi belikan baju dan mainan untuk anak dia. Siap screenshot lagi senarai barang yang dia nak tu dari brand tertentu. Aku yang pada mulanya ikhlas nak bantu terus rasa tak sedap hati. Sedap dia saja nak mengorder macam2, ingat aku ni bank.
Anak-anak aku pun pakai baju murah pasar malam saja, dia demand macam-macam pulak. Aku jawab baik-baik, aku cakap aku cuma tolong belikan keperluan penting saja. Baju ni mainan ni semua tak penting..
Tapi tak cukup di situ, dia minta lagi duit alasan suami sakit nak beli ubat-ubatan. Dia buat la cerita sedih. Aku ni jenis tak sampai hati, so aku terfikir janganlah fikir negatif. Ni ujian untuk dia, jadi aku pun bantulah dia sikit.
Pastu bila aku sedar duit dalam bank aku dah tinggal kurang dari RM10, aku ambil inisiatif buka tabung untuk tolong dia. So ramailah kawan-kawan aku transfer duit kepada dia.
Then aku tanya dia, berapa dah dapat duit? Dia cakap baru RM100. Aku pun cakaplah, “Kalau dah cukup bagitaulah, nanti aku stop minta bantuan untuk tabung tu”. Dia cakap belum cukup lagi.
Lepastu tanya lagi, dia cakap masih tak cukup. Rupa-rupanya banyak dah duit dia dapat sebenarnya, tu pun selepas aku survey sape saja yang dah transfer.. rasa dah lebih 1k terkumpul sebab ramai sangat yang transfer.
Seorang ada yang transfer sampai beratus ringgit. Tapi dia tak bagitau. Dia tamak, dia nak lagi. Lagi boleh kutip, dia kutip. Last-last aku tutup saja tabung tu. Sebab dah melebih sangat dari target aku.
Aku suspicious pula pasal wanita 1 ni.. Jadi aku stalk dia search nama dia..
Rupa-rupanya dia ada anak sorang saja.. laki bini sihat saja cuma yelah tak bekerja.. aku tengok dia rajin buat tiktok main handphone.. rumah pun elok, lagi elok dari rumah aku.. aku duduk rumah buruk saja..
Kalau betul dia susah, apalah salahnya kalau dia jadi dropship macam aku berniaga online.. duit dah dapat, usahalah niaga online buat kuih ke cod makanan ke.. ni tidak, mengharapkan bantuan saja..
Betul la kata Vi*a, sampai bila? PKP macam lambat lagi nak tamat.. sudahnya aku stop dan block saja wanita 1 ni sebab dia macam kerap sangat nak mintak duit dengan aku.. Dia rasa aku baik, senang bagi duit…
Aku rasa keikhlasan aku dah terhakis.. Aku siang malam bersengkang mata spam iklan sana sini nak suruh orang beli barang aku jual semata mencari rezeki.. Dia seronok main tiktok tapi nak sentiasa disuap..
Wanita 2 : Juga sama, buat cerita sedih nak susu dan pampers. Sebab kerap sangat dia mintak, sama la lebih kurang saja juga cerita macam wanita 1, lama-lama aku jadi tak ikhlas sebab dia keep mintak. Minta beli milo lah, beli makanan ringan lah.
Aku ni kalau banyak duit jujur aku tak kisah langsung nak hulur duit. Tapi sebab aku sendiri pun dah jadi susah sebab bantu orang, dan stress juga nak hadap cerita yang dia karang berjela-jela.. aku jadi tak seronok…
Dia gaduh dengan laki pun aku kena hadap.. Tak pasal aku kena jadi pakar kaunseling rumah tangga.. Tiap masa nak whatsapp cerita hal kelambu, masalah segala.. Aku pun ada masalah gak.. Hahaha..
Pastu yang tak seronoknya setiap bulan minta aku topup untuk phone dia.. Bukan sikit dia mintak, dia mintak RM30 sekali topup.. Fuh dia punya topup bulanan lagi banyak dari aku, tapi takpelah aku fikir positif lagi, maybe dia nak survive jual online jugak ke..
Tapi sama saja aku tengok dia asyik main facebook saja komen sana sini.. Aku rasa cukup dah bantuan aku bagi dia, tapi tengok dia banyak saja spam minta bantuan sana sini kat facebook.. So dia nak apa sebenarnya?
Wanita 3 : Dia mintak bantuan nak bayar bil tapi bil dia ya ampun, ada astro ada coway ada wifi.. Ko rasa berapa ratus bil bulanan dia? Dia terjejas sebab suami takleh berniaga time pkp.. Tiada income la senang citer…
Tapi aku sendiri pun takde astro, wifi pun pakai paling murah saja… lepas tu dapat tau pulak dia duduk kondo mewah, lagilah aku rasa takde mood dah nak tolong orang..
Rumah aku atap bocor sana sini aku hentam saja duduk.. Rumah buruk, duit nak baiki pun tak berapa nak hado.. Jadi aku hadap jelah.
Wanita 4 : Minta bantuan makanan, lapar… bujang tiada kerja.., hulur duit la senang dia nak memasak.. Aku expect dia akan memasak la sebab nak jimat.. Tapi aku figure out dia tak memasak, tapi asyik order makan dari kedai saja.. Kadang tu nampak dia upload beli mcd, kfc..
Order foodpanda beli makanan sedap2… ewah ewah, aku pun dah banyak bulan tak makan kfc & mcd.. Orang bagi duit tu jimat-jimat lah makanan.. Haritu buat citer takde duit langsung nak makan.. Sekarang ni aku jadi geram :( dah tahu susah boleh tak buat cara susah?
4 tu saja kisah yang macam buat keikhlasan aku nak menolong orang rasa terhakis.. First, aku nak tolong sebab kesian dengar citer takde makanan…. Aku tolong la beli barang keperluan macam makanan, susu dan pampers saja.
Tapi bila aku tau anak diorang pun dah lebih dari 2 tahun, aku rasa sebenarnya susu ni bukan keperluan dah pun. Pampers pun sama, tiap bulan nak mintak, dah la yang mahal punya.
Kalau betul-betul susah, tolong sangat cut down benda-benda tak perlu.. Tukar lifestyle, kalau dulu selalu makan sedap, boleh tak sekarang jimatkan cara makan.. Masak saja, duduk rumah saja kot?
Rajin-rajinkanlah niaga online, sekarang banyak saja cara boleh jadi dropship tanpa modal..
Ada banyak sangat cara nak usaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Memang niaga ni pun takkan cukup, tapi buat makan pun okay dah sebenarnya… kena rajin saja…
Kalau before ni pakai astro, pakai bill mahal bulan-bulan, cut la apa yang patut :( aku tak reti nak ajar camne.. Macam pampers lah, boleh saja pakai yang boleh basuh tu, lagi jimat.. Tapi aku tak faham mak-mak muda zaman sekarang ni dia punya pemalas tu.. Aduh..
Maaf la aku memang dah tak ikhlas tolong diorang… tapi silap aku juga mudah sangat percaya citer sedih wanita-wanita ni…
Aku harap, kalau korang susah.. Please please do something untuk improve.. Berniaga, cari duit… sampai bila nak harapkan bantuan? Orang lain pun semua terkesan dengan pkp..
Memang akan ada yang tolong.. Tapi sampai bila nak meminta? Badan sihat ada kudrat.. Buatlah sesuatu.. Jangan main handphone saja mintak bantuan sana sini… aku tengok orang yang betul2 susah takde rumah takde makanan langsung tu takde pun minta bantuan..
Ada yang kurus keding sebab tak makan berhari-hari, makan nasi lauk garam saja.. Korang pulak acah susah tapi bila dapat bantuan macam orang tak sedar diri :'( makan sedap-sedap pastu esok minta bantuan lagi..
Please lah.. Sampai bila? Aku tahu ujian susah ni sangat menyedihkan.. Aku pun pernah susah sampai takde makanan langsung, tapi aku sangat malu nak meminta..
Aku sendiri pernah kering badan terbaring tak makan tak minum.. Sampai la aku soal diri sendiri, “sampai bila nak susah camni?”
Sebab aku sihat tak cacat, bukannya tak boleh berjalan pun.. Boleh saja guna kudrat.. Aku tengok jiran-jiran aku yang betul-betul susah, semuanya rajin buat niaga online jadi dropship.. Masing2 struggle nak hidup tapi usaha kena ada.. Jangan malas..
Aku tahu option nak survive zaman pkp ni tak banyak.. Kerja pun tak berapa nak ada.. Tapi masing2 ada phone dan internet kan.. Jadi dropship! Jangan malas.
Silap aku jugak tak check betul-betul siapa penerima bantuan ni.. Tapi aku rasa cara syed azmi adalah yang terbaik untuk salurkan bantuan..
Ko malu tak malu nak letak muka, tu belakang kira, yang penting syed azmi tak salah bantu orang.. Maklumlah sekarang ramai sangat yang acah miskin tapi lifestyle taknak ubah
Aku masih akan tolong orang.. Tapi biarlah aku sendiri yang offer nak tolong, bukan aku tolong sebab dia yang meminta-minta… aku rasa aku lebih ikhlas tolong cara camni.. Contoh aku nampak orang betul2 susah rumah buruk, aku akan tolong hulur duit..
Kalau nampak peniaga tepi jalan, aku akan beli dan hulur duit lebih.. Aku nampak kawan-kawan jual online, aku akan bayar lebih.. Aku nampak pakcik kutip sampah tepi jalan, aku akan tolong hulurkan duit..
Orang2 macam ni diorang kadang2 tak nak terima pun duit.. Sebab diorang cakap masih ada kudrat untuk kerja, malu nak menerima bantuan.. Padahal diorang sangat layak terima bantuan…
Akhir kalam, berhati-hati kalau nak bantu orang.. Utamakan bantu family dan sedara mara dulu daripada bantu orang luar.. Buat kamu-kamu yang suka ambil kesempatan, menjawablah kat akhirat nanti sebab menyalahgunakan duit bantuan sedekah orang..
Bukan semua yang menderma ni kaya.. Kami bantu sebab ada rasa ihsan dan kasihan saja.. Sedangkan kami pun susah juga
– Powerpuff girl (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit